Disclaimer
Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.
Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en
"Lukisan sial!" Ryker hanya berdiam diri mendengar keluhan rakannya yang sudah mabuk berat. Kedua mereka kini sedang minum alkohol di ruang keluarga.
"Tak boleh ke Valerio suruh budak tu melukis lepas kami habis buat seks? Nak jugak buat on the spot!" Ryker hanya membiarkan rakannya mengeluh. Air bir diteguk beberapa kali sebelum tin kosong dilempar ke sisi.
"Sampai hati Valerio buat I terhina macam ni... Depan budak hingusan tu lagi..." Lelaki tersebut kini bertongkat dagu sambil memejam mata. Mungkin terlampau mengantuk akibat tidak tidur atau disebabkan alkohol. Ryker menuang lagi air whisky ke dalam gelas.
"Hmm..." Ryker kini menatap gelas yang sudah terisi penuh.
"Heran jugak kan?" Ryker memusing-musing gelas di tangannya.
"Apa yang istimewa sangat dengan budak hingusan tu?" Ucap Ryker. Rakan minumnya tadi kini tersembab muka ke meja. Dengkuran halus kedengaran sayup-sayup.
"Jangan risau... I akan tolong you..." Ucap Ryker lalu meneguk habis minumannya.
*
*
*
Dari bangun tadi Alden hanya menatap lukisannya yang baru siap. Dengan tidur hanya dua jam menyebabkan kelopak mata Alden nampak layu berserta sedikit lingkaran gelap di bawah kelopak matanya. Setelah puas merenung lukisan, Alden memutuskan untuk bersiar-siar di taman botani. Apatah lagi memikirkan Valerio yang pasti masih tidur nyenyak membuatkan Alden tidak keberatan untuk keluar dari biliknya.
"Alden..." Alden yang masih menggosok kelopak matanya di tepian taman botani dikejutkan dengan suara yang tidak asing lagi.
"Abang Alger!" Riak muka Alden terus bersemangat melihat lelaki pujaannya itu di awal pagi.
"Abang nak bersiar-siar ni... Nak ikut?" Perlawa Alger dengan senyuman manis. Muka Alden yang sedia berseri kini bersemu merah.
"Saya masih heran dan tak percaya..." Alden memulakan bicara ketika mereka mula bersiar di tepian kolam teratai.
"Tak sangka sangat dapat jumpa abang kat sini..." Alden menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal.
"Ya?" Alger mengalihkan pandangannya ke muka Alden.
"Abang rindu sangat nak jumpa Alden..." Sekali lagi Alden tersenyum manis mendengar kata-kata Alger.
"Sa... Saya juga rasa benda yang sama... Abang..." Sahut Alden sedikit tergagap.
"Rasa apa? Apa maksud Alden?" Tanya Alger.
"Oh... Emm... Saya juga rindu nak jumpa abang..." Muka Alden kian merona.
"... Tapi... Abang tak takut?" Tanya Alden sambil melabuhkan punggungnya di gazebo tepian kolam.
"Takut?" Alger sedikit bingung dengan soalan Alden.
"Ermm... Takut dengan tuan muda Valerio..." Sahut Alden. Intonasi suaranya merendah ibarat berbisik.
"Kan dia terkenal dengan sifat ganas dan sering berubah sifat? Beberapa hari lalu dia menusuk seorang lelaki dengan- "Umpatan Alden terhenti apabila Alger memotong kata-katanya.
YOU ARE READING
Tinta Malam (ON GOING)
RomanceValerio Guevara "Saya memang kanji dan kaki amp*t... Tapi bukan bermaksud taste saya... Dengan orang low class macam kamu." 'Anjing tak sedar diri.' Alden Kilmer "Abang... Tunggu kejap... Hiks... Hiks..." "Saya... Takut... Hiks... Hiks... Saya belum...