Disclaimer
Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.
Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en
"Fuhh... Letih... Huhh..." Alden mengeluh keletihan.
"Tanah masih basah lepas hujan lebat semalam... Kenapa dia nak jugak memburu?" Alden mengomel sendiri sambil berusaha menghirup udara.
"Shhh!" Tegah Arthur yang kebetulan berada di sebelah Alden.
"Hati-hati jalan... Jangan terpijak lumpur..." Tegur Arthur lagi. Alden hanya berdiam diri mengatur nafas.
"Kamu masih muda... tapi baru naik bukit sikit dah semput... hmmm..." Arthur memperlahankan langkahnya menyamai Alden.
"Huff... huff... selama ni... saya hanya pandai melukis... Saya tak pernah buat... aktiviti lasak... huff..." Jawab Alden berusaha menerangkan. Arthur tersenyum sambil menggeleng kepala.
"Aah!" Alden berteriak apabila kakinya terpijak batu berlumut lalu tergelincir. Mujur ada tangan penyelamat menyambut lengan Alden.
"Hati-hati..." Ucap Valerio. Wajahnya serius tiada senyuman. Tapi sekurang-kurangnya dia tidak memandang Alden dengan tatapan kejamnya seperti sebelum ini.
"Te... terima kasih..." Balas Alden. Dia berdiri terpaku melihat Valerio terus berjalan ke depan bersama dengan Alger. Alger yang terpandang kejadian tadi terus memalingkan mukanya ke depan sejurus matanya bertentangan dengan Alden.
'Hmmm... Takkan abang Alger masih merajuk...' Alden sedikit sedih memikirkan respon Alger terhadapnya.
Setelah hampir dua jam berjalan kaki, mereka akhirnya menemui tapak untuk berehat dan menunggu hasil buruan. Valerio dan Alger meneruskan perjalanan memasuki hutan tebal untuk mencari buruan. Dua orang lagi pengawal peribadi Valerio turut mengekori dan berdiri tidak jauh dari mereka.
"Saya baru tahu tuan muda suka berburu..." Alger memulakan bicara.
"Macam mana kamu di rumah? Okay?" tanya Valerio kembali tanpa menjawab pertanyaan Alger tadi.
"Ya... Terima kasih tuan muda... sudah membenarkan saya tinggal di sini... Banyak buku yang mahal dan ekslusif boleh saya baca." Ucap Alger sambil menjeling Valerio yang focus menatap semak samun.
"Koleksi buku ilmiah tuan muda sangat banyak dan pelbagai... Dah macam kat kedai buku... Tuan muda dah baca semua buku tu? Atau sekadar..." Alger tidak menghabiskan bait kata sebaliknya hanya tersenyum sinis.
"Kenapa saya perlu simpan buku kalau tak dibaca?" Jawab Valerio datar sambil memandang Alger. Senyuman sirna dari bibir Alger. Dia kini beralih memandang semak samun yang kelihatan bergerak-gerak. Alger menghalakan senapangnya ke depan lalu bammm!!! Seekor rusa sederhana besar tumbang menyembah bumi.
"Hehh... Bukan setakat pandai dan terpelajar... berburu pun kamu hebat... Alger Kei..." Valerio berjongkok di atas batu besar sementara Alger berdiri di sebelahnya.
"Pujian ikhlas ke tu?... Tuan muda..." Tanya Alger.
"Kamu ingat saya suka berbohong?" Jawab Valerio. Suaranya sedikit terintimidasi.
"Saya dah tau... Tuan muda bukan cari saya di kampung sebab saya pandai..." Alger kini berpaling menghadap Valerio.
"Saya tau Tuan muda bagitau Alden... kalau dia start melukis balik... tuan muda akan tolong saya cari kerja yang bagus..." Alger hanya memandang Valerio yang mula berdiri tanpa menatapnya langsung. Kedua mereka kini berjalan perlahan-lahan ke arah bangkai rusa yang baru ditembak Alger.
YOU ARE READING
Tinta Malam (ON GOING)
RomanceValerio Guevara "Saya memang kanji dan kaki amp*t... Tapi bukan bermaksud taste saya... Dengan orang low class macam kamu." 'Anjing tak sedar diri.' Alden Kilmer "Abang... Tunggu kejap... Hiks... Hiks..." "Saya... Takut... Hiks... Hiks... Saya belum...