23

299 43 19
                                    

Another chapter for today. Hadiah untuk korang sebab cute sangat and chapter semalam readers dah 40+

I'm happy bodow ㅠㅠㅠ

Sayang semua muah muah muah!

---

Aku bertiup sepoi-sepoi selepas badai hujan melanda. Sedang ada dua manusia duduk di bangku taman belakang hospital sambil menikmati tamparan dari angin. Si lelaki menoleh kearah si perempuan. "Kau marah aku?" Soalnya dengan wajah yang sengaja dicomelkan.

"Sikit." Jawab si gadis. "Macam mana kau boleh cakap macam tu? Sepatutnya kau bersyukur tuhan masih beri nyawa dekat kau. Ini—"

chuupp ~

Pipi gadis itu dikecup singkat. "Mian.. Kau janganlah marah lagi. Felix dah beritahu aku semuanya." Yeonhee menghela nafasnya berat. "Ya, kau nampak telefon aku tak? Aku nak telefon abang aku. Dia tak tahu aku dekat hospital ni. Kalau dia tahu tangan aku patah, mesti dia terkejut." Gadis itu segera keluarkan telefon milik Jisung dari dalam poketnya.

"Kau nak aku carikan tak nombor abang kau?" Lelaki itu mengangguk. Nama Minho dicari di daftar kenalan. Cari dan cari, akhirnya dia temui. "Ini?" Sekali lagi Jisung mengangguk. Segera nombor itu ditekan oleh Yeonhee lalu dia hulurkan pada tangan kiri Jisung.

"Eo?" Panggilan yang masih bersambung itu pantas dia putuskan. Jisung melihat Minho berada di cafe hospital. Jarak mereka tidak begitu jauh, namun tetap terhalang oleh jendela ruangan. Yeonhee ikut sama menoleh kearah yang Jisung lihat. Gadis itu turut sama terkejut.

"Chris Bang? Heol." Sepertinya dia juga kenal dengan Bangchan. Mustahil dia tidak kenal, secara dia sendiri sepupu kepada Bella. Sepupu rapat malah. Jadi pastinya dia tahu. "Itu Lee Minho ea? Suami, Bella unnie. Kau nak pergi jumpa dia tak?" Jisung mengangguk kecil.

"Tapi kejap. Siapa lelaki dengan abang aku tu? Kau kenal?" Enggan dia menjawab soalan Jisung. Kerusi roda Jisung lantas dia dorong masuk ke dalam cafe. Sampai saja di meja Minho, kedua jejaka itu sama-sama terkejut dengan siapa mereka bertemu.

"Jisung!? Kenapa kau ada dekat hospital? Apa jadi dengan kau!?"

"Y..Yeonhee? Lee Fell Yeonhee?"

Minho membolak-balik tubuh Jisung untuk lihat keadaan lelaki itu. Manakala Bangchan, dia cuba untuk memeluk Yeonhee, namun gadis itu berundur setapak untuk mengelak. "Do not fucking touch me. You're no longer in our family, cheater!" Jelingan menyampah dia lemparkan pada Bangchan. Lelaki itu hanya mampu sabar dan tenang. Yeonhee masih kecil untuk terima semua yang pernah berlaku.

"Hyung, nanti kau datang sekolah ye. Besok atau lusa. Tapi aku tak boleh lagi ke sekolah, sebab belum sembuh. Mungkin polis akan soal siasat kau tentang aku." Dari pernyataan Jisung tadi, Minho sedikit boleh meneka apa yang berlaku pada lelaki itu. Enggan dia katakan, namun terpaksa dia pastikan adakah tekaannya benar.

"Ni tentang pembulian tu ke?" Sungguh dia terkejut apabila Minho mengatakan hal itu. Jadi selama ini Minho tahu? Kira-kira beginilah bisikan batin Jisung.

"Semua dah selesai. Semua dah kena tahan dengan polis. Terima kasih dekat Yeonhee dengan Felix. Mereka berdua yang tolong dapatkan bukti aku kena buli. Lepas tu mereka beri pada polis."

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now