Valerio Guevara
"Saya memang kanji dan kaki amp*t... Tapi bukan bermaksud taste saya... Dengan orang low class macam kamu."
'Anjing tak sedar diri.'
Alden Kilmer
"Abang... Tunggu kejap... Hiks... Hiks..."
"Saya... Takut... Hiks... Hiks... Saya belum...
Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.
Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en
Flashback
Suara para petani pulang dari bersawah mula kedengaran. Lorong kecil depan rumah Alger menghubungkan sawah di kaki bukit dan jalan utama kampung tersebut. Terdapat beberapa orang lelaki melambai ke arah Alger yang sememangnya sudah tidak asing lagi di kampung itu. Segelintir lagi berkerumun mengagumi kemewahan kereta Valerio yang parkir tepat di siring jalan. Tambah mengkagetkan lagi beberapa orang pengawal peribadi turut berdiri berdekatan dengan kereta yang parkir di belakang.
"Kamu tahu kan...?" Valerio berdiri menatap penduduk kampung yang beransur pulang ke rumah masing-masing.
"...Keluarga saya agak berpengaruh..." Alger turut bangun lalu berdiri di sebelah Valerio. Alger tersenyum melihat gelagat kanak-kanak yang pulang bermain dari sawah.
"Jadi agak mudah jika menggunakan pengaruh keluarga saya untuk membantu orang berbakat seperti kamu mendapatkan posisi penting di mana-mana perusahaan... " Ucap Valerio. Suasana hening seketika antara mereka. Tiada kata-kata keluar dari mulut kedua lelaki tinggi lampai itu.
"Sebagai balasan? Jangan salah anggap dengan soalan saya... Tapi tiada apa pun yang percuma di dunia ini... Kan?" Valerio tersenyum mendengar persoalan Alger. Sesungguhnya dia mengakui Alger seorang pemuda yang pintar dan cepat faham akan maksud 'pertolongan'nya sebentar tadi.
"Hermmm... Mungkin lepas kamu Berjaya... Kamu tidak akan keberatan apabila... Nama Valerio Guevara datang meminta tolong kepada kamu suatu hari nanti..." Alger hanya menatap Valerio yang memandang sawah nun jauh di sana. Senyuman tipis terukir di bibir Valerio. Valerio faham tawarannya sebentar tadi pasti membuatkan Alger dalam dilema untuk memilih. Apatah lagi jika tawaran yang disajikan melibatkan cita-cita dan jaminan masa depan.
"Saya tunggu jawapan kamu dalam beberapa hari ini..." Valerio dan Arthur diikuti pengawal peribadinya berlalu meninggalkan rumah kecil Alger. Alger masih lagi mematung berdiri di beranda memikirkan kata-kata Valerio sebentar tadi.
*
*
*
Suasana malam di luar hujan renyai-renyai. Alden sedang menikmati makan malamnya seorang diri di dapur utama. Pada awalnya Alden memutuskan untuk tidur sahaja namun perutnya tiba-tiba berkeroncong tatkala jam menunjukkan pukul 11 malam. Kebiasaannya makanan Alden akan dihantar oleh pembantu rumah ke biliknya sendiri. Namun malam tersebut Alden tidak mahu menyusahkan pembantu yang habis syif bertugas dan mahu pulang berehat ke kuarters. Lagipun Alden berani untuk makan di dapur kerana tuan muda Valerio sudah keluar rumah dan kebiasaannya hanya akan balik pada dini hari.
Klik! Bunyi pintu dibuka. Alden meletakkan sudunya dan pernasaran siapa gerangan yang masuk ke rumah agam tersebut pada lewat malam. Alden merasa lega apabila yang memasuki rumah adalah Arthur. Alden kembali menyambung sesi makan malamnya.
"Nah..." Deg! Jantung Alden bagai mau runtuh apabila terdengar ucapan ringkas tersebut. Tuan muda Valerio Guevara! Alden kembali meletakkan sudunya dan memandang Valerio. Ternyata Valerio menyusul di belakang Arthur.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.