Sorry but chap ni bosan.
Hm.
---
"Dah setengah jam dah ni. Dari sini ke sana tak ada lah jauh mana." Telefon di meja sebelah segera diraih. Bella mencari nama suaminya di daftar kenalan. Ketika hendak menekan, satu panggila dari ibu masuk. Lekas dia menjawab. "Ye, ibu?"
"Bella? Bella sayang? Ni ibu ni." Nada cemas nan risau terdengar dari suara ibu. Bella cuba untuk fokus pada suara di latar belakang ibu. Riuh dan kecoh bunyinya. Bella meneka kalau ibu nya tidak berada di rumah.
"Ibu dekat mana ni? Dah malam, kenapa ibu ada dekat luar?" Soal Bella kehairanan. Ibu tidak langsung menjawab. Telefon tiba-tiba dipindahkan kepada ayah. Kini ayahlah yang berada di talian.
"My wonderful, daughter. I want you to stay there and be calm. Mom will arrive within a few minutes. I've something to tell you, but not now. With your condition right now, I don't think this is a good time. Ayah nak Bella duduk diam-diam dekat hospital tu dan fikir tentang your baby saja. Okay sayang?" Pesanan dari ayah tidak sempat dia balas. Talian sudah diputuskan oleh ayah.
Bella bertambah hairan dan risau. Mengapa dia mendengar suara ibu sedang menangis. Dan beberapa doktor menjerit kata Emergency Room sebentar tadi? Hati Bella tidak tenang selagi dia tidak tahu apa yang berlaku. Bella sekali lagi cuba mendail nombor ibu nya, namun tidak dapat. Panggilan masuk ke dalam peti suara. Ah! Menyebalkan.
"Ibu, ayah kenapa? Lepas tu mana Minho ni?" Wanita itu meletakkan semula telefonnya di meja. Sudahlah perutnya tidak berhenti berkeroncong kerana lapar. Makan malam yang diberi doktor tadi, sedikit pun tidak terusik olehnya. Namun Bella teringat akan kata-kata Minho tadi. Katanya makan saja apa yang ada. Risau kalau dia sedikit lewat. "Hm makan jelah."
Bella menyantap nasi dan sup sayur itu walau rasanya tidak begitu enak. Sedang enak dia mengunyah, pintu bilik dibuka.
klik
"Bella?" Muncul ibu dimuka pintu. Wanita itu melihat ibu nya yang sejurus datang memeluk erat tubuhnya.
"Ibu kenapa? Okay tak ni?" Soalan si anak dibiarkan tergantung. Bella menolak perlahan tubuh ibu nya dan menyuruh ibu untuk duduk dahulu. Selepas ibu melabuhkan punggung, air mata ibu perlahan-lahan berhenti. "Ibu, apa jadi?"
"B..Bella jangan terkejut ye? Janji dulu dengan ibu?" Nafas dihela perlahan. Wanita itu mengangguk kecil.
"Kenapa, ibu?"
"M..Minho kemalangan dan langgar pejalan kaki. Pejalan kaki tu mati dekat tempat kejadian. Sekarang ni, Minho kena tahan dengan polis untuk soal siasat. Minho menunggang motor dalam keadaan mengantuk. Jadi Minho akan direman untuk dua minggu. Bella, ayah tak bagi ibu beritahu, Bella. Jadi—"
"N..Ne?"
"Sabar, sayang. Ayah—"
"S..Salah Bella ibu. N..Ni semua salah Bella. B..Bella yang minta Minho keluar pergi belikan makan. Padahal Bella tahu dia mengantuk! Salah Bella, ibu!" Air matanya jatuh begitu deras. Bella ingin turun dari katil, namun dihalang pantas oleh ibu. Wanita itu cuba untuk melawan, namun kudratnya tidak begitu kuat. Bella terduduk di lantai dan menangis dengan sangat kuat. Ibu risau kalau ada sesuatu yang terjadi pada puterinya, jadi ibu segera memanggil doktor.
YOU ARE READING
© MY SIRIUS
Fanfiction[ COMPLETED ] - MY SIRIUS 🔞 "Tak ada cinta yang sempurna. Tanpa gaduh, mana datangnya pujuk. Tanpa pujuk, manakan pula datangnya sayang." FROM - 201201 TO - 210221 ALL RIGHT RESERVED BY BBOKARI-