⚠ SPOILER ALERT ⚠
Chapter ni mungkin serabut sikit. Sebab chap ni lah BellChan scene. Conflict scene. Flashback scene. Ha semua scene aku nak sumbat.
But silalah nikmatinya ye. Ily <3
Sowwy ><!
---
"Hi, Bella. Congrats for your pregnancy."
"Terima kasih. Sebenarnya, alasan saya minta Yoobin hubungi awak untuk datang sini adalah.. Saya nak minta- I hope you can forget everything I've said to you before. Saya tahu saya salah sebab tuduh awak melulu. Jadi tolong lupakan semua kata-kata saya." Tidak terucap kata maaf dari mulutnya. Entah mengapa begitu berat dan susah untuk dia katakan perkataan itu.
"Tak apa Bella. Tapi sebagai ganti, boleh tak kalau kita keluar makan? Dah masuk lunch hour ni. Boleh?" Wanita itu menilik jam di tangannya. Ternyata betul kalau sekarang sudah masuk pukul 12 tengahari. Memandangkan dia sendiri sedang sarat mengandung dan malas hendak memandu, Bella akhirnya setuju.
"Kita keluar sekadar makan saja okay? Lepas itu kita balik. Ye?" Bangchan mengangguk.
Mereka berdua bersiap untuk keluar. Yoobin tidak diajak kerana Bangchan meminta untuk diberi sedikir privasi. Oleh kerana Yoobin sudah terlebih dahulu tahu tentang rancangan busuk Hyunjin dan lelaki di samping Bella itu, jadi dia berpura-pura mengangguk faham. Yoobin sangat sakit ketika dia sedar kalau dia perlu berkerjasama menolong menghancurkan rumah tangga bos nya sendiri.
Seorang wanita yang telah dia anggap kakak sejak mula lagi. "Mianhae unnie."
---
Di restoran, Bella dan Bangchan menyantap pasta yang sudah sampai. Mereka berdua bercerita tentang apa yang masing-masing hadapi setelah tiga bulan tidak bertemu. Bangchan merenung anak mata Bella sambil mendengarkan apa yang wanita itu cerita. Matanya tidak terlepas dari melihat bibir gadis itu dari terus bergerak. "I miss your lips. So much." Bisik batinnya.
"Chan?"
"Yes? I'm so sorry. Saya termenung sekejap. Tapi saya dengar semua cerita awak tadi dan apa saya boleh cakap, suami awak beruntung. Beruntung dapat seorang isteri yang boleh berfikir secara waras. Kalau perempuan lain, mungkin dah gugurkan kandungan tu. Iyelah, siapa je yang nak kandungkan anak dari lelaki yang kita benci."
"Kan!? Tapi sekarang ni, dia dah lain. Minho banyak beri perhatian dekat saya. Sejak satu bulan lepas, saya masuk kerja seminggu sekali je. Sebab Minho tak bagi saya keluar. Kunci kereta pun dia selalu sorokkan." Bella terkekeh mengingat semula kejadian lucu itu. Minho sangat menjengkelkan sebenarnya.
"Bella. Awak pernah bercinta sebelum ni?" Soalan Bangchan membuat Bella terdiam. Wanita itu jadi seperti batu yang tak bernyawa.
"N..Ne? U..Uh yeah. Pernah, tapi saya tak ingat. Saya lupa." Keluhan kecil Bangchan helakan.
"Awak pernah belajar dekat luar negara ke sebelum ni?" Lagi-lagi Bella dibuat terdiam. Wanita itu seperti sedang mencari jawapan yang cuba bersembunyi di dalam otaknya.
"Uh pernah. Di Los Angeles. Kenapa?"
"Jurusan Fashion and Designers ke?" Bella mengangguk kecil. Mata Bella sudah terkebil-kebil ketika ditanya soalan-soalan tentang dirinya di masa lalu. Penglihatan wanita itu sedikit kabur sekarang. "Awak pernah terlibat dalam apa-apa kemalangan, tiga tahun lepas?"
YOU ARE READING
© MY SIRIUS
Fanfiction[ COMPLETED ] - MY SIRIUS 🔞 "Tak ada cinta yang sempurna. Tanpa gaduh, mana datangnya pujuk. Tanpa pujuk, manakan pula datangnya sayang." FROM - 201201 TO - 210221 ALL RIGHT RESERVED BY BBOKARI-