Disclaimer
Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.
Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en
"Hahahaha..." Ryker tertawa nyaring di sudut VIP pub kepunyaannya.
"Dia kena bungkus pakai selimut... Then kena belasah?" Mata Ryker bersinar-sinar mendengar laporan melalui panggilan telefon.
"Hahaha... Memang padan muka pelukis celaka tu kena hukum macam tu... Dasar tak sedar diri!" Ryker mematikan panggilan telefon.
"Siapa kena hukum jadi punchbag?" Tanya rakan Ryker. Si lelaki yang dihalau dari rumah Valerio semalam bertanya. Mukanya memerah akibat terlebih meminum alkohol.
"You tak dengar ke tadi I cakap? Pelukis celaka tu lah... Hahaha!" Ryker meneguk habis alkohol di dalam gelasnya sebelum menuang kembali hingga penuh.
"Lepas you mengadu domba macam kucing hilang anak kelmarin... I terus pergi rumah Valerio... Kebetulan Valerio masih tidur... Budak tu takda kat bilik dia... Dan nasib I sangat baik... Lukisan tu terletak elok je atas meja... So, I apa lagi... Ambik air then siram... Hahaha!" Ryker mengangkat gelasnya seolah meraikan kemenangan berpihak kepadanya. Sekali lagi alkohol meluncur melalui kerongkong Ryker.
"Tapi Valerio obses sangat dengan lukisan tu kan? Takpe ke you buat macam tu?" Lelaki tersebut sedikit gusar.
"Jangan risau... Takda siapa berani syak I kat rumah tu..." Ryker tersenyum puas.
"I memang dah agak budak tu akan kena marah... Tapi tak sangka pula dia jadi punchbag... Hahaha!" Ryker dan pemuda tersebut tertawa bersamaan.
"Jom minum kat tempat lain... Bosan la kat tempat I jer... Memandangkan I dah balas dendam untuk you... you belanja k?" Tagih Ryker kepada temannya.
"Of course! Jangan risau pasal tu... Jom round two bebeh!" Lelaki tersebut terlebih dahulu bangun ingin ke tandas.
"Hmmph! Macam mana suka pun Valerio kat lukisan erotik... you tu hanya permainan dia je" Ryker mengomel seorang diri sambil menghirup bau alkohol di gelasnya.
"Jom la... Tunggu apa lagi..." Panggil teman Ryker yang baru keluar dari tandas. Kedua lelaki tersebut kini menuju ke kelab malam lain untuk mengisi aktiviti malam minggu.
*
*
*
"Dah bangun?" Alden terkejut apabila mendengar suara Arthur sejurus memasuki biliknya.
"Duduk... Saya nak sapu ubat kat bibir kamu..." Arah Arthur tanpa menunggu jawapan dari Alden. Arthur membantu Alden untuk duduk dan memberi segelas air kosong kepadanya.
"Takpa... Saya dah okay sekarang..." Jawab Alden. Sejujurnya dia masih mengantuk dah ingin menyambung tidurnya kembali.
"Jangan... Kamu tak boleh menolak... Tuan muda Valerio sendiri yang arahkan saya merawat luka kamu sehingga sembuh." Alden sedikit tersentak apabila mendengar Arthur menyebut nama Valerio.
"Tuan muda agak menakutkan kadang-kadang... Kan?" Arthur menyapu ubat pada putik kapas.
"Walaupun sudah lebih sepuluh tahun menjaga tuan muda... ada kalanya saya masih takut dengan dia..." Ubat disapu perlahan-lahan pada bibir Alden.
YOU ARE READING
Tinta Malam (ON GOING)
RomanceValerio Guevara "Saya memang kanji dan kaki amp*t... Tapi bukan bermaksud taste saya... Dengan orang low class macam kamu." 'Anjing tak sedar diri.' Alden Kilmer "Abang... Tunggu kejap... Hiks... Hiks..." "Saya... Takut... Hiks... Hiks... Saya belum...