Oh my god tahu tahu, ending!
Btw chap ni korang wajib! Wajib baca part jisung dengan yeonhee! But jangan pula tak baca part lain
HAHAHAHAHAHAHAH
And jangan lupa tinggalkan sepatah dua kata untuk cerita ni. Terima kasih.
Love you guys.
Enjoy your last trip baby! <33
---
"Bella.. Nak tahu cerita sebenar kenapa ayah kahwinkan saya dengan awak tak?"
"Eum. Tapi peluk dulu."
"Okay sebenarnya, alasan sebenar bukan sebab pertemanan ayah dengan arwah ayah saya. Pada malam kita jumpa dekat rumah ibu ayah, sebenarnya itu pertama kali saya jumpa dengan ayah lepas lima tahun tak bertemu. Ayah jumpa saya dekat kedai makan, lepas tu ayah ceritakan pada saya tentang awak. Ayah tak cakap tentang kahwin atau nak satukan kita. Tapi ayah ceritakan kalau puteri kesayangan dia ni sedang dalam fasa pemulihan,"
"Saya tanya ayah, pemulihan tentang apa? Ayah cuma beritahu kalau awak pernah hilang ingatan. Tapi ayah tak beritahu secara terperinci. Tiba-tiba ayah kata kalau awak perlukan seseorang untuk jaga awak. Ayah risau kalau awak tak mampu jalani fasa pemulihan awak seorang diri, tanpa sokongan dari seseorang. Ayah kata, ibu dengan dia tak cukup. Awak perlukan sokongan lebih banyak. Jadi sebab itu, ayah tanya, saya ni dah berpunya atau belum. Bila saya jawab belum, ayah terus ajak datang rumah,"
"Saya tak ingat kenapa saya setuju untuk ikut ayah, tapi yang saya ingat, ayah beritahu yang awak garang dan sombong. Sebabkan dua perkara tu, saya terima tawaran ayah untuk kahwinkan saya dengan awak. Saya tak pernah jumpa orang kaya yang sombong. Selalunya jumpa dalam drama je. Rupanya wujud dalam dunia nyata."
Sambil tangan yang masih membelai rambut lebat Bella, wanita itu menghentikan tangan suaminya. Kepala didongakkan secara perlahan-lahan.
chupp~
Ciuman singkat dia berikan pada Minho.
"Terima kasih sebab bertahan. Awak satu-satunya lelaki yang tak pernah tinggi suara atau naik tangan walau dah berkali-kali dicaci maki. Saya tak tahu mana awak dapat kesabaran tu." Pelukan dieratkan oleh sang suami.
"Dari arwah ayah. Ayah tak pernah marah ibu walaupun ibu selalu mengeluh penat. Masa ibu sakit barah otak pun, ayah usaha cari duit untuk bayar rawatan ibu. Arwah ayah selalu cuba untuk bagi yang terbaik untuk kami semua. Jadi dari situ saya janji, bila dah kahwin nanti, saya nak jadi macam arwah ayah saya."
"And you did it. Awak suami terbaik dalam dunia ni, Minho."
"Awak isteri terbaik, tapi bukan dalam dunia ni. Awak isteri terbaik se-galaksi. Awak ajar saya macam mana nak kendali situasi dengan tenang. Awak layan Jisung tanpa peduli yang dia sebenarnya hanyalah orang luar. Tak ada pertalian darah pun dengan saya. Saya belajar kalau setiap orang yang ada sifat negatif, sebenarnya dalam diri dia tersimpan sejuta kali ganda sifat positif. Cuma mereka tak pandai nak luahkan. Sama macam awak." Hidung Bella dicuit lembut.
"Betul lah apa ibu pernah cakap. Bila tuhan ambil sesuatu yang kita anggap baik untuk kita, maksudnya tuhan nak tukarkan dengan yang lebih baik."
---
Empat tahun berlalu pergi. Kebahagian keluarga kecil Lee semakin membuak-buak selepas menyambut kelahiran anak mereka yang ketiga. Hyun sudah menginjak empat tahun. Anak kedua mereka iaitu, Lee Seon dan berjantina lelaki kini sudah berumur dua tahun. Kini muncul pula yang terakhir iaitu, Lee Jane. Jane satu-satunya anak perempuan mereka berdua. Alasan mereka memilih nama Jane pula adalah kerana nama Bella sendiri berasal dari negara kulit putih.
YOU ARE READING
© MY SIRIUS
Fanfiction[ COMPLETED ] - MY SIRIUS 🔞 "Tak ada cinta yang sempurna. Tanpa gaduh, mana datangnya pujuk. Tanpa pujuk, manakan pula datangnya sayang." FROM - 201201 TO - 210221 ALL RIGHT RESERVED BY BBOKARI-