6

359 41 11
                                    

Hi! Hehehe update lagi

Btw, apps bubble broken, sebab tu skz jarang chat. Nak tunggu felix online, kena merajuk dulu baru dia on :'))

Info sikit ye. Book ni bukan slow update sebenarnya. Yeon cuma update kalau target views dah tercapai. And target yeon cuma 20 je, but bapak susah siot arghhhh! HAHAHAHAH okok ignore jelah.

Enjoy reading! <33

---

"Ibu ayah balik dulu. Kamu berdua berborak lah ye. Eratkan hubungan tu."

"Eratkan hubungan? Huh." Bella mengeluh ringan. Selepas ayah dan ibu beredar, wanita itu langsung naik ke atas dan menuju terus ke biliknya. Bilik yang terpisah jauh dari bilik Minho. Pintu bilik dihempas kuat. Wanita itu tidak percaya dan masih tidak terima kalau dia sudah menjadi isteri orang.

"Lepas itu sekarang aku kena buat apa? Masak untuk dia? Tsk." Wajah diraup perlahan. Bella diam sejenak sambil melihat atap biliknya. Sesuatu melintas di benak fikirannya. "Kenapa aku benci sangat dengan dia? Padahal dia tak buat apa-apapun." Ujarnya hairan. Bella seketika sedar akan sesuatu. Yang dia marahkan sebenarnya bukanlah Minho. Tetapi ayah dan ibunya sendiri. Hanya saja, dia tidak boleh lepaskan pada mereka.

"Tenang Bella. Kau masih dalam keadaan terkejut. Relax." Bella mengelus lembut dadanya. Detak jantungnya laju kerana masih berasa tidak puas hati. Wanita itu lantas bangkit dari katilnya dan pergi menukar pakaian. Kebetulan hari sudah malam, jadi sebaiknya dia pakai baju tidur. Selesai menukar pakaian, Bella keluar untuk turun ke dapur.

Iye, dia akan masak. Tapi bukan untuk dirinya saja. Untuk Minho juga. Ibu akan bertanya nanti, dan pasti keadaan akan buruk jika ibu tahu kalau Bella tidak bertolak ansur langsung. Bella berdiri di tepi peti sejuk sambil memikirkan makanan apa yang patut dia masak. Ah, tiada idea yang muncul. "Bella, saya keluar sekejap ye. Makanan kucing saya habis."

"Tiada siapa tanya." Lelaki itu hanya terkekeh lalu mengangguk. Minho keluar dari rumah dan terus menunggang motornya ke kedai runcit berdekatan. Bella membatalkan niatnya untuk memasak. Dia juga tidak begitu lapar dan lebih kepada bosan. Wanita itu pergi mencari kucing yang dikatakan oleh Minho siang tadi.

"Meoww~" terdengar bunyi itu dari arah dapur. Laju kaki Bella melangkah ke dapur untuk melihat. Ada tiga ekor kucing yang berwarna kuning putih dan kelabu. Bella mendekatik kucing-kucing itu dan mereka semua mula mengiau dengan sangat nyaring. Bella tahu pasti kucing itu semua tidak terbiasa lagi dengan wajah Bella. "This is my house. So respect me." Bak seorang ibu Bella berkata. Seekor kucing berwarna kelabu gelap menarik perhatiannya.

Bella bersila di tepi sangkar lalu cuba untuk membuka sangkar kucing kelabu itu. Tertulis nama Dori di sangkar itu, jadi Bella beranggapan kalau kucing itu namanya Dori. Perlahan Bella buka pintu sangkar itu dan langsung meraih Dori yang kelihatan ketakutan di dalam. Untung Dori tidak mencakarnya namun kuicng itu tampak sedikit takut.

"Jangan takut. Ini mama lah."

"Mama?"

"Eh? Cepatnya balik?"

"Kedai dekat. Itu nama dia Dori. Antara yang paling muda sekali. Dori paling susah nak makan sebab itu dia kurus. Awak pandai bagi kucing makan?" Minho menghulurkan satu pek kecil makanan basah kucing. Bella ambil pek itu tanpa berkata apa-apa. Pek dikoyakkan dan dengan sedikit paksaan, Dori akhirnya habiskan makanan di dalam pek itu.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now