Chapter 14

72 13 2
                                    

"AMIN ya rabbal a'lamin.. Taqabballahu minku.. "

"Inna waminku taqabbal ya karim.. " aku menyapu tapak tangan pada wajah aku. Lepas sahaja bacaan doa, aku meminta diri untuk ke tandas.

Biasanya lepas maghrib akan diadakan bacaan al-quran. Tetapi disebabkan hari ini hari Khamis malam Jumaat, jadi seperti biasa akan diadakan bacaan surah yassin atau kahfi.

Aku menanggalkan kain telekung dan lipat ala kadar kemudian letak atas lantai musollah. Aku membuka langkah ke arah tandas musollah Muslimat. Wajah aku kendur.

"Sejak bila tandas musollah baiki ini? " soalku sendiri.

Rasa nak menangis pula. Dah lah aku sangat sangat tak tahan ini. Agak-agak sempat sampai tak ke tandas sekolah. Aku pejam mata. Berkerut aku menahan hajat kecil yang dah tak sabar sabar nak keluar ini.

Dalam keterpaksaan aku relakan, aku keluar juga dari musollah. Selipar aku sarung dan mula lari lari anak ke tandas. Uishh memalam buta ini aku exercise pula.

Dalam langkah lebih kurang entah berapa bilangan langkahnya, aku sampai hadapan tandas di blok C. Walaupun suram dan kelam, aku tetap gagahkan juga. Apasal lah tak ada orang pergi tandas ini.

Lepas melepaskan hajat yang terbuku dan menyeksakan selama ini, aku membasuh tangan di singki. Takkanlah nak basuh tangan dekat mangkuk jamban pula kan?

Aku tilik wajah dekat cermin. Ada beberapa buti jerawat dah bertapak tanpa izin di kulit wajah aku. Kurang ajar betul! Hmm tarikh bendera jepun aku bila ek?

Pap!

"Argh! " aku terjerit nyaring bila lampu tiba tiba terpadam. Aku tahan diri yang nak rebah atas lantai.

Huh, muka aku buruk sangat ke sampai nak tengok cermin pun lampu padam. Aku menegakkan tubuh semula. Meraba raba aku mencari tombol pintu. Ini kalau salah raba ini matilah aku..

Aku tolak pintu tandas. Gelap gelita sahaja diterangi cahaya bulan. Satu sekolah gelap gelita. Aku syak mesti dalam musollah dah kalut. Biasalah aspuri memang kecoh kalau blackout.

Angin sejuk mula meniup halus pada aku. Aihh dah macam scene scene dalam cerita seram. Kau jangan main main..

"Bah! "

"Ya Allah! " aku dah tercangkung ketakutan. Binatang apa sergah aku tadi!

Bila ketawa terbahak-bahak lelaki itu melanggar gegendang telinga aku, aku celik mata. Dalam suram bulan dapat aku lihat wajah Riyaz yang ketawa terbahak-bahak melihat aku ketakutan. Dia lagi?

"Kurang pendidikan moral betul! " batu kerikil yang berdekatan aku capai dan campak pada perut Riyaz. Riyaz endahkan sebab batu sekecil itu takkan mencederakan dia.

"Dah macam katak nak kene lenyak kereta! " Riyaz menekan perutnya yang tegang sebab banyak gelak.

"Ish, sehari tak ganggu hidup aku memang tak sah agaknya! " aku dah berdiri dan mula memeluk tubuh.

Bila reda gelak Riyaz, lelaki itu pandang aku. Aku dah berkerut tengok kehadiran Riyaz dekat sini. Dah tak ada lelaki lain ke aku nak jumpa?

"Kau buat apa kat sini? " soal aku keras.

"Skodeng kau dalam tandas. Nampak juga lah apa kau buat dalam itu, "

Aku dah acah acah nak lempat batu bata kat sebelah ini.

"Betul-betul lah! "

"Ish dah aku kat sini, aku ke tandas lah. Sengal, "

Suka hati dia sengal kan aku.

His Apricity Where stories live. Discover now