Episode 4: Mimpi

1.8K 62 1
                                    

Disclaimer

Cerita ini diinspirasikan dari yaoi 'Painter of The Night'. Walaubagaimanapun, cerita ni dikarang menurut perspektif thor jadi mungkin agak berbeza dengan yaoi asal. Lagipun cerita ni berlatarmasakan zaman moden. Jadi jalan cerita kena disesuaikan dengan faktor-faktor yang dinyatakan.

Thor harap korang boleh support author asal yaoi ni iaitu Byeonduck di www.lezhin.com/en

Valerio duduk di bawah gazebo tepian kolam renang sambil menyeropot cerut. Valerio jarang menghisap cerut bukan kerana tidak mampu. Namun dia hanya memilih cerut jika kebosanan yang teramat setelah beberapa hari tidak melampiaskan nafsunya. Tambah lagi Valerio bukan jenis jantan yang suka menuntaskan klimaksnya di tangan sendiri tanpa bertempur dengan pasangan sejenis terlebih dahulu.

"Saya minta maaf... Tuan muda..." Ucap Alden lembut sambil duduk bertekuk lutut di tengah gazebo. Hampir setengah jam Alden memerhati tuan muda Valerio menikmati cerutnya dari jauh sebelum akhirnya berjaya mengumpul keberanian untuk berbicara dengannya.

"Untuk apa?" Tanya Valerio lalu menghisap dalam cerutnya.

"Untuk apa yang terjadi beberapa hari lalu... Saya tersasul kata... Tuan muda... Saya tak maksudkan tuan muda gula seks dan tidak bermoral..." Ucap Alden dengan suara penuh kelembutan memujuk. Walaupun sedikit dipaksa. Valerio hanya menatap lekat wajah Alden lalu menghembus asap cerut ke mukanya sebelum membuang pandangan kembali ke kolam renang.

"... Okay... Saya maafkan awak..." Balas Valerio. Terukir senyuman gembira di riak wajah Alden.

"... Kenapa awak masih terpacak di sini?" Valerio mengetis abu cerutnya.

"Boleh... Boleh saya minta kertas puisi tu balik...?" Alden menghulurkan kedua tangannya tanda meminta dari Valerio.

"Awak merepek apa ni? Saya dah cakap kan? Awak lukis... Saya bagi balik kertas tu..." Valerio menyeropot cerutnya sekali lagi..."

"Ta... Tapi tuan muda baru maafkan saya..." Wajah ceria Alden kini sedikit sugul.

"Apa kaitan saya maafkan kata-kata kurang ajar awak tempoh hari dengan bagi balik kertas puisi tu?" Valerio tersenyum sinis memandang Alden.

"Tapi... Ni... Ni tak adil..." Alden menggeleng keras kepalanya.

"Tuan Muda... Tolong... kembalikan kertas tu kepada saya... Tolonglah..." Alden kini merangkak mendekati Valerio.

"Awak lukis... Baru saya bagi balik..." Valerio mengetis sisa abu cerutnya.

"Saya merayu... Tuan muda tolong... Kembalikan..." Alden masih tidak berputus asa.

"Diam!" Kesabaran Valerio mula terhakis.

"Kalau awak taknak melukis berambus dari sini!" Valerio berpaling memandang kolam renang kembali. Tandanya dia sudah tidak berminat untuk bercakap dengan Alden.

Alden mengeluh kecil sambil melangkah longlai menuju ruang tamu. Tatkala ingin menaiki tangga Alden berpandangan dengan Ryker yang sedang menanggalkan kasutnya di pintu utama.

"Hai... Lama tak jumpa..." Sapa Ryker dengan senyuman manis.

"... Tuan kenal saya?" Alden hairan apabila pemuda berambut perang tersebut menyapanya seolah mereka pernah berjumpa.

"Awak dah siapkan lukisan malam tu?" Tanya Ryker tanpa menjawab persoalan Alden sebentar tadi. Sejujurnya Ryker tahu siapa Alden setelah beberapa kali mendengar Valerio menyebut namanya.

"...Oh!" Kini Alden teringat siapa gerangan lelaki di depannya itu. Salah seorang pasangan cabul Valerio. Alden tunduk hormat kepada Ryker.

"Saya dengar awak tinggal dengan tuan muda Valerio." Ryker berjalan menghampiri Alden.

Tinta Malam (ON GOING)Where stories live. Discover now