Disclaimer
Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.
Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di
Usai mandi Alden duduk bersandar di pintu almari pakaian. Hatinya masih berdetak kencang selepas keluar dari bilik Valerio. Tangan Alden sedikit terketar sambil memainkan kuku jari. Kenapa saya takut ni? Kenapa perasaan gemuruh tiba-tiba menerpa? Pelik. Alden jenuh berfikir.
"Tuan muda..." Arthur menyapa sejurus daun pintu terkuak.
"Saya bawa sarapan untuk tuan muda..." Valerio tidak menjawab sebaliknya duduk bersandar di kerusi sambil mengurut pelipis keningnya.
Arthur agak heran dengan perilaku tuan mudanya pagi ini. Kebiasaannya selepas beberapa malam tidak pulang ke rumah, Valerio akan memberi arahan khusus kepadanya agar tidak membenarkan sesiapa masuk menganggunya tidur. Namun pagi ini Valerio kelihatan lesu dengan pandangan mata kuyu. Kelopak bawah mata berona gelap menandakan tidur yang terganggu. Melihat kepada botol arak yang bergelimpangan di atas meja, Arthur yakin bahawa tuan muda Valerio bahkan tidak tidur semalaman.
Tanpa melengahkan masa Arthur bergerak menuju tingkap. Langsir di tiga bingkai tingkap diselak memberi ruang kepada sinar sang suria untuk menyapa bilik temaram Valerio. Arthur kemudian membersihkan botol arak dan gelas kosong yang tergeletak di atas meja.
"Nampaknya tuan muda tak tidur semalaman... Tuan muda nak saya bawakan minuman tonik?" Tawar Arthur.
"Tak payah..." Jawab Valerio. Matanya sepet cuba menjeling Arthur dalam masa yang sama meminimalkan biasan silau cahaya matahari. Arthur tidak lagi bertanya kerana tahu mood tuan mudanya sedikit dingin.
Valerio berjalan perlahan menuju pintu biliknya tanpa mengenakan baju. Arthur cepat-cepat mencapai jaket panjang lalu dikenakan ke bahu lebar Valerio.
"Cuaca agak sejuk pagi ni tuan muda..."
Hujan renyai-renyai dari malam hingga subuh menyebabkan suhu pagi lebih dingin dari kebiasaannya. Perkarangan luar rumah masih lembab. Titisan-titisan sisa hujan berbutir di hujung daun. Valerio menghirup dalam udara pagi segar pinggir kota.
"Hah..." Ucap Valerio perlahan.
"Masih tak sedar-sedar lagi budak ni..." Sambung Valerio. Arthur cuba mencerna ucapan tuan mudanya. Tatapan Arthur beralih ke sosok dua insan yang sedang berbual nun jauh di pintu pagar. Perasaan Arthur sedikit risau melihat Alden dan Alger berbual rancak. Tambah membungkamkan hati Arthur apabila Valerio berpaling pantas menuju ke biliknya.
"Maafkan abang, Alden... Abang agak sibuk kebelakangan ni... Dengan temuduga di beberapa syarikat besar... Sebab tu abang tak sempat jenguk Alden..."
"Iya... Saya faham bang..." Suara Alden antara dengar dan tidak. Kedua tangannya terlipat ke belakang. Hujung ibu jari kaki kanan Alden menguis perlahan lopak kecil di permukaan jalan tar.
"Alden dah okay kan sekarang?" Tanya Alger sambil membelai lembut rambut Alden.
"Iya abang... Dah okay sikit..." Muka Alden mula bersemu.
"Doktor cakap saya dah tak perlu tambah air dan makan ubat demam... Mungkin nanti saya dah tak payah minum tonik juga" Sambung Alden bersemangat.
"Ubat?" Alger heran.
"Herm... Memang betullah lelaki tu obses dengan lukisan Alden!" Suara Alger sedikit meninggi lalu berpaling membelakangi Alden.
"Mana ada orang kaya raya macam dia tu peduli dengan orang bawahan yang sakit sikit... Siap bagi tonik bagai..." Ucap Alger. Intonasi suaranya hampir kedengaran sarkastik di telinga Alden. Namun mungkin itu hanya salah sangka membabi buta sahaja. Alden cuba berfikiran positif.
YOU ARE READING
Tinta Malam (ON GOING)
RomanceValerio Guevara "Saya memang kanji dan kaki amp*t... Tapi bukan bermaksud taste saya... Dengan orang low class macam kamu." 'Anjing tak sedar diri.' Alden Kilmer "Abang... Tunggu kejap... Hiks... Hiks..." "Saya... Takut... Hiks... Hiks... Saya belum...