5

360 39 24
                                    

Okay okay, chapter 4 dah lebih target, jadi kita update ye hehe.

Btw, you guys wajib tengok drama Sweet Home guys! But trigger warning//blood. Siapa tak boleh tengok darah, better jangan tengok. Apa apapun!

Enjoy reading! <33

---

Besok adalah hari pernikahan Bella dan Minho. Wanita itu pastinya tidak bersedia dan sebenarnya tidak sudi pun apalagi ikhlas dengan perkahwinan ini. Tapi, perjanjian yang ayahnya beri agak menguntungkan. Ayah berjanji, satu bulan selepas Bella dan Minho menikah, ayah akan laburkan modal tanpa limit untuk membesarkan butik puterinya. Mendapat tawaran sebegitu hebat dari sang ayah adalah sesuatu yang luar biasa.

Namun itu bukanlah penyebab kenapa Bella berubah fikiran. Ibu menceritakan betapa baiknya hubungan ayah dan mendiang Tuan Lee. Ibu bongkarkan betapa manisnya pertemanan dua orang lelaki itu sejak dari sekolah rendah lagi. Ibu juga memberitahu kalau Minho adalah anak yatim piatu yang sememangnya tiada sesiapa lagi di dunia ini. Ibunya juga sudah tiada akibat barah otak. Kebetulan, kedua orang tuanya adalah anak tunggal.

Wah, lelaki itu betul-betul sebatang kara. Jadi kerana itulah mengapa ibu dan ayah ingin Minho dan Bella bersatu. Agar hubungan keluarga Joo dan Lee boleh terus berkembang hinggalah ke anak cucu mereka nanti. Malah mungkin ke cicit juga.

"Bella-nim, ingat Tuan Hwang tak?" Yoobin bertanya. Bella mengangguk kecil. "Macam mana dia boleh tahu nama Bella-nim, semalam? Nama penuh pula tu." Tanya Yoobin lagi. Terimbas wajah lelaki itu di benak kepala Bella. Kulitnya yang putih seperti susu. Tahu lalat di bawah mata. Bibir tebal bak Kylie Jenner. Sempurna betul.

"Mesti dia ada buat research sebelum datang sini. Lagipun dalam internet kan nama saya dah tertera sebagai pengurus kedai ni. Mustahil dia tak tahu." Jawab Bella dengan tangan yang sedang khusyuk memotong wrapping paper berwarna hitam dan merah jambu.

"Betul juga. Oh ye! Besok tema warna apa, Bella-nim!"

"Auu!" Dek kerana terkejut dengan soalan Yoobin, Bella terhiris jarinya sehingga darah keluar mengalir. Laju gadis itu mengambil tisu lalu dihulurkan pada Bella. Wajah Bella jelas terlihat seperti sedang menahan sakit. Tisu ditekap pada jari yang terhiris tadi.

kringg ~

"Hi? Saya ganggu ke?" Pelanggan yang datang, mengejutkan dua perempuan itu.

"Tuan Hwang? Eum ada apa ye tuan datang? Bunga belum siap lagi." Yoobin tolong jawabkan. Bella jika sudah sakit, dia memang akan fokus pada sakitnya saja. Datanglah perdana menteri sekalipun, tidak akan dia kisahkan. Soalan Yoobin tadi tidak dijawab oleh si pelanggan. Dia malah jalan mendekati mereka berdua.

"Cik Bella, awak okay ke?" Tuan Hwang bertanya. Bella sedikit terkejut.

"Ye, saya okay." Jelas dia menjawab. Tuan Hwang tiba-tiba menyeluk sakunya lalu memberikan sekeping plaster pada Bella. Plaster tadi diambil lalu segera Bella tampalkan pada lukanya. Akhirnya darah sudah berhenti mengalir keluar. Tuan Hwang memberi senyuman manis pada Bella ketika wanita itu melihatnya.

"Luka awak mesti baik dalam dua hari." Ujar Tuan Hwang dan itu jelas membuat Bella sekali lagi terkejut. Ini kerana, hal itu memang betul. Luka yang ada pada tubuh Bella memang takkan bertahan lebih dari dua hari. Entah kenapa, tapi tubuh wanita itu tidak ada parut langsung. Kecuali jika parut bekas pembedahan yang lebar.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now