Disclaimer
Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.
Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en
"Korang melantak apa ni?" Tanya pembantu lelaki sejurus kembali semula ke dapur.
"Pelukis kecik tu... Dia tak makan pun... Takda selera kononnya..." Jawab seorang pembantu wanita yang sedikit gempal sambil menyuap makanan ke mulutnya.
"Ya? Waaa boleh pulak macam tu ya?" Balas pembantu lelaki semula.
"Alaa biar la dia... Kita jugak yang untung.... Kihkihkih..." Jawab seorang pembantu perempuan lagi mengiyakan.
"Abang kenapa bawa makanan tu balik lagi? Tuan muda pun taknak makan jugak ka?" Tanya pembantu perempuan sejurus melihat pembantu lelaki tersebut menyimpan kembali makanan tuan muda Valerio di dalam bekas makanan.
"Tuan muda masih tidur... Jadi saya biarkan dulu... Jangan buat bising aaa... Jangan pergi luar bilik dia jugak..." Tegah lelaki tersebut. Kedua pembantu perempuan hanya mengangguk dan kembali menyantap makanan.
Alden terbaring di lantai sambil menutup mata dengan belakang lengan. Otaknya ligat memikirkan pemilik bunyi tapak kaki misteri awal pagi tadi. Bagaimana jika itu bunyi tapak kaki abang Alger? Macam mana kalau dia tengok semua yang terjadi? Detik Alden.
'Tak... Aku tak boleh terperap di bilik ni... Aku kena lawat abang Alger sekarang jugak...' Alden bingkas bangun menuju pintunya. Belum sempat Alden keluar Ryker sudah terlebih dahulu memulas tombol pintu dan masuk ke dalam.
"Tu... Tuan Ryker?"Alden mengundur ke belakang. Ryker tidak menjawab sebaliknya melilau melihat keadaan bilik Alden.
"Ke... Kenapa tuan Ryker datang ke... bilik ni?" Tanya Alden sambil tertunduk memandang lantai.
"Hermmm... semalam saya tengok... kamu sangat bersungguh-sungguh melukis... Jadi pagi ni saya datang nak bagi sikit penghargaan." Jawab Ryker sambil menghulur plastik putih. Alden membuka isi plastik dan sedikit melopong melihat anake jenis coklat yang mahal-mahal.
"Makan la... Saya memang beli khas untuk kamu..." Ryker senyum memperlawa sambil melabuhkan punggungnya di lantai tempat Alden berbaring sebentar tadi.
"Te... terima kasih... Tuan Ryker..." Alden menyantap satu persatu coklat jenama import tersebut. Rasanya yang premium dan kurang manis menyebabkan Alden tanpa henti mencicip.
"Cantik juga kamu lukis..." Ryker memula bicara.
"Bagus betul pilihan dan selera Valerio..." Puji Ryker lagi.
"Te... terima kasih..." Sahut Alden dengan mulut sedikit penuh dengan biskut dan coklat. Ryker memerhati lekat muka, bibir dan leher Alden. Alden yang perasan dirinya diperhatikan berhenti mengambil coklat dan berusaha menelan habis makanan di dalam mulutnya.
"Tapi... banyak ni je kamu lukis?" Ryker bertongkat siku di lututnya.
"Saya dengar... subuh ni baru kamu balik ke bilik..." Suara Ryker semakin kedengaran serius dan tidak bersahabat. Alden yang kini sedar dia sedang diinterogasi mula panik. Mukanya kemerahan.
"Pembantu ru... rumah cakap apa? Do... dorang nampak... apa?" Tanya Alden bertubi-tubi kegagapan.
"Kau ni memang tak pandai cover line kan" Tanya Ryker sambil memegang bahu Alden.
YOU ARE READING
Tinta Malam (ON GOING)
RomanceValerio Guevara "Saya memang kanji dan kaki amp*t... Tapi bukan bermaksud taste saya... Dengan orang low class macam kamu." 'Anjing tak sedar diri.' Alden Kilmer "Abang... Tunggu kejap... Hiks... Hiks..." "Saya... Takut... Hiks... Hiks... Saya belum...