Disclaimer
Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.
Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en
"Abang... Tunggu..." Alden mengejar Alger yang berpaling meninggalkannya.
"Saya buat semua ni untuk kebaikan abang..." Kata Alden lagi.
"Kamu buat lukisan lucah tu untuk kebaikan saya? Sekarang ni kamu jadikan saya sebagai alasan?" Balas Alger sambil berpaling memandang Alden.
"Kamu sendiri yang keluar masuk bilik tuan muda Valerio tiap malam... Tapi kamu salahkan saya? Kalau kamu sendiri yang bernafsu dan ingin menggoda dia cakap terus terang... Jangan gunakan saya sebagai alasan..." Sambung Alger lagi.
"Tidak!!! Saya bukan macam tu!" protes Alden. Suaranya meninggi mengatasi bunyi hujan dan angin yang kian kencang.
"Tuan muda Valerio berjanji... Dia akan tolong abang berjaya... Kalau saya lukis untuk dia..." Alden kembali bertenang dan menjelaskan kesalah fahaman yang berlaku.
"Sudah..." Alger memberikan isyarat tangan agar Alden berhenti.
"Maksud kamu... Saya takkan berjaya... Tanpa bantuan lukisan lucah kamu tu?" Tanya Alger tambah merumitkan keadaan.
"Tidak... Abang saya bukan maksudkan macam tu..." Alden cuba memujuk.
"Cukup... Saya dah dengar semuannya..." Kata Alger lalu berpaling meninggalkan Alden sendirian bermandi hujan yang kian lebat.
Ruang tetamu rumah agam Valerio kedengan meriah dengan suara dan tawa. Beberapa orang lelaki teman rapat Valerio datang berkunjung untuk minum. Mereka turut menyewa beberapa escort girl untuk memeriahkan lagi suasana.
"Kenapa dengan you ni tuan muda Valerio? Macam takda mood..." Tanya seorang wanita muda berbasa basi.
"Takda apa-apa..." Sahut Valerio ringkas. Valerio meminum habis alkohol yang baru dituang wanita itu tadi.
"Valerio... I dengar pelukis kat rumah you dah siapkan lukisan terbaru... Betulkah?" Tanya seorang lelaki teman rapat Valerio. Anak seorang pengusaha bisnes hartanah yang berpengaruh.
"Ya... Kenapa?" Jawab Valerio.
"Hahaha... Kalau macam tu I nak hadiahkan ni... Arak import... Sekali teguk confirm pengsan sampai esok pagi... Hahaha" Lelaki tersebut menghulurkan botol arak yang terlihat eksklusif dan cantik.
"I rasa... Arak ni sesuai minum kat bilik you Valerio... Sambil menikmati koleksi lukisan you... Hahaha" Kata-kata lelaki tersebut disambut gelak ketawa rakannya yang lain tanda mengiyakan.
"Jom la tengok... Kat bilik..." Valerio mengajak rakan-rakannya ke bilik tidur untuk melihat karya terbaru dari Alden. Dia sengaja tidak mahu membawa lukisan tersebut ke ruang mereka minum kerana takut lukisan basah kena air atau dikotori kesan makanan.
Tiga rakan Valerio berjalan mendahuluinya ke bilik tidur. Ketiga mereka sudah tidak asing lagi arah menuju bilik tersebut memandangkan mereka pernah melakukan aktiviti cabul bersama. Ketika menuju ke ruang keluar ruang tetamu Valerio terpandang Alden yang berdiri dalam hujan melihat belakang Alger yang pergi menjauh.
"Tuan muda..." Sapa pembantu lelaki yang baru selesai mengemas ruang keluarga setelah para tetaamu balik. Valerio tidak menjawab sebaliknya terus menyalakan cerut sambil menyaksikan hujan melalui jendela.
YOU ARE READING
Tinta Malam (ON GOING)
RomanceValerio Guevara "Saya memang kanji dan kaki amp*t... Tapi bukan bermaksud taste saya... Dengan orang low class macam kamu." 'Anjing tak sedar diri.' Alden Kilmer "Abang... Tunggu kejap... Hiks... Hiks..." "Saya... Takut... Hiks... Hiks... Saya belum...