Chapter 46

45 6 0
                                    

"Ais krim?" itu lah perkataan pertama yang meluncur daripada bibir aku saat sebuah gerai ais krim potong menjamu pandangan mata.

"Ya. Awak nak perisa apa? " Zulfan menyoal sambil matanya galak memerhatikan sisi wajah aku.

"Kelapa." pantas aku menjawab. Kelapa memang kegemaranku. Selain butterscoth.

"Pak cik, minta ais krim potong kepala dua ya?"

"Baik."

"Awak pun suka kelapa? Kebetulan betul. Saya pun suka perisa kelapa juga." katanya.

Fakta menarik ini. Aku semat jawapannya dalam kepala. Aku mengoyak senyum kecil berserta anggukan untuk menjawab soalannya.

Setelah selesai membayar, kami menikmati ais krim di tepi lorong kedai sahaja. Sambil itu lorong yang belum pun surut orang ramai menjadi pemandangan. Walaupun tak indah mana, tapi bila ada Zulfan semuanya rasa indah. Kalau Zulfan ajak makan tepi loji pun aku sanggup.

"Sedap?" soalnya. Mungkin lega melihat aku menikmati setiap titisan manis ais krim kelapa yng mencair dalam mulut.

"Sedap! Terima kasih." ucapku seikhlasnya.

"Sama-sama kasih."

"Bila makan macam ini, teringat saya pada seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Dia pun peminat aid krim perisa kelapa. Dulu dia lah yang selalu ajak saya makan ais krim tepi jalan. Dia lah yang kenalkan saya dengan ais krim kelapa sampai saya pun jatuh hati dengan makanan ini. " ceritanya tanpa dipinta. Tiada pilihan, aku dengar jelah.

Sebolehnya aku kawal riak cemburu. Mesti dia cerita tentang Kak Mira. Kuasa apalah yang Kak Mira ada sampaikan begitu besar pengaruhnya pada Zulfan.

"Tak tahu pula Kak Mira suka kelapa juga." kataku.

Kening Zulfan bertaut menjadi satu. Salah ke aku cakap?

"Sejak bila saya cerita Mira pula ini?"

"Eh tadi itu?"

Terlepas tawa kecil milik Zulfan. Tapak tangannya menutup mulut tang hampir membuak ais krim kelapa yang digigitnya.

"Salah ini. Bukan Mira lah, orang lain."

"Banyak betul bekas kekasih awak ini."

Zulfan geleng kepala menafikan.

"Awak ini.. Tak semestinya bila saya kata seseorang yang istimewa mesti kekasih. Boleh jadi ahli keluarga saya. Mak ayah saya, adik beradik saya. Memang kalau istimewa itu hanya pada kekasih je ke?" terselit perlian dalam nada bicaranya. Aku mencebik kecil.

"Mana lah tahu. Saya teka je."

"Bukan dia lah. Orang lain."

Aku merenung jalan tar yang kaku. Mulut masih mengemam ais krim namun minda aku jauh berlari.

"Habis itu, siapa dia?" getus aku tiba-tiba.

"Dia? Hmmm kenangan silam je. " Zulfan berdalih. Wajahnya yang riang tadi beransur muram.

Tak mahu dia terus berada dalam kemuraman, aku pantas menukar topik lain.

"Dulu pun saya ada orang yang selalu teman makan ais krim bila petang. Macam rutin. Kalau sehari tak buat, rasa macam tak sempurna. Sampai nenek saya pun membebel sebab gigi saya banyak rongak dan rosak tapi sekarang dah tak lah. Sekarang dah cantik. Tengok ini.." aku senyum selebarnya menunjukkan barisan gigi yang tersusun rapi kebanggaan aku.

Zulfan tertawa kecil. Matanya berkelip-kelip memandang senyuman lebarku. Sebelah tangannya menongkat dagu.

"Hmm cantik. Pandai awak jaga." pujinya.

His Apricity Where stories live. Discover now