29

267 40 29
                                    

[ RE-UPLOAD ]

WEH SEMUA DAH TIDUR KE?

Buku ni tamat chapter 32 ye semua.

Jangan pergi sebelum waktunya :'))

HAHAHAHAHAHAHAHA MACAM DILAN BETUL KATA KATA TU

---

Mengikut hitungan hari, ini adalah hari di mana Bella akan melahirkan bayinya. Berada di dalam labor room tanpa ditemani oleh seorang suami adalah sesuatu yang tidak dirancang oleh Bella. Sejak awal, dia sudah bermimpi dan berharap kalau Minho akan berada di sebelahnya dan memberinya semangat. Namun kini, dia perlu hadapi segalanya sendiri dan hanya dibantu tenaga doktor dan jururawat saja.

Satu minit sebelum melahirkan.

"Puan Bella tenang ye. Kami akan beri bantuan sepenuhnya." Ucap Doktor Hana sambil mengusap-ngusap kepala Bella yang sudah kian berpeluh.

"Doktor, lelaki atau pun perempuan, tolong letakkan nama yang saya dah berikan semalam. Ye?" Laju Doktor Hana mengangguk. Doktor Hana terus menerus mengusap kepala Bella sehingga wanita itu sudah memberi respon kalau dia akan segera melahirkan.

"Everyone be ready!" Doktor Hana berteriak. Semua doktor dan doktor praktikal mengelilingi Bella. "Bella all we need you to do is, push. Keep pushing and stop when I say stop." Tegas namun lembut rentak bicara Doktor Hana. Bella dengan sekuat tenaga meneran kuat hingga merasakan kesakitan yang tidak pernah dia rasa langsung seumur hidupnya.

"Push miss, push! Keep pushing!" Teriak salah seorang doktor iaitu, Doktor Gaeram. Bella tidak lagi mempunyai tenaga. Air matanya menitis membasahi pipinya. Difikirannya hanya ada dua. Minho dan bayi kecil yang sedang dia lahirkan. Terpintas kata-kata terakhir Minho sebelum semua kejadian ini berlaku.

Lahirkan bayi kita ni dengan selamat ye?

"Miss Bella keep pushing! The baby could die due to lack of oxygen. We've see the head so please keep pushing!" Tiada tenaga yang cukup untuk Bella meneran lagi. Dia cuba untuk menarik nafas, namun dadanya sakit. Tangannya mengenggam kuat lengan jururawat perempuan yang sejak tadi bantu menenangkannya.

"Miss Bella please! We need your help! We try to save you and your baby, so please! Keep pushing, miss! Keep pushing!"

"Arhhhhhhhhhh!"

---

"Mangsa berjalan pada saat lampu sedang merah. Mangsa juga didapati mabuk dan tidak berada di dalam keadaan yang waras. Melihat dari hasil penyelidikan dan juga rakaman CCTV, suspek Lee Minho memandu dalam keadaan mengantuk, namun suspek Lee Minho dipercayai memang tiada niat untuk membunuh, kerana suspek Lee Minho cuba untuk mengelak ketika hampir berlanggaran dengan mangsa. Jadi pihak hakim sudah memutuskan keputusan muktamad."

TOK! TOK! TOK!

"Encik Lee Minho, anda dilepaskan dari tahanan reman. Terima kasih telah beri kerjasama selama dua minggu ini." Bunyi ketukan dari peguam membuat lelaki berpakaian biru muda itu mampu menghela nafas lega. Minho dibawa keluar dari dewan mahkamah lalu terus ke sel nya semula. Petugas meminta dia untuk menukar dahulu pakaiannya sebelum dibenarkan pulang.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now