Aku nak habiskan buku ni cepat, jadi mungkin akan update sehari or dua hari sekali.
InsyaAllah.
---
"Kalau aku lambat ambil kau, kau naik teksi ye. Aku nak cuba cari Bella." Jisung mengangguk kecil sebelum melangkah masuk ke dalam sekolah. Sebaik saja sampai di kelas, Jisung terdiam ketika melihat timbunan buku tulis di atas mejanya. Berat kakinya melangkah kearah meja.
"Ha anak yatim dah sampai. Siapkan kerja sekolah kami ye. Lagipun subjek ni kelas kau dah belajar dulu. Besok kami kutip." Seungmin si pelajar dari kelas 4-1D mengusap kasar kepala Jisung sebelum pergi meninggalkan kelas. Jeongin yang merupaka rakan baiknya juga turut melakukan hal yang sama.
"Ingat. Besok tau? Jangan lambat, kalau tidak kau tahulah apa jadi kan?" Ujar Jeongin kemudian dia pun beredar. Jisung menghela berat nafasnya. Satu persatu buku tulis milik pembuli tadi dia lihat. Jisung sedar kalau dia perlu siapkan ini semua. Kalau tidak, dia akan dipukul dan hal itu akan meninggalkan kesan dan parut di tubuhnya.
Dia tak mahu Minho atau Bella tahu tentang hal ini. "Noona.. Jisung kena buli.. Jadi anak yatim salah ke?" Mata dipejam rapat lalu dia menangkupkan wajahnya di meja. Sudah tiada daya untuk menangis lagi. Pembulian ini sudah berlaku hampir tiga minggu lamanya dan sedihnya, tiada guru yang tahu.
Hanya Encik Song Kang saja yang tahu. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana ibu bapa Seungmin juga salah seorang penyumbang terbesar di sekolah ini. Encik Song Kang dengan terpaksa menutupi rapat mulutnya dari memberitahu Bella dan Minho tentang pembulian yang Jisung terima. Apa yang guru itu mampu lakukan hanyalah memastikan Jisung tidak mati.
Itu saja. Selagi tak mati, tidak masalah.
Jam pelajaran bermula. Puan Yuna, iaitu guru Sejarah Jisung melangkah masuk dengan membawa dua orang pelajar baru. Keduanya mempunyai rupa paras yang mampu dikatakan kaya. Keduanya berbeza jantina, namun wajah mereka terlihat begitu serupa. Dengan rambut yang diwarnai blonde, mereka terlihat seperti pasangan yang kuat.
"Selamat pagi semua. Pagi ini kita kedatangan pelajar baru dan keduanya baru pulang dari luar negara iaitu Australia. Jadi selepas mereka perkenalkan diri, sila beri mereka meja dan kerusi ye." Puan Yuna mengundur sedikit untuk memberi ruang pada dua pelajar baru itu. Si lelaki sedikit maju ke hadapan.
"Good morning. I'm Lee Felix Yongbok from Australia. Nice to meet you, nice to know you." Selepas itu, dia beri ruang pada si perempuan pulang.
"Good morning. I'm his twins and also from Australia. I'm Lee Fell Yeonhee ." Ah, kembar ternyata. Tamat sesi berkenalan, guru meminta keduanya pergi memilih tempat duduk. Felix dan Yeonhee berpisah kerana tiada meja yang mempunyai dua kekosongan. Felix duduk di sebelah Jisung sedang Yeonhee duduk di meja belakang Jisung.
"Hi? Aku Han Jisung." Dengan sifat ramahnya, Jisung menghulurkan tangan pada Felix. Dia juga sempat berpusing untuk bercakap dengan Yeonhee.
"Felix." Singkat tapi ramah lelaki itu menjawab.
Jam pelajaran berjalan seperti biasa. Ketika tiba waktu rehat, Felix dan Yeonhee bangun untuk bergerak ke kantin. Namun oleh kerana mereka tidak tahu di mana terletaknya lokasi itu, lantas mereka menoleh kearah Jisung. Bahu Jisung dicuit perlahan oleh Yeonhee. Dengan tangan yang masih melekat dengan pensil, dia pun menoleh. "Ye?"
YOU ARE READING
© MY SIRIUS
Fanfiction[ COMPLETED ] - MY SIRIUS 🔞 "Tak ada cinta yang sempurna. Tanpa gaduh, mana datangnya pujuk. Tanpa pujuk, manakan pula datangnya sayang." FROM - 201201 TO - 210221 ALL RIGHT RESERVED BY BBOKARI-