Episode 6: Gelora

1.7K 57 6
                                    

Disclaimer

Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.

Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en

Sudah seminit lebih Alden berdiri di luar pintu bilik Valerio. Daun pintu berwarna hitam hanya ditatap kosong. Alden masih teragak-agak untuk masuk. Masih sempat untuk kakinya berpatah balik ke biliknya dan melupakan perlawaan Valerio tadi.

"Saya yakin... Abang Alger akan faham... Kali ni ja... Semua ni... Untuk dia..." Alden berbisik kecil sebelum perlahan-lahan memulas tombol pintu.

"Awak jadi datang!!!" Valero bingkas bangun sejurus melihat sosok Alden membuka pintu biliknya. Bibirnya tersenyum lebar.

Alden agak terkejut melihat kehadiran tiga lelaki yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Kesemua mereka hanya berseluar dalam pendek dan bertelanjang dada. Kain-kain baju dan seluar berserakan di lantai. Di meja kecil tepi katil terlihat beberapa botol pelincir dan kotak kondom. Kini Alden faham akan maksud perlawaan Valerio tadi.

"Awak tunggu apa lagi? Masuk..." Alden tersedar dari lamunannya perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik Valerio.

"Ah... Haa..." Kini Alden duduk di meja kerja Valerio sambil memerhati aktiviti mesum di depannya.

Valerio duduk merentangkan kaki sambil kedua tangannya menopang ke belakang. Seorang lelaki duduk di atas ribaan Valerio sambil mencumbunya. Dua lelaki lagi saling bercumbu sesama mereka di tepi. Alden masih diam tidak bergerak. Kertas dan berus lukisan di depannya masih lagi tidak disentuh.

Valerio kini mengambil kendali lalu membaringkan pasangannya. Valerio kemudian menindih badan lelaki tersebut lalu menghisap puting susunya. Tangan kiri Valerio turut memainkan peranan menggentel puting kanan lelaki tersebut.

"Mmph... Haa..." Erangan kian mengisi ruang bilik tidur tersebut. Bunyi liur dan lidah bertaut saling kedengaran dari kedua pasangan. Alden tertunduk malu tidak mahu menyaksikan lagi apa yang bakal terjadi.

"Melayang nampak..." Valerio menghentikan cumbuannya lalu melihat tepat mata Alden. Muka Alden bersemu merah apatah lagi membayangkan suasana cabul yang kian hangat.

"Awak perlu tengok betul-betul... Baru dapat lukis dengan baik..." Ucap Valerio.

"Saya ingat... Awak nak bantu abang Alger awak tu..." Valerio mula bermain psikologi dengan Alden.

"Sudah!" Alden tersentap lalu menoleh lelaki pasangan mesum Valerio.

"Saya kat depan awak ni... Boleh tak focus dengan saya? Balik-balik kamu layan budak hingusan tu..." Muka lelaki tersebut terlihat merah menahan amarah.

"Saya dah tak tahan macam ni... Lebih baik awak heret budak tu keluar... Se.ka.rang..." Jari telunjuk lelaki tersebut dihalakan ke pintu keluar. Valerio menatap tenang lelaki di depannya. Dia berdiri turun dari katil sebelum merentap rambut lelaki tersebut dari belakang lalu diheret keluar bilik. Pakaian lelaki tersebut turut dicampak keluar.

"Argh!!! Tuan muda Valerio...! Sampai hati kamu buat saya macam ni!!!" Mukanya memerah menahan amarah. Valerio hanya menatapnya datar sebelum menghempas pintu dan berjalan semula ke katil. Di pertengahan jalan Valerio berhenti dan menatap Alden. Alden kini faham akan tatapan serius Valerio yang mahu dia mula melukis secepat mungkin.

"Kamu sudah berubah... Tuan muda Valerio..." Valerio duduk di katil sambil didakap pasangannya dari belakang. Leher Valerio kebasahan liur. Puting dadanya tidak lekang dimainkan.

Tinta Malam (ON GOING)Where stories live. Discover now