Aku menongkat basikal di tempat parkir motorsikal. Sebelum turun aku menoleh ke sisi. Uish insecure teruk ini. Kau bayangkan, aku parkir basikal sebelah motor sport macam kawasaki ninja, ducati. Kau faham tak betapa aku rasa tak layaknya basikal warna pink bakul dah tercabut ini nak letak kat sini.
Ahh tak ada masa nak insecure, lebih baik aku cepat. Masa pun dah jeles dengan aku. Bukan main laju dia tinggalkan aku. Tau tau je dah pukul 6:10 minit. Matilah aku kena dengan Riyaz nanti.
Aku membetulkan baju dan tudung yang dah tak rupa tudung dilanggar angin tadi. Tak lupa juga kaca mata aku betulkan terletaknya atas batang hidung aku. Kemudian, kaki aku melangkah ke dalam kafe yang dah dijanjikan.
Tangan sebelah aku tolak pintu kafe. Anak mata aku meneroka segenap ruangan kafe. Aik? Mana Riyaz? Dia kencing aku ke kata pukul 6 sharp? Kalau betul, dia tempah batu nisan dengan aku.
Malas nak jadi mak pacak tak berbayar, aku melangkah masuk juga. Salah sebuah meja aku duduk. Sementara menunggu, aku ingat nak on instagram sekejap. Stalk Zulfan sikit lepastu like post orang.
Baru sahaja aku capai telefon, bunyi seretan kerusi menghentikan perbuatan aku. Dengan perlahan seperlahan drama sinetron, aku angkat kepala memandang gerangan yang menarik kerusi di meja yang aku duduk.
Mana lah tahu jodoh kan?
Namun terasa jantung aku direntap bila melihat wajah yang aku benci di hadapan mata. Bencinya aku melebihi aku benci Riyaz. Apa dia buat dekat sini?
Hujung jari dah menyejuk. Muka aku berubah pucat tak berdarah. Jantung tak payah ceritalah, dah pecut macam baru lepas marathon satu kampung. Aku tertunduk mengelak anak mata dia. Perkara ini dah macam perkara wajib setiap kali aku bertemu Idhlan.
Ahh benci diri aku yang lemah ini.
Aku sudah seret kerusi untuk bangun. Dengan sepantas kelajuan angin, tapak tangannya mencengkam pergelangan tangan aku menyuruh aku duduk kembali. Aku menyentap lengan aku, namun makin kuat pula dia mencengkam sehingga aku mengaduh sakit.
"Tolong duduk, Bella. Saya ada hal penting nak cakap dengan awak," anak matanya mengarah untuk aku duduk kembali.
Aku masih merenungnya sambil berfikir nak percaya dia ke tak? Tangan aku sentap daripada pegangannya. Terus pergelangan yang sakit dicengkam itu aku usap. Sakitnya, ini tangan ke besi yang cengkam aku?
"Tak nak. Aku dah tak ada apa apa kaitan dengan kau lagi, "
Baru sahaja aku nak berambus, dia tahan aku lagi. Kali ini dia bangun dan halang jalan keluar aku. Ish, aku ini dah lah kecil dan pendek nak banding dia yang tinggi lampai ini. Memang tertutup habis lah jalan keluar aku.
"Kali ini je Bella, saya tak minta lebih pun, awak duduk dan dengar apa yang saya cakap nanti. Tu je, " berkali-kali dia yakinkan aku. Ingat aku nak terpedaya lagi ke?
Tapi Bella, entah-entah dia memang ada hal penting nak cakap dengan kau? Ahh tapi aku dah serik nak percaya dia. Idhlan penuh dengan tipu daya sebalik senyuman manis dia itu.
"Please, Bella? " senyumnya ditarik memujuk aku. Aku masih sangsi dengannya.
"Kejap lagi Riyaz akan datang. Jadi saya tak nak ambil masa yang lama, " sambungnya lagi.
Okay, aku percaya. Sebab aku datang sini pun nak jumpa Riyaz. Kalau kata dia nak apa-apa kan aku, Riyaz akan muncul. Walaupun aku benci dia, tapi dalam saat gentir macam ini aku harap sangat dia muncul selamatkan aku. Drop kejaplah title musuh itu.
"Baik, " aku duduk semula.
Idhlan senyum senget. Sebut nama Riyaz, laju je nak setuju.
Aku membetulkan duduk menghadap Idhlan. Aku genggam tapak tangan aku daripada terus bergetar. Nafas yang hampir tercungap aku atur. Minta minta lah aku tak pengsan je diserang panic attack.
YOU ARE READING
His Apricity
Teen Fiction[Riyaz's Bella] "Your smile sends an apricity in my winter season." Bella Aufiah, pada yang tidak mengenalinya pasti tidak menyangka disebalik lekungan bibirnya yang ceria itu menyembunyikan seribu satu duka. Hidup tanpa mengenali ibu bapanya, dik...