2

464 58 63
                                    

---

"Morning Bella-nim." Sapaan Yoobin dijawab dengan senyuman tipis saja.

Sudah tiga hari Bella dan ayah tidak bertegur sapa langsung. Hanya dengan ibu saja Bella berbicara. Keputusan ayah yang ingin mengatur pasangan hidupnya, sangat tidak boleh diterima. Wajah lelaki itu masih dia ingat dan sepertinya susah untuk dia lupakan.

Hidung mancung, bibir tipis, mata bulat. Dekat dengan kata sempurna, namun sayang. Luka di pipinya seperti baru lepas bergaduh. Baju dan seluarnya compang-camping bak seorang rempit jalanan. Bella benci akan hal itu.

"Kalau betul nak jodohkan, carilah yang berguna. Apalah yang ayah fikir, sampai boleh pilih lelaki macam tu sebagai menantu. Yang lelakinya pun, tak malu ke datang rumah orang pakai macam tu. Huh, mesti ayah sogok dia. Itu yang tak kisah langsung. Tebal betul muka." Sombong nada bicara Bella. Dia semakin jijik dan geli ketika membayangkan jika betul lelaki itu jadi suaminya nanti.

"Simpang malaikat 44." Ujarnya lalu mengelus dada.

"Bella-nim, betul ke Bella-nim nak kahwin?" Wajah Yoobin di muka pintu ditatap hairan. Bella berkerut keliru.

"Maksud awak?" Soal Bella tak faham. Yoobin masuk ke dalam ruangan Bella lalu telefonnya dihulurkan pada Bella.

"Tuan Joo edarkan kad kahwin ni melalui sosial media. Tapi tetamu yang boleh datang, hanya orang terdekat saja. Saya pun dijemput sama. Wah Bella-nim dah ada calon rupanya ye." Terkejut dan ingin mengamuk rasanya sekarang. Bella mengambil beg tangannya lalu keluar meninggalkan Yoobin.

Dia ingin pulang semula ke rumah untuk bertemu ayahnya. Bella semakin rasa tidak adil jika pernikahan berlangsung tanpa persetujuan pihak sebelah, iaitu dirinya. Bella tak mahu menjadi seperti lembu cucuk hidung. Dia ingin membela dirinya, sekalipun tiada siapa yang menyokong.

Sampai saja di rumah, Bella terus masuk ke dalam. Lelaki yang sama seperti malam kelmarin ada di rumahnya. "Apa maksud ayah edarkan kad kahwin? Dan tanpa persetujuan Bella?" Nada bicara seperti sedang menahan marah.

Dia tahan selagi mampu. "Ayah dah beritahu kan? Ayah nak kahwinkan Bella dengan anak kawan ayah. Either you agree or not, you still have to accept it." Terang ayah. Bella meraup wajahnya berat. Jantungnya berdegup sangat laju.

"Bella akan keluar dari rumah. Kalau alasan ayah kahwinkan Bella, sebab Bella ni menyusahkan ayah, Bella akan pergi. Bella taknak kahwin dengan lelaki tak ada masa depan macam dia! Duit untuk diri sendiri pun tak ada, apa lagi untuk tanggung Bella? Misk—"

"Joo Bella!" Kali ini tengkingan ayah jauh lebih keras dari yang kelmarin. "This is the reason why I want you to marry him! You are very proud of what you have. You forget where you come from. Marrying him is the best way to make you realize that this world is not all about money! Manners is number one!" Bahu Bella terjungkit kerana terkejut.

"Bella? Ayah? Ada apa menjerit ni? Sampai tingkat tiga dengar." Ibu akhirnya turun. Ayah melabuhkan punggung di sofa. Bella masih tegak berdiri sambil memikirkan kata-kata ayah tadi.

"Bella lupa asal usul? Bella hidup bertuhankan duit? Itu yang ayah nak beritahu?" Bella melihat kearah ayah.

"Baguslah kalau Bella sedar." Ayah menjawab tanpa melihat sedikit pun kearah anaknya.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now