Episode 15: Lari

1.5K 55 10
                                    

Disclaimer

Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.

Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di

"Beg lukis... Dia dah takda... Tuan muda..." Ucap si pembantu lelaki sedikit tergagap. Valerio hanya mematung berdiri di tengah bilik Alden. Cermin solek yang diberikan tengah malam tadi berkecai di lantai.

"Mungkin... mungkin dia... dah lari... tuan muda..." Sambung pembantu lelaki tersebut. Pandangan Valerio datar menatap lantai.

Pembantu lelaki dan dua lagi pembantu perempuan yang menghadang pintu segera beralih ke sisi. Langkah Valerio tergesa-gesa menuju kuarters pekerja. Daun pintu bilik Alger dikuak kasar. Kosong.

"Dia pergi mana?" tanya Valerio tanpa menoleh memandang pekerjanya.

"Ka...kami tak tau tuan muda..." Jawab seorang pembantu wanita yang kian ketara pucat lesi. Siapa tahu bila masa amarah Valerio yang terkenal sadis itu akan Meletus.

*

*

*

Uncle Lim menyusun bekalan ikan yang baru dihantar nelayan awal pagi tadi. Mulutnya tidak berhenti mengomel apabila menemui beberapa ekor ikan yang kelihatan mengembung perut dibawah timbunan. Uncle Lim amat pantang apabila nelayan membekalkan ikan yang kononnya segar tetapi dicampur dengan stok lama.

"Kamu pandai... belajar tinggi lagi tu... Saya tak faham... kenapa kamu perlu bantuan dari dia..." Uncle Lim membilas tangannya di paip.

"Hahaha..." Balas Alger yang sedang leka bermain susunan lego dengan cucu perempuan uncle Lim.

"Zaman sekarang susah uncle Lim... Semua perlu cable... Apatah lagi orang macam saya ni... Tiada latar belakang hebat..." Alger mendudukkan cucu uncle Lim dari pangkuannya ke kerusi kayu.

"Sebab tu... Saya perlukan bantuan sedikit dari tuan muda Valerio..." Alger tersenyum memandang uncle Lim.

"Jadi kenapa kamu bertanya tentang masa lalu tuan muda? Kelemahan dia? Kamu nak cari pasal dengan dia?" Tanya uncle Lim yang kini menimbang sayuran segar lalu dimasukkan ke dalam bungkusan plastik.

"Hahaha... Bukan macam tu... Saya takda niat nak bermunsuh dengan dia... Saya Cuma ingin tahu serba sedikit tentang latar belakang tuan muda velerio yang dermawan..." Balas Alger. Senyuman sinis tersungging di bibirnya.

"Hermm... Okay saya akan cuba dapatkan maklumat... Tapi kamu sendiri tau lah... Maklumat di pasar macam ni lebih kepada gosip... Entah betul entah tidak... Jadi jangan terlampau berharap..." Timbal uncle Lim.

"Pokok tidak akan bergoyang sendiri uncle Lim... Setiap gosip pasti akan terselit sekelumit kebenaran..." Alger bangun lalu mengusap lembut rambut cucu uncle Lim. Senyuman manis terukir di bibir anak tersebut yang memaparkan giginya yang rompang di depan.

"Jadi saya harap uncle Lim boleh tolong saya..." Alger menyelitkan sampul berisi sedikit wang pada bungkusan sayur sebelum keluar meninggalkan kedai runcit uncle Lim.

Selama berbelas tahun kedai uncle Lim memang menjadi pembekal utama bahan-bahan segar untuk kegunaan seisi rumah agam tuan muda Valerio. Bahkan sebelum keluarga utama Guevara berpindah dari rumah tersebut, uncle Lim sudah berurus niaga dengan keluarga konglomerat itu. Pengaruh keluarga Guevara turut membantu uncle Lim menjadi pembekal kepada perusahaan hotel dan cawangan restoran Keluarga Guevara hingga kini. Bahkan kedai uncle Lim yang dahulunya disewa separuh kini telah membesar menjadi lima cawangan di beberapa bahagian berbeza.

Tinta Malam (ON GOING)Where stories live. Discover now