Chapter 27

66 12 6
                                    

Bella okay ke tak eh?

Riyaz memainkan hujung pen di dagunya. Entah macam mana tiba-tiba dia boleh terfikir pasal minah pendek itu pun tak tahu lah. Mungkin sebab sejak kejadian semalam itu, dia jadi tak keruan.

Dia sedar dan perasan je Bella menangis dalam panggung wayang. Cadangnya lepas habis movie itu, dia nak lah pujuk ke apa tapi tak sempat nak tahan dan kejar, Bella dah lesap. Apatah lagi Luthfia merupakan halangan terbesar untuk dia dekati Bella.

Ahh minah itu memang dah rosakkan cuti seminggu dia yang berharga ini.

Riyaz tak pasti kenapa dengan diri dia sekarang ini. Apa yang Bella buat semuanya terkesan pada diri dia. Bella senyum dan ketawa pun dia dah rasa sesuatu, ini kan pula kalau Bella sedih dan menangis. Dah macam cacing kepanasan lah dia dibuatnya.

Dia akui, kata-kata Luthfia sangatlah celupar dan layak makan kasut sneakers edisi terhad dia ini. Kalau tak sebab Luthfia itu anak kesayangan mak cik dia memang dah lama dia seligi kepala budak itu. Tetapi Riyaz tetap Riyaz, egonya membatas segalanya. Dia hanya mampu diam diri tanda setuju tidak, tak setuju pun tidak.

Macam mana itu? Pandai-pandai lah faham ya.

"Jadi kita tamatkan lah perbincangan ini. Semua persiapan dah lengkap tinggal nak tunggu hari pelancaran minggu rakan membaca je lah, " kata-kata Idhlan mematikan lamunan panjang Riyaz yang berkisar tentang Bella. Aihh budak pendek itu juga dia nak ingat. Tak ada perempuan lain ke?

"Baik lah kalau macam itu, cikgu, " Tak tunggu lama, Riyaz mengemas barang-barang peribadinya.

"Sebelum balik itu, kita makan dulu. Saya ada order makanan grab food tadi, tau? "

"Okey, cikgu, "

Riyaz dan Idhlan beriringan ke ruang makan. Atas meja ada terhidang dua buah bekas makanan polisterin. Riyaz ambil tempat di meja makan. Setelah dipelawa Idhlan, Riyaz mengambil bekas makanan yang terdekat dengannya.

Idhlan juga sudah mengambil tempat hadapan Riyaz. Tangannya juga lincah membuka bekas makanan.

"Saya rasa macam dah lama tak nampak Bella setiap kali discussion kita. Kenapa dia tak join ya? " soal Idhlan.

Riyaz yang baru nak suap makanan dalam mulut sudah terhenti tengah jalan. Mata helang dah memanah Idhlan hadapannya.

"Dia cuma pembantu saya, cikgu. Rasanya macam tak ada kepentingan pun untuk dia sertai discussion sebab saya sendiri boleh sampaikan perkara penting pada dia, " balas Riyaz tenang. Idhlan tersenyum kecil padahal hati dah panas dengan jawapan tenang Riyaz. Rasa egonya tercabar pun ada bila dibalas macam itu oleh seorang pelajar yang sembilan tahun lebih muda darinya.

"Oh, tapi hari itu boleh pula dia sendiri yang datang pada saya untuk discussion, " ungkit Idhlan.

"Saya busy masa itu, " balas Riyaz.

Sesudu makanan mendarat dalam mulutnya. Idhlan ini dah tak ada benda lain ke nak tanya. Perihal Bella juga yang dia nak sentuh. Cuba tanya pasal dirinya. Sihat ke tak dia ini, belajar okay ke tak.

Apalah.

"Saya nak tanya awak lah, Riyaz. Awak dah lama ke kenal Bella? " Idhlan membuka topik baru. Kalau teruskan topik tadi mahu dia sakit hati lagi. Riyaz ini nampak je cool tapi sekali buka mulut, pedih ulu hati dia.

His Apricity Where stories live. Discover now