30

278 38 55
                                    

Warning sikit.

Chapter ni agak serabut sebab aku banyak fast forward.

Jangan kecam ye.

Enjoy reading!

---

"Kenapa taknak masuk?"

"N..Ne? S..Saya takut. Saya takut kalau awak tak boleh terima saya lagi." Keluhan kecil dihela oleh wanita mungil disebelahnya. Tidak perlu disebut siapa, pasti sudah berjaya diteka. Minho melihat wanita itu bangun dan berjalan ke katil bayi yang ada disebelah katil mereka.

"Marilah. Taknak tengok muka anak kita?" Soalan Bella membuat Minho termanggu sebentar. Lelaki itu berjalan mendekati Bella dan ketika beberapa tapak lagi untuk sampai ke katil bayi itu, Minho berhenti. Bella melihatnya atas bawah sebanyak dua kali. "Kenapa?"

"Saya tak berani nak bagi anak kita tengok muka saya. Saya pem—"

"Awak papa dia. Papa kandung dia. Dia benih awak, Minho. Kalau awak ni syaitan durjana sekalipun, dia tetap kena terima awak!"

"Bella—"

"Dua minggu, Minho. Dua minggu saya tunjuk gambar awak dekat dia tanpa missed sehari pun. Saya bagi dia dengar suara-suara awak dari pesanan suara kita. Saya bagi dia tengok video awak supaya bila awak balik, anak kita takkan terkejut. Sebab dia dah kenal papa dia. Tapi awak dengan mudahnya nak pergi tinggalkan kami semua atas alasan tak masuk akal macam tu!? Kalau awak sayang saya dengan anak kita, awak takkan biarkan saya besarkan dia sendiri!" Teriakkan Bella membuat bayi kecil mereka tersedar dari tidurnya.

Bayi itu menangis terkejut.

"Sshu sshu sshu mama minta maaf sayang." Bella mendukung anaknya sambil mendodoikan agar dia tertidur kembali. Minho yang masih terpaku dengan kata-kata Bella tadi, cuba untuk muncul semula dari lamunannya. Dengan berani, dia jalan mendekati sang isteri.

"Boleh saya cuba dukung?" Tanpa banyak soal, Bella perlahan menyerahkan bayi kecil itu pada Minho.

"Nama dia, Lee Hyun." Mata Minho membulat sempurna.

"Awak pilih nama yang saya bagi?" Bella mengangguk kecil.

"Makna dari nama tu betul-betul terjadi pada saya. Selama awak tak ada, dia lah yang terangkan malam saya kalau saya sunyi." Senyuman tipis diukir oleh Minho. Dia menatap wajah anak lelakinya itu. Sungguh, bayi kecil itu begitu seiras dengannya. Mula dari mata bulat dan besar hingga hidung yang mancung. Hanya saja, bentuk mukanya sama seperti Bella.

Runcing dan tirus.

"Hyun-ie, papa dah balik ni sayang." Lembut dia berbisik di telinga anaknya.

---

Hari ini, tepat tiga bulan seorang bintang kecil bernama Lee Hyun hidup di dunia ini. Dan hari ini juga sudah masuknya bulan di mana ulang tahun perkahwinan pertama Bella dan Minho. Bella sudah berkerja semula di butiknya, namun waktunya bekerja sangatlah terhad. Hanya isnin dan rabu sahaja dia akan masuk ke butik. Hari yang selebihnya, Yoobin atau tiga remaja yang masih berada dalam tempoh cuti sekolah itu.

Memandangkan hari ini adalah hari selasa, jadi Felix, Yeonhee dan Jisung lah yang bertugas untuk menjaga kedai. Mereka bertiga dipantau oleh Bella dari rumah. CCTV yang ada di sana, tersambung dengan komputer yang ada di rumah. Jadi apa saja yang terjadi, akan diketahui oleh Bella dan juga Minho.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now