1

905 97 26
                                    

Bismillah ♡

Hai semua. Jadi sebelum baca, yeon nak pesan sikit. Tolong tinggalkan jejak ye. Tolong tinggalkan vote. Tak perlu comment kalau rasa susah. Tapi tolonglah tinggalkan vote. Because that's the only way for me to feel appreciated.

Thank you ♡

---

"Sarapan dulu, baru pergi kerja sayang." Ibu menolak pinggan berisi roti bakar yang disapu jem strawberi kepada anaknya, Joo Bella. Walaupun perut tidak begitu lapar, namun tetap dia makan. Ingin menghargai ibunya yang sudah bersusah payah bangun pagi untuk menyediakan sarapan.

"Ibu, mana ayah?" Tanya Bella. Selalunya ayah akan sama-sama bersarapan dengan mereka. Tapi tidak pada pagi ini.

"Oh, ayah ke pejabat sekejap. Ada urusan mendadak pagi ni." Jelas ibu sebelum meneguk kopi susu yang masih hangat walaupun sudah 30 minit terhidang.

"Bella dah siap makan. Bella pergi dulu ye ibu, sebabnya pagi ni hari terakhir siapkan tempahan pelanggan." Beg tangan diambil dan terus di sangkut pada bahu. Pipi ibu dicium sekilas dan Bella pun segera berangkat.

Kereta sedan berwarna putih dibawa keluar dari garaj. Pedal minyak dipijak dan terus meluncur ke tempat kerja. Jalanan pagi seperti biasanya memang sesak. Tambahan pula hari ini adalah hari isnin. Jadi memang extra lah sesaknya. Jam di skrin radio dilihat. Lagi 30 minit, pelanggan yang menempah bunga akan sampai.

"Tak boleh jadi ni. Kalau dia cancel tempahan tu, buat rugi titik peluh aku je." Telefon di kerusi penumpang dicapai. Nombor salah seorang pekerjanya ditekan.

"Hello Bella-nim, ada apa ye?" Terdengar suasana riuh rendah di kedainya. Bella endahkan saja kerana sudah biasa.

"Yoobin-ah, saya tugaskan awak untuk siapkan tempahan bunga Puan Hanam. Sebabnya, saya tersekat dalam jammed ni. Entah pukul berapa agaknya saya sampai. Tolong ye." Yoobin selaku pekerja tetap di kedai bunga Bella lantas mengangguk. Padahal bukannya Bella nampak.

"Baik Bella-nim. Saya akan selesaikan sekarang juga." Segera Bella ucapkan terima kasih lalu putuskan panggilan. Sekali lagi jam di skrin radio dilihat.

Sudah berlalu sepuluh minit dan kini berbaki 20 minit saja sebelum Puan Hanam itu sampai.

---

Setelah hampir satu jam lebih Bella tersangkut di sesakan jalan raya, dia akhirnya berjaya menapak ke butiknya. Yoobin memberi senyuman hangat pada bos nya yang jelas terlihat kepenatan.

"Selamat pagi, Bella-nim." Ujar Yoobin sebelum menunduk hormat.

"Selamat pagi, Yoobin. Ya tuhan penatnya saya hari ini. Boleh pula ada perarakan tengah-tengah jalan tadi. Entah apa-apalah budak-budak ni." Yoobin hanya ketawa ringan mendengar keluhan si bos.

Bella masuk ke ruangannya untuk meletakkan barang. Jadual di dinding dilihat sekejap. Hari ini dia perlu mula membuat gubahan bunga sempena hari sambutan guru di sekolah menengah Seoul City. Bella hanya mempunyai tiga hari saja untuk menyiapkan tempahan tersebut.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now