25

279 43 48
                                    

Peminat Changbin, boleh baca chap ni!

He's so funny plus cute!
HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Aku yang tulis pun tergelak bila baca balik. Aduhai.

---

Empat bulan berlalu pergi. Kini kandungan Bella sudah berusia lapan bulan dan masih ada sisa satu bulan lagi untuk bayi kecil itu dilahirkan. Bella sudah tidak lagi bekerja atas faktor kesihatannya. Wanita itu sudah tidak larat berdiri dalam jangka waktu yang lama. Bella juga sering mengalami sakit belakang dan lenguh di pinggang. Hal itu memang normal, tapi tidak dapat dia hadapi dengan mudah.

Untunglah sang suami sentiasa berada di sisinya setiap masa dan saat. "Minho, saya nak jus oren boleh?" Minho lantas berlari ke dapur untuk ambil apa yang isterinya minta. Segelas jus oren selamat sampai di tangan sang isteri. "Terima kasih."

"Cium cium." Sengaja dia mendorong pipinya ke wajah Bella. Dengan tawa kecil, Bella pun mencium pipi lelaki itu. "Aigoo comelnya." Kali ini Minho pula yang mencium pipi Bella. Tanpa mereka sedar, aksi cium mencium mereka tadi diperhatikan dari jauh.

"Apa kata, kita tiga balik rumah noona, biar mereka berdua yang tinggal sini. Aku rasa rumah atok ni dah tak selamat. Banyak perkara 18sx. Aku seram." Kalimat lelaki berwajah tupai iyu disetujui oleh dua manusia di belakangnya. Siapa lagi kalau bulan si kembar.

"Es hora de empacar (it's time to pack my stuff)." Gumam Yeonhee yang mengundang kekeliruan untuk Jisung tapi tidak untuk Felix. Secara, lelaki itu boleh faham empat empat bahasa iaitu, Korea, Inggris, Perancis dan Sepanyol.

"Yeonhee cakap, ini masanya kita kemas barang kita. Kau kata nak berambus kan? Ha jomlah kemas cepat!" Mereka bertiga pantas berlari naik ke atas lalu kemas barang masing-masing.

"Oh! Jangan lupa bungkus Soonie, Doongie, Dori sekali! Bapak mereka bertiga dah tak boleh pakai!" Sempat Jisung berpesan. Betul-betul tak tahan gamaknya tu. Tsk perangai oh perangai.

---

"Berapa lama dah dia ni tak datang set. Dah dekat sebulan pula tu. Betul-betul dah mampus ke? Janganlah mampus lagi. Aku sayang kau lagi, Minho." Changbin keluarkan telefon dari poket seluarnya lalu cuba mendail nombor Minho. Saat panggilan sudah terhubung, suara Minho tidak begitu jelas terdengar. Changbin fikirkan mungkin signal tidak bagus kerana sekarang dia sedang berada di bawah lorong.

Jadi lelaki itu berlari untuk segera keluar dari situ.

bedebuk!

"Eh!? A..Awak okay tak?" Seorang perempuan melanggar kuat tubuh Changbin sehingga buat mereka berdua terjatuh. Perempuan itu menggeleng laju selepas mendengar soalan Changbin tadi. Dia pantas bangkit lalu memegang baju Changbin.

"T..Tolong saya encik! A..Ada orang k..kejar saya hiks s..saya takut encik! Hiks hiks!" Tersedu sedang perempuan itu menangis. Changbin menoleh ke belakang untuk melihat betulkah dia sedang dikejar. Ternyata memang ada cahaya dari lampu sebuah motor sedang terpancar kearah mereka. Pantas Changbin membuka jaket dan topinya lalu disarungkan pada perempuan itu.

"Buat biasa. Jangan bunyi apa-apa bunyi." Ujar Changbin sebelum menyuruh agar perempuan itu tetap bersamanya. Ketika motor itu lalu disebelahnya, motor itu berhenti.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now