Malam ni aku pub 2 chapter ye <33
Mau segera dihabiskan bro :')
---
"Itu saja pelajaran kita hari ini. Semua boleh keluar rehat." Sebaik saja guru kelas beredar, murid pun berpusu-pusu ke kantin. Katanya kerana tidak mahu terlepas sup ekor yang hanya dijual sebanyak 30 mangkuk saja. Untunglah tiga rakan ini tidak begitu gemar dengan makanan sebegitu. Jisung, Felix dan Yeonhee masih santai berada di kelas.
"Yeonhee, aku pergi tandas kejap! Sakit perutlah." Tanpa fikirkan balasan dari sang kembar, Felix berlari terus ke luar kelas. Tinggal lah Jisung dan Yeonhee yang masih khayal dengan kerja sendiri. Jisung fokus pada telefonnya, manakala Yeonhee sibuk dengan kerja sekolah yang masih belum dia siapkan semalam.
"Yeonhee! Eum kau pernah ada teman lelaki?" Wajahnya pantas diangkat menghadap Jisung.
"Kenapa?"
"Saja tanya." Lelaki itu memusingkan kerusinya ke belakang agar boleh menghadap si gadis. Tangan Yeonhee yanga sedang memegang pensel, diraih oleh Jisung. "Jangan belajar kuat sangat. Kesian jari kau. Luka dah." Lelaki itu menyeluk tangan ke dalam poket. Sekeping plaster dikeluarkan dari situ. "Dejavu, tak?" Soal Jisung.
"Eum.." Fokus dia memerhatikan plaster itu membaluti jari hantunya yang kemerahan. Tiba-tiba, pipinya terasa diusap. Jisung memicit perlahan pipi Yeonhee. "Kenapa?" Polos Yeonhee bertanya. Dia sedikit termanggu dengan kelakuan Jisung yang tidak biasa ini.
"Yeonhee-ah, lagi seminggu kita tamat sekolah. Lepas tu kita dah masuk 18 tahun. Usia kita dah legal kan?" Gadis itu mengangguk kecil. Dia masih terkedu kerana tangan Jisung tetap tidak berpindah dari pipinya. "Aku nak dating boleh?" Wajah Yeonhee kian berubah. Dia semakin hairan dengan pernyataan Jisung.
"Kenapa tanya aku?" Gumamnya sambil menepis tangan Jisung dari pipinya. "Yang dating kau, bukan aku." Jawapan Yeonhee membuat Jisung tersenyum malu. Dia sempat menekup wajahnya kerana segan apabila dilihat oleh Yeonhee. "Merahnya muka kau?" Kali ini Yeonhee pula yang memegang wajah Jisung.
"Yeonhee-ah, sebelum dating, kita mestilah kena tanya dekat orang yang kita nak ajak dating tu kan?" Bak budak lima tahun, Jisung berbicara. Yeonhee sekali lagi melayan. Anggukan kecil dia berikan. "Jadi sebab tu aku tanya kau. Aku nak dating boleh? Dating dengan kau."
"Eo?" Yeonhee agak terkejut mendengar kalimat Jisung. Sedikit pun dia tak menyangka kalau Jisung akan katakan itu padanya.
"Boleh?" Sekali lagi Jisung bertanya.
"Tunggulah lagi seminggu. Nanti aku bagi jawapan. Tunggu bila betul-betul dah masuk 18 tahun." Kerana tidak mahu membuat gadis itu berubah fikiran, Jisung pantas mengangguk setuju. Dia berharap penantiannya selama seminggu ini, tidak sia-sia.
---
"Bella, kamu rehat ye. Besok ibu bawakan makanan yang sehat-sehat. Minho, kamu temankan Bella ye? Ayah dengan ibu balik dulu." Pasangan suami isteri itu mengangguk. Sambil memerhatikan kepergian sang ibu dan ayah, Minho sempat mencuit manja pipi isterinya. Bella memukul lengan si suami.
"Awak betul taknak balik?" Tanya Bella ingin memastikan.
"Kalau saya balik, saya pergi merempit dengan Changbin. Lepas tu nanti masa tengah rempit, kemalangan sebab fikirkan awak. Ha, nak?" Sekuat tenaga dia mencubit bahu Minho. Meringis juga lelaki itu dek kerana cubitan Bella tadi.
YOU ARE READING
© MY SIRIUS
Fanfiction[ COMPLETED ] - MY SIRIUS 🔞 "Tak ada cinta yang sempurna. Tanpa gaduh, mana datangnya pujuk. Tanpa pujuk, manakan pula datangnya sayang." FROM - 201201 TO - 210221 ALL RIGHT RESERVED BY BBOKARI-