3

374 48 6
                                    

---

Bella dan Minho sepertinya sudah selesai melakukan fitting baju kahwin mereka. Walaupun Bella tidak setuju dengan perkahwinan ini, namun tidak dia nafikan kalau baju pilihan kedua orang tuanya sangat cantik. Mendapat ibu bapa yang tahu selera anak sendiri adalah satu tuah yang besar. Pada saat Bella ingin pulang, ayah tiba-tiba menghantar pesanan padanya.

kakaotalk
big boss

ayah
hantarkan Minho pulang ye, nak.
tadi dia datang dengan ayah.
jadi sekarang dia tak ada kenderaan
nak pulang.
seen

Bella mendengus kesal. Dia melihat sekilas kearah Minho yang sedang diam di bangku dan fokus pada telefonnya. Bella menggulingkan matanya lalu terus beredar pergi. Bukan tugas dia untuk hantar atau ambil lelaki itu. Dia lelaki. Jadi pandai-pandailah dia nak hidup. Fikir Bella.

Bella terus menyusul pergi ke butiknya semula. Sampai saja dia di sana, Bella mendapat satu lagi pesanan dari ayahnya. Dia begitu malas hendak membuka, tapi Bella tahu, jika tidak dijawab nanti pasti ayah akan hubunginya. Bella segera menapak masuk ke dalam kedai dan lurus ke ruangannya.

kakaotalk
big boss

ayah
dah hantar minho, nak?

bella
sudah, ayah

Bella terpaksa menafikannya kerana nanti perbualan ayah dan dia pasti akan menjadi panjang. Bella tidak kisah jika ayah ingin memarahnya, tapi bukan di sini. Bukan ketika dia sedang berada di tempat kerjanya. Itu akan menyerabutkan lagi kepala otaknya. Jadi Bella lebih rela ayah marahnya ketika berada di rumah.

"Bella-nim, tadi pergi mana?" Tanya Yoobin pada Bella yang baru keluar dari ruangannya.

"Fitting baju pengantin. Ada tempahan baru ke, Yoobin?" Anak buahnya itu menggeleng kecil sambil tersenyum lebar. Bella ikut tersenyum melihat gadis comel itu. Kadang, kerana adanya Yoobin, hati Bella menjadi berbunga.

Gadis itu sudah dia anggap seperti seorang adik. Maklumlah, Bella sendiri anak tunggal. Dia bosan tidak mempunyai adik beradik. Namun semenjak Yoobin bekerja dengannya beberapa tahun lalu, Bella sering ceria dan gembira. Walau ada masanya Bella sedikit marah pada Yoobin kerana gadis itu ceroboh dalam membuat kerja, namun jauh dalam lubuk hatinya, Bella hanya ingin bersikap seperti kakak.

Itu saja.

"Malam besok kita keluar nak? Awak teman saya makan malam. Don't worry, my treat." Anak mata Yoobin melebar. Laju dia memberikan thumbs up sebagai tanda persetujuan.

"Kita nak makan dekat mana, Bella-nim?" Tanya Yoobin teruja.

"Rahsia. Ikut saja, yang pasti saya yakin awak akan suka. Okay sekarang sambung buat kerja dan siapkan tempahan yang ada. Saya nak siapkan tempahan dari syarikat Capital H'Holding. Bulan depan kan dia nak?" Yoobin mengangguk tanda betul. Bella lantas membawa keluar rangka bouquet yang telah Yoobin siapkan semalam.

Bella suka dengan pilihan bunga yang mereka pilih. Mawar merah adalah bunga kesukaan Bella sejak dia remaja lagi. Ada satu memori berharga antara dirinya dan juga bunga mawar merah. Baik itu manis atau pahit. Keduanya tetap dikiri sebagai sebuah memori, bukan? Senyuman di bibir tidak lekang sepanjang mengubal bentuk bunga ini. Yoobin sendiri turut hairan mengapa bos nya itu tersenyum seperti kambing.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now