Episode 17: Mimpi

1.7K 65 6
                                    

Disclaimer

Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.

Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di

"Nampaknya demam dia agak teruk... Dah berapa hari dia sakit ni? Kenapa sekarang baru panggil saya?" Dr. Alvin mengomeli Arthur yang berdiri diam di tepi katil.

"Keadaan dia agak teruk ni... Tak boleh la buat orang macam ni..." Suara Dr. Alvin sedikit kesal.

"Dr. Alvin... Tolong jaga mulut kamu..." Arthur menegah. Belum habis teguran Arthur, Valerio memasuki biliknya lalu memandang tajam kedua lelaki separuh usia tersebut. Dr. Alvin hanya mampu tertunduk dan sedikit menelan liur melihat kelibat Valerio.

"Saya... Saya sudah periksa suhu dan vital signs yang lain... Mungkin... Dia tak perlu pergi hospital..." Dr. Alvin mula menjelaskan tanpa diarah.

"Tapi... Suhu badan dia agak tinggi... Dan dia menunjukkan tanda-tanda dehidrasi... Jadi saya sarankan agar ada orang sentiasa memantau dia... Tuan muda Valerio." Suara Dr. Alvin antara dengar dan tidak bila menyebut nama Valerio.

"Jadi saya akan bagi dia ubat demam... Dan infuse normal saline... Infusi cecair hanya diberikan dua botol dalam 24 jam... Manakala ubat demam harus dimakan setiap hari empat kali hinggalah dia benar-benar sembuh..." Terang Dr. Alvin.

Valerio hanya memandang datar Alden yang terbaring lelap di katilnya. Seketika kemudia Valerio berpaling lalu melangkah meninggalkan bilik. Dr. Alvin memandang Arthur yang masih menatap lekat wajah polos Alden.

"Arthur... Siapa lelaki ni? Siap baring di bilik tuan muda Valerio lagi... Nampak dari pakaian dia macam orang biasa-biasa..." Soal Dr. Alvin.

"Dr. Alvin... Boleh tak bekalkan ubat untuk tambah tenaga... Vitamin ka... Tonik... Apa-apa ja lah..." Pohon Arthur tanpa menjawab pertanyaan Dr. Alvin sebentar tadi.

"Hermm... Boleh... Tapi tuan muda memang saya bekalkan tonik dan vitamin terbaik setiap bulan kan? Kenapa minta lagi sekarang?" Arthur hanya berdiam diri mendengar pertanyaan bertubi-tubi Dr. Alvin.

"... Jangan cakap kamu minta tonik dan supplement untuk budak ni?" Sekali lagi, pertanyaan Dr. Alvin tiada jawapan dari Arthur.

"Arthur... Maaf... Saya tak berani beri budak ni supplement dan tonik... Harga semua tu sangat mahal... Tanpa kebenaran dari tuan muda Valerio lagi... Saya taknak tanggung risiko..." Dr. Alvin menyanggah.

"Jangan risau... Tuan muda Valerio akan setuju pasal ni... Saya yakin..." Dr. Alvin hanya mengangguk perlahan mendengar kata-kata Arthur.

"Tonik dah siap tak?" Arthur menjengah ke dapur. Pembantu rumah wanita kelihatan sibuk mereneh sup herba untuk Alden.

"Belum... Kejap lagi siap."

"Kalau macam tu sediakan semangkuk kecil bubur nasi... Saya nak bagi dia makan ubat dulu..." Tanpa berlengah seorang lagi pembantu wanita menyerahkan dulang berisi mangkuk bubur dan segelas air kosong kepada Arthur.

"Hermmm... Kesian budak tu kan? Doktor cakap keadaan dia tak teruk... Tapi kenapa sampai terlantar empat hari dah?" Pembantu wanita yang sibuk mengacau tonik memula bicara sejurus Arthur meninggalkan ruang dapur.

"Saya risau... Kalau budak tu tiba-tiba teruk dan meninggal... Kan?" Sambungnya lagi.

"Hesy! Jangan cakap macam tu! Kau dah lupa kah masa budak tu hilang sekejap pun dah porak peranda rumah ni... Apatah lagi kalau diam makin teruk..." Tegah temannya yang satu lagi.

Tinta Malam (ON GOING)Where stories live. Discover now