Chapter 39

63 4 0
                                    

"Nanti kamu bagi teks ini dekat Syed. "

Syed mana ini? Syes Saddiq ke? Oh lupa, mamat itu namanya Syed Riyaz Izzudin. Aku menyambut huluran Ustazah Khadijah. Ada empat helai semuanya tanpa berkepil. Aku hentak kertas tersebut di atas kaunter pusat sumber untuk menyusun kedudukannya.

"Baik, ustazah. "

"Tak pernah pernah Syed itu lambat. Biasanya kalau ada apa apa program dia lah orang pertama yang datang. Mana lah budak ini? Tak datang sekolah ke? " Ustazah Khadijah bebel kecil sambil bercekak pinggang.

"Dia datang, ustazah. " balasku.

"Mana kamu tahu? "

Apa tak tahunya kalau dah masa balik asrama semalam pun aku tumpang Riyaz lagi. Alasan nenek dan Kak Dahlia, katanya nenek ada program jom sihat dekat klinik kesihatan. Malas nak bertanya lebih-lebih, aku setuju sahaja.

Lagipun bukan perasan ke apa, tapi Riyaz dah nampak makin menyurut perangai menyakitkan hatinya itu.

"Instict. " balasku singkat.

"Banyaklah kamu. "

Ustazah Khadijah masuk semula ke biliknya. Tanpa tunggu lama-lama, aku keluar dari pusat sumber. Nasib baik aku ingat yang banner untuk majlis pelancaran nanti belum diletakkan atas pentas.

Dengan kelam kabut, aku tarik tombol pintu dan berjalan deras. Tak sengaja, aku terlanggar pula orang depan pintu.

Pap!

Aku yang terhuyung-hayang dek berlaga dahi dengan dahi batunya menjadi tak stabil. Dah lah nak terjatuh, tiba-tiba tangan kasarnya merentap baju sekolah aku. Apa lagi, terus aku melayang sekali ke arahnya.

"Argh! "

Buka mata sahaja, aku sudah disajikan dengan wajah kacak milik Riyaz. Kedua belah tangan aku terletak di antara dada aku dan dada Riyaz. Semakin sesak aku dibuatnya bila terperasan sebelah lengan Riyaz melingkar pada pinggang aku.

Ini bukan extra ordinary you okay! Ini bukan penganti scene Eun Dan Oh yang jatuh dan disambut oleh Ha Ru.

Ini haru biru namanya!

Bila mata aku dan Riyaz bersabung, terus Riyaz menolak tubuh aku tepi. Bergolek lh aku macam nangka busuk di atas lantai. Wajahnya yang kemerah-merahan itu diraupnya berulang kali. Aku pula menegakkan badan secepatnya.

Perkara pertama yang aku risau ialah semestinya awning tudung yang aku sudah spend masa berjam-jam untuk dibentukkan.

Tidak!

"Buta ke?! " sergahnya tiba-tiba.

Hilang terus kegalauan aku tentang tudung, bertukar seram dengan wajah Riyaz bak singa kelaparan. Aku terkedu untuk beberapa saat. Marah sangat dia ini dah kenapa?

"Sorry lah. Biasalah manusia pun buat kesilapan lah. " balasku. Tak tahu lah tiba-tiba sahaja mulut laser aku hilang. Mana taknya, aura Riyaz tiba-tiba jadi negatif dan menakutkan.

Mungkin aku patut tarik balik kata-kata aku yang Riyaz makin baik.

Riyaz tanpa tunggu lama-lama terus bangkit dan ingin beredar. Kelam kabut sahaja rupanya. Anak matanya pun melilau tak mahu pandang aku langsung. Bukan terkilan pun cuma marah betul Riyaz dengan aku.

Mungkin aku dah tertolak dia sampai otak terhentak kut.

Aku baru teringat pasal teks ucapan dia, pantas kaki dia aku tahan. Maklumlah, aku tak sempat bangun, kaki jelah paling cepat aku tahan. Riyaz nak menghambur marahnya tetapi pantas aku halang.

His Apricity Where stories live. Discover now