"Kau tak makan ke? "
Setelah lama berdiam, akhirnya Riyaz buka mulut juga. Penat dah nak tunggu Bella buka mulut dulu. Dia punya merenung luar tingkap itu dah umpama rohnya melayang ke london.
Jauh betul!
Aku yang sedang merenung ke luar jendela terus kembali ke alam nyata. Lamunan aku pecah. Dengan terkebil-kebil aku memandang Riyaz yang berdiri macam askar melayu di hadapan aku.
Dia ada cakap apa apa ke?
"Huh? " hanya itu yang terluah di bibir aku. Riyaz menghela nafas perlahan. Menyampah lah itu dengan aku yang tiba-tiba jadi blur.
"Kau ini asyik termenung je. Fikir apa? Makan pun tak aku tengok, " Riyaz bebel kecil. Tangannya menyentuh tray makanan yang tidak terluak.
"Tak ada apa apa lah, " aku kembali merenung keluar.
Sebenarnya bukan apa aku termenung ini. Aku banyak memikirkan tentang Idhlan. Ke mana dia pergi? Dia masih bersembunyi kah?
Menurut cerita yang dibawa Riyaz dan Kak Dahlia, pihak polis masih tak dapat menjejaki Idhlan. Paling mengejutkan guru lelaki itu engkorang adore itu sebenarnya penyangak yang dikehendaki pihak polis. Penjenayah pedofilia itu sangat dikehendaki bila mana sebanyak beberapa kes dilaporkan dan suspeknya ialah Idhlan.
Aku jadi bimbang selagi Idhlan tidak diberkas. Macam mana kalau Idhlan cari aku? Macam mana kalau Idhlan culik aku dan bawa aku jauh dari nenek dan Kak Dahlia? Macam mana kalau Idhlan...
"Apa ini? " terkejut aku. Tiba-tiba ada bekas plastik anggur seedless depan wajah aku. Riyaz yang hulur aku pandang sekilas.
"Ayam, " jawabnya bersahaja.
Aku mencebik menyampah.
"Aku tak nak lah. Jangan kacau aku, " aku tolak bekas anggur menjauhi wajah aku. Riyaz tetap keraskan tangannya.
"Ambillah. Kau tak makan lagi kan? " ujar Riyaz. Bekas anggur dibuka. Bekas itu disua lagi kepada aku.
Rasa jengkel meluap-luap. Aku tak suka sebenarnya diganggu ketika aku sedang mengelamun. Riyaz ini pun macam tak faham-faham je aku dah kasi hint yang aku tak nak diganggu.
"Kau nak makan kau makan lah. Aku tak nak. Sekian. Noktah, " aku memusing badan membelakanginya.
Minda aku menerawang lagi. Pelbagai benda menyesakkan minda aku tapi aku tak boleh berhenti berfikir. Memang sejak sejak aku sedar daripada pengsan, aku banyak mengelamun dan membayangkan Idhlan datang menyerang aku.
Haishh bila aku nak aman ini?
"Bella, " nama aku dipanggil oleh Riyaz.
"Apa? " balas aku menyentak. Kacaulah dia ini.
"Kau tahu kan, kalau kau ada masalah kau boleh share dengan someone yang kau rasa selesa untuk share, " katanya lagi.
"So? " dan dan pula penyakit blur aku berleluasa.
Riyaz letak bekas anggur ke meja loker sebelah katil. Dah mengalah lah itu nak suruh aku makan. Aku hanya memerhatikan tingkahnya.
YOU ARE READING
His Apricity
Teen Fiction[Riyaz's Bella] "Your smile sends an apricity in my winter season." Bella Aufiah, pada yang tidak mengenalinya pasti tidak menyangka disebalik lekungan bibirnya yang ceria itu menyembunyikan seribu satu duka. Hidup tanpa mengenali ibu bapanya, dik...