IS IT TRU! YEAH! OKIE DOKIE YOOWW!
Hwang Inyeop hensem doh. Rasa macam nak masukkan watak dia. Tapi hmm—
Let me think lah. Btw,
Happy Reading guys! <33
---
"Saya keluar sekejap, ye. Jangan tunggu. Saya bawa kunci rumah." Pesan Minho sebelum menyarung helmet berjenis Off-Road. Bella yang sedang makan di meja kemudian menjeling lelaki itu.
"Kalau awak suruh saya tunggu, belum tentu saya akan tunggu. Buang masa." Suaminya hanya tertawa ringkas. Minho menyarung jaketnya dan terus keluar dari rumah. Motornya di pandu keluar dari perkarangan rumah. Entah ke mana agaknya tujuan lelaki itu. Susah diteka.
Motornya membelah angin malam. Lampu isyarat merah dilanggar begitu saja. Sudah biasa mungkin. 30 minit di atas jalan raya, Minho akhirnya sampai di satu tempat yang begitu ramai manusia sedang berkumpul. Terdengar sorakan kuat dari semua manusia itu sebaik saja mereka melihat Minho. Sang lelaki segera turun dari motor lalu berjalan ke kumpulan yang melihat tajam kearahnya.
"Dua minggu kau hilang, Minho. Pergi mana?" Tanya salah seorang lelaki dari meja itu.
"Maaf. Ada acara pengebumian dekat kawasan rumah aku. Aku tukang gali kubur." Jawapannya memang sekadar bergurau, tapi dia berdoa agar rakan-rakannya tidak akan persoalkan lagi tentang kehilangan dia selama dua minggu lepas. "Macam mana malam ni? Jadi?" Minho mengubah topik.
"Dua minggu kami tangguh. Mestilah jadi. Cepat ready. Habuan pun dah lama tunggu nak kena makan. Kau lambatlah." Rakannya itu bangkit dari kerusi lalu beredar pergi ke garis permulaan. Minho menyarung semula helmetnya lalu berlari naik ke atas motor. Malam ini, dia akan sertai perlumbaan haram yang sering diadakan sekali satu bulan.
"Changbin! Apa habuan dia!?" Minho sedikit berteriak. Rakannya tadi segera menunding jari kearah seorang wanita yang seksi nan cantik. Mini dress wanita itu mampu membuat sesiapa saja tergoda dan menjadi gila. Selepas Minho mengerling sesaat, visor diturunkan. "Pelacur bodoh."
1
-
-
2
-
-
3Perlumbaan dimulakan. Minho berlumba dengan lelaki yang pernah menjadi juara sebanyak tiga kali berturut-turut. Mereka berdua perlu mengelilingi kawasan itu sebanyak tiga kali dan siapa sampai di garisan penamat dahulu, maka dialah pemenangnya. Minho tidak mahu kalah, bukan kerana inginkan habuannya. Tetapi dia tidak mahu membayar apa-apa. Peraturan mereka, siapa kalah, perlu membayar sebanyak 800 ribu won.
Minho haramkan duitnya disentuh sedikit pun.
pweetttttttttt
Bunyi wisel terdengar. Itu bermakna sudah ada pemenangnya. "Tahniah, bro! Juara tiga kali berturut-turut kan? Tapi itulah, Minho lagi laju! Tahniah Minho!" Changbin berjalan kearah Minho seraya menghulurkan wang tuani sebanyak 800 ribu won. "Boleh kutip habuan kau—"
"Kau sajalah kutip dia. Aku taknak pelacur macam tu. Duit ni, aku ambil. Okay aku balik dulu." Belum sempat Changbin berkata apa-apa, Minho sudah terlebih dahulu pergi. Namun lelaki itu tiba-tiba berhenti di sekerat jalan. Minho menoleh ke belakang. "Jisung mana!?" Kuat dia berteriak.
---
"Saya tunggu lama tadi. Kenapa awak balik dulu?" Bella menghela nafas kesal. Nak saja dia putuskan talian di telefon, tapi Bella tahu bahawa si lelaki ini akan kembali mendail nombornya. Jadi dia cuba bertahan.
YOU ARE READING
© MY SIRIUS
Fanfic[ COMPLETED ] - MY SIRIUS 🔞 "Tak ada cinta yang sempurna. Tanpa gaduh, mana datangnya pujuk. Tanpa pujuk, manakan pula datangnya sayang." FROM - 201201 TO - 210221 ALL RIGHT RESERVED BY BBOKARI-