Episode 1: Pengsan

7K 122 28
                                    

Disclaimer

Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan

Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di

Bulan mengambang cukup terang pada malam itu. Rumah agam tiga tingkat yang berkeluasan 12000 kaki persegi itu terlihat sunyi. Para pekerja rumah sudah pulang ke kuarters masing-masing. Lampu halaman rumah menambah lagi kemeriahan sinar rembulan.

"Tuan muda... Saya sudah berjaya memperolehi maklumat berkaitan pelukis lukisan erotik yang tuan muda cari." Arthur tunduk hormat di depan tuan muda yang telah dijaganya sedari kecil itu.

Valerio Guevara yang duduk di bingkai tingkap menatap sekilas rambut pembantu peribadinya yang mula dipenuhi uban. Muncung sisha disedut perlahan. Valerio Guevara mengalihkan pandangan ke luar tingkap sambil menyaksikan rembulan penuh mengambang. Arthur yang sudah menjaga tuan mudanya dari berusia 7 tahun lagi sudah amat arif dengan sikap pendiam Valerio.

"Dia bernama Alden Kilmer, lelaki, berusia 20 tahun dan belum berumah tangga." Valerio masih melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Keremangan cahaya lampu di bilik yang agak malap menyebabkan cahaya rembulan menambah lagi persona Valerio.

"Menurut maklumat yang saya perolehi lagi, dia merupakan anak buangan dari bayi lagi. Puan Cho yang mengurus rumah urut Pixie Touch mengasuh Alden seperti anaknya sendiri sebelum meninggal beberapa tahun lalu." Valerio meneguk habis gelas whisky di tangannya sebelum mengisyaratkan Arthur untuk mengisi kembali gelas kaca tersebut. Tanpa perlu dikomando, Arthur meneruskan lagi laporan siasatannya berkaitan pelukis erotik misteri yang berjaya menarik perhatian tuan muda Valerio Guevara.

"Asal usul encik Alden tidak diketahui siapa ibu bapa kandungnya...Tapi yang jelas adalah bakatnya melukis graffiti lucah pada dinding-dinding bangunan atau tanah. Dan..." Kata-kata Arthur terpotong apabila sekali lagi Valerio meneguk habis minuman whisky di gelasnya dan mengisyaratkan arthur untuk mengisi kembali gelasnya.

"... Tidak dapat dipastikan apakah persekitaran encik Alden membesar, namun genre lukisan erotiknya lebih kepada hubungan sejenis atau sodomi..." Jelas Arthur.

"Sayang lets play with us..." Kedengaran suara lelaki muda memanggil Valerio dari katil bersaiz king.

"Yeah baby... I miss you..." Seru seorang lagi pemuda. Valerio hanya berdiam dan memainkan bibir gelas dengan jari telunjuknya.

"Buku erotik yang tuan muda tunjukkan kepada saya tempoh hari adalah antara karya yang encik Alden terbitkan beberapa tahun lalu dengan nama pena; Tinta Malam... Tapi... Malangnya dia sudah tidak melukis lagi masa kini atas sebab yang tidak dapat dipastikan." Terang Arthur lalu tunduk mengakhiri laporannya.

"Dia tidak melukis lagi?" Valerio kini membuka penutup gelas dan meminum terus dari mulut botol beberapa teguk.

"Itu bukan masalah saya... Dia pasti tidak mahu dakwat yang dia gunakan berganti dengan darah..." Valerio menghentikan ucapannya sebelum menghabiskan seperempat lagi baki botol minuman keras.

"Jadi sekarang... Apa yang dia lakukan?" Valerio meletakkan kembali botol di atas meja namun malangnya botol jatuh bergolek ke atas lantai.

"Sekarang... Dia hanya bekerja sambilan di rumah urut tempatnya dibesarkan dan... Minum alkohol di *rumah asap hampir setiap malam."

*Rumah asap/smoke house kalau di Sarawak adalah tempat yang menyajikan aneka juadah BBQ dan drink foods yang lain. With tons of alcohol of course.

Tinta Malam (ON GOING)Where stories live. Discover now