Chapter 47

47 7 1
                                    

Langkah demi langkah akhirnya bangunan sekolah pun sudah kelihatan. Laluan pejalan kaki yang berlecek kami gagahkan juga memijak dengan hujan yang sudah renyai-renyai. Sebenarnya dah terketar-ketar kepala lutut ini. Sebab hujan lebat tadi, kami dah terlepas naik bas. Jadinya redah kasi pecah jelah sampai sekolah.

Aku menahan langkah Zulfan. Dia yang nampak terpinga-pinga, aku tunjukkan pada ikatan tangan kami. Zulfan terus mengangguk faham.

"Rasa hari ini semuanya macam mimpi." ujar Zulfan tiba-tiba.

"Maksud awak?"

Zulfan tak jadi merungkaikan ikatan. Pandangannya mencari anak mataku. Bila sudah bersabung, lelaki itu mengulas senyuman lebar dan manis.

"Kita cuma bertembung sekejap tapi dah macam-macam kita lalui. Sejujurnya bersama dengan awak buat saya selesa dan gembira. Macam diberi peluang untuk saya merasa jadi seorang abang semula."

Makin berkerut kening aku. Tak faham. Makin berbelit. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Terima kasih juga sebab awak dah bawa saya balik dengan selamat. Kalau tak ada awak tadi saya ini dah dibawa lari ke siam agaknya. Tengoklah betapa cuainya saya tadi masa kat pasar. Kalau tak ada idea awak nak ikat tangan saya, agaknya saya dah mengagau entah ke mana." aku pandang tali yang mengikat pergelangan. Sedihnya.

Lepas ini entah ada peluang lagi ke tak nak berdua-duan dengan Zulfan macam ini.

"Macam kisah cinderella pula kan? Lepas sahaja kita masuk sekolah, semuanya akan jadi seperti biasa. Awak dan hal awak, saya dan hal saya. Boleh ke kita dapat macam ini lagi?"

Aku mengangguk.

"Boleh. Takkan kita tak boleh jadi kawan?"

Makin lebar senyuman Zulfan.

"Terima kasih. "

"Sama-sama kasih." ajukku seperti mana dia pernah kata kepadaku. Menyedari yang aku mengajuknya, tumpah tawa Zulfan. Terserlah eyes smile yang sering menjadi pujaanku.

Aku menyambut tawanya menutup rasa debar yang mahu pecah di dada. Sepanjang hari ini, hari paling bahagia aku pernah lalui.











Payung lipat di tangan terus dicampak ke dalam tong sampah. Tiada guna. Nak diberi pada orangnya pun tak kesampaian semuanya sebab lelaki itu. Pintu dorm asrama ditolak sebelah tangan. Gayanya lemah dan tidak bersemangat langsung.

"Aik, Riyaz? Lambatnya kau balik. Dengan basah kuyupnya." sapa Izmeer yang sedang melepak bersama Mifzal atas lantai. Hadapan mereka ada beberapa cawan mee segera dan kuaci yang bertaburan.

Riyaz tak membalas apa-apa. Baju yang lembab di tubuhnya ditanggalkan dan dicampak dalam bakul baju kotor. Tubuh terus direhatkan atas katil. Berkeriuk katil itu menerima beban berat Riyaz.

"Tak perempuan, kau pula yang moody, Riyaz." perli Mifzal berserta tawa dihujung. Malang sekali deria perasaan Riyaz bagaikan sudah mati. Wajah beku dan kosong kekal terlakar.

Riyaz abaikan sahaja. Dalam mindanya, dalam kepalanya hanya dua watak sahaja yang berlegar bagaikan kaset rosak.

Tawa mereka.

Senyuman mereka.

Tangan yang saling bertaut dengan seutas tali.

Argh, kenapa dia kena ingat semua itu?!

Izmeer menjeling sekilas. Melihat wajah kosong Riyaz itu pasti ada sesuatu yang menganggu benak kawannya. Izmeer tendang sisi kaki Mifzal. Menyedarkan lelaki itu yang lawaknya tak memberi kesan pada Riyaz yang dalam dunianya sendiri.

His Apricity Where stories live. Discover now