11

321 47 10
                                    

SEMPENA PKP YANG AKAN DISAMBUNG, HAKU UPDATE LAH MALAM NI.

LUANGKAN MASA ANDA UNTUK BACA DAN TOLONGLAH VOTE ㅠㅠㅠ

AKU RASA TAKNAK UPDATE DAH KALAU VOTE SIKIT SANGAT. BANYAK GILA GHOST READERS THOOO

APA NI >∆<!

---

"Baik Bella-nim." Panggilan diputuskan. Bella sudah berikan alasan mengapa dia tak masuk butik hari ini. Nasiblah hari ini tiada apa-apa tempahan baru.

"Noona, Jisung dah kenyang. Lepas ni kita nak pergi mana lagi?" Perutnya yang sudah hampir meletup itu digosok-gosok. Bella tersenyum melihat lelaki itu akhirnya gembira kerana sudah kenyang. Kini tatapan Bella beralih pada Minho yang juga sedang menatapnya.

"Kita cari beg sekolah pula. Dekat sini ada butik yang jual beg. Nanti kita pergi." Mendengar perkataan butik membuat Minho mengeluh perlahan. Bella dengar akan hal itu, namun dia endahkan saja. Dia tahu Minho risau tentang wang tunai. Namun Bella tahu apa yang dia lakukan.

Selepas Minho membayar bil makanan, mereka segera ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan ke sana, seseorang menegur Bella dari arah belakang. "Bella? Buat apa dekat sini?" Tanya si gerangan.

"Oh, Hyunjin. Eating? Obviously? Awak buat apa dekat sini? Makan juga?" Lelaki itu menggeleng. Soalan Bella dibiarkan tergantung dahulu. Dia melihat dua lelaki yang berada di sebelah Bella. Minho dan Jisung turut sama melihat kearahnya. Hyunjin cuba untuk meneka siapa mereka.

"Maaf, pemandu peribadi ke?" Teka Hyunjin. Bella berkerut aneh. "Kenalkan, saya Hwang Hyunjin selaku CEO Capital H'Holding." Tangan dihulurkan pada Minho. Dengan segera Minho menyambut salaman itu dengan menjawab,

"Lee Minho. Suami kepada Joo Bella." Terpapar reaksi malu selepas mendengar kalimat itu. Hyunjin sempat mengerling kearah Bella dan jelas wanita itu menjeling tajam kearahnya. Entah apa yang membuat Bella tiba-tiba tidak suka apabila Hyunjin bersikap biadap dengan Minho. Padahal sebelum ini sikap Bella pada Minho jauh lebih teruk.

"Oh Bella. Bunga dah selamat sampai. Cantik dan sesuai dengan permintaan saya. Terima kasih, ye." Bella hanya mengangguk sekilas.

"Kami nak cepat. Ada hal. Mari Jisung." Bella merangkul lengan Jisung dan terus masuk ke dalam kereta. Minho tidak banyak bunyi dan dia juga turut sama berjalan ke kereta. Segera dia masuk ke tempat duduk pemandu lalu enjin dihidupkan. Hyunjin melihat kereta Bella pergi begitu saja. "Jisung, besar nanti jangan jadi sombong macam dia."

"Okay noona."

"Bella kelakar rupanya. Andai saja dia sedar kalau dia sedang bercakap dengan cermin." Bisik batin Minho. Kadang kala sikap Bella yang sentiasa fikir dirinya betul membuat Minho ingin tertawa. Satu hari nanti, nak saja dia beritahu kalau perempuan juga banyak salahnya dibandingkan dengan lelaki.

---

"Terima kasih noona! Terima kasih hyung! Mesti dekat sekolah nanti semua cemburu sebab barang Jisung mahal." Teruja dia melihat satu persatu barangannya. Bella mengintai melalui cermin hadapan. Senyuman Jisung membuat Bella puas. Setidaknya dia berjaya menggapai salah satu mimpinya.

Iaitu membuat seorang anak yatim yang jauh lebih muda darinya gembira dan bahagia.

"Jisung, jangan sombong dengan kawan-kawan. Barang ni semua, Bella noona-"

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now