Assalamualaikum semua. Aku nak cakap, kepada semua mangsa banjir baru-baru ni, aku doakan semuanya selamat dan kuat menghadapi ujian yang diberi olehNya.
You guys stay strong okay! Dekat sini ramai yang mendoakan. InsyaAllah semua akan okay. Aamiin.
---
"Terima kasih, Chan." Bella menanggalkan tali pinggang sebelum keluar dari kereta Bangchan. Lelaki itu menunggu sehingga si wanita benar-benar masuk ke dalam rumahnya. Selepas bayangan Bella hilang dari pandangan, Bangchan pun beredar pergi.
Di dalam rumah, Bella menanggalkan kasutnya lalu diletakkan pada rak. Ketika kakinya hendak menaiki tangga, dia melihat satu figura yang tidak dia kenali. Jantung Bella hampir lucut kerana dia menyangka ada pencuri sudah pecah masuk rumahnya. Siapa lagi kalau bukan, Jisung. Rakan suaminya. Bella mencapai payung yang ada di tepi pintu.
brukkkk!
Beberapa barang terjatuh akibat sikap cuai Bella. Ketika Jisung menoleh ke belakang, lelaki itu segera menutup telinganya lalu menunduk dan segera bercangkung. Bella kehairanan mengapa 'si pencuri' kelihatan takut dan tidak menyerangnya. Berbekalkan payung yang masih di tangan, Bella jalan mendekati Jisung.
"Awak siapa!?" Tengking Bella.
"Hiks.. J..Jisung.." Mendengar esakkan tangisan dari lelaki itu membuat Bella merasa bersalah. Payung tadi dia campakkan ke atas sofa. Bella cuba melihat keadaan Jisung dengan cara menepuk bahu lelaki itu. "S..Saya kawan Minho hyung." Akhirnya wanita itu boleh menghela nafas lega.
Ternyata rakan yang Minho maksudkan lebih muda darinya. Bella fikir sebaya.
"Bangunlah. Noona fikir awak pencuri." Bella menarik lengan Jisung sehingga lelaki itu berdiri tegak di hadapannya. Air mata Jisung membasahi pipinya dan itu membuat Bella semakin rasa bersalah. "Mana Minho?" Soal Bella. Tiada niat untuk ambil tahu pun sebenarnya. Bella hanya mahu Jisung lupakan hal tadi dan berhenti menangis.
YOU ARE READING
© MY SIRIUS
Fanfiction[ COMPLETED ] - MY SIRIUS 🔞 "Tak ada cinta yang sempurna. Tanpa gaduh, mana datangnya pujuk. Tanpa pujuk, manakan pula datangnya sayang." FROM - 201201 TO - 210221 ALL RIGHT RESERVED BY BBOKARI-