Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.
Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en
Alden berjalan longlai di belakang sejurus kereta mereka sampai di perkarangan rumah agam. Kereta yang membawa rombongan Valerio dan Alger sudah terlebih dahulu sampai sepuluh minit yang lalu. Betis dan belakang Alden terasa pegal dek lama tidak melakukan aktiviti lasak. Ketika ingin memasuki rumah utama tangan Alden tiba-tiba direntap dan dipimpin ke belakang stor. Stor berada di belakang rumah utama dan berhampiran dengan kuarters kakitangan.
"Argh... Abang Alger?" Alden sedikit berteriak apabila kepalanya terbentur dinding stor. Alger melilau melihat kiri dan kanan memerhati manusia lain berhampiran mereka.
"Alden... Abang nak tau... kelemahan dia..." Tanya Alger tanpa berbasa basi.
"Kelemahan?" Alden tidak berapa paham dengan soalan pujaannya itu.
"Kelemahan Valerio Guevara... Apa-apa pun boleh..." Terang Alger. Kakinya mundar mandir berjalan di depan Alden.
"Dia tidur dengan siapa? Ada apa-apa rahsia yang dia cakap? Benda yang dia suka atau tak suka..." Tambah Alger lagi. Alden sedikit bingung melihat perubahan tingkah Alger yang sedikit gelabah berbanding kebiasaannya tenang. Tapi sekurang-kurangnya Alger sudi bercakap dengannya lagi.
"Cari kelemahan dia... Laporkan kepada saya... Walaupun hal remah." Alger berdiri di depan Alden memandang tepat mukanya.
"Macam mana saya nak- "Kata-kata Alden terpotong apabila Alger mencengkam erat kedua bahunya.
"Kamu kan selalu melukis untuk dia... Jadi kamu mesti selalu berada dekat dengan dia kan?" Suara Alger tiba-tiba meninggi. Alden yang terkejut melihat perubahan emosi abangnya itu mula berdebar-debar. Airmata bertakung di kelopak matanya menanti untuk dicurahkan. Nafas Alger tercungap-cungap. Dadanya turun naik.
"Abang minta maaf... sebab marah Alden beberapa hari lalu... sebab macam ni sekarang..." Alger menundukkan kepalanya di bahu Alden. Genggaman tangan di bahu Alden kini lembut tidak sekasar tadi.
"Susah abang nak terangkan... Kenapa abang suruh Alden buat semua tu..." Alger memandang dada Alden. Pernafasannya mula teratur.
"Alden kecewa dengan abang?" Tanya Alger lembut memandang mata Alden.
"Tak... Abang... Tak..." Alden cepat-cepat menggeleng kepalanya.
"Alden cakap Alden boleh tolong abang apa-apa ja kan?" Alger kini menggenggam lembut kedua tangan Alden.
"Tolong buat apa yang abang minta tadi... Boleh kan?" Alger mengangkat lalu mencium kedua tangan Alden.
"Adik... kat sini kau rupanya... puas kami cari keliling rumah..." Seorang pembantu lelaki tiba-tiba muncul di bahagian tepi stor. Alger cepat-cepata melepaskan tangan Alden dan berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.
"Tuan muda tunggu kamu kat bilik dia... Cepat pergi sekarang..." Pembantu lelaki tersebut memimpin tangan lalu menarik Alden masuk ke rumah utama. Alden menoleh ke belakang melihat Alger masih lagi berdiri terpacak seorang diri. Tali beg lukisan digenggam erat. Benak Alden memikirkan kata-kata dan permintaan Alger sebentar tadi.
*
*
*
"Hahaha!" Valerio tertawa nyaring melihat helaian kertas lukisan di tangannya.
YOU ARE READING
Tinta Malam (ON GOING)
RomanceValerio Guevara "Saya memang kanji dan kaki amp*t... Tapi bukan bermaksud taste saya... Dengan orang low class macam kamu." 'Anjing tak sedar diri.' Alden Kilmer "Abang... Tunggu kejap... Hiks... Hiks..." "Saya... Takut... Hiks... Hiks... Saya belum...