Chapter 38

53 3 1
                                    

After a longggggg time, here I'm back!

◆◆◆

Sayup-sayup suara yang merintih melanggar gegendang telinganya. Lelaki itu menjengah ke kiri dan ke kanan mencari. Pelik. Semua sudut pandangannya dilitupi kabus tebal berwarna putih. Entah macam mana dia boleh sesat ke alam ini.

Riyaz mengatur langkah secara rawak. Bak kata orang, jalan pakai niat je. Kalau terjatuh gaung kira nasib lah.

"Huuuu.. Huuuu.. " bunyi merintih semakin jelas. Dah macam cerita hantu pun ya.

Aduh, jangan macam-macam.

"Bella? "

Sebaik namanya terpacul daripada bibir Riyaz, figura Bella tengadah kepalanya. Wajah itu basah dengan air mata. Bibirnya melengkung ke atas. Wajahnya mendung sahaja.

Mungkin terkantoi dengan Riyaz, Bella meraup wajahnya dan bangkit untuk beredar.

"Eh, tunggu! " Riyaz menangkap lengannya.

"Jangan sentuhlah! "

"Sekejap, macam mana aku boleh ada dekat sini? Kenapa kau ada dekat sini? "

"Semua ini salah kau! Salah kau! Aku benci yang aku suka kau! "

Makin berkerut kening Riyaz. Apa ini author ini? Dah lah lama tak update. Tiba-tiba buat plot jadi rumit macam ini. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dah konfes.

"Apa kau merepek, setan? "

"Aku suka kau lah gila! "

Splash!

Hilang bayang Bella yang meronta macam orang gila. Berganti pula dengan wajah Izmeer dan Ilhan yang memandangnya serius. Umpama Riyaz sudah berada di fasa sakaratul maut.

Riyaz terkebil-kebil memandang lurus ke arah siling. Blur and clueless. Macam baru sahaja dibangkitkan dari alam kubur.

"Dia okay ke? Kau pasti kau ambil air kolah? " Izmeer menyoal Ilhan di hadapannya.

"Yaaa.. Tak ada kerja aku nak tadah air kencing aku pula. Belum besar lagi dendam aku dengn Riyaz sampai nak simbah pakai air kencing aku. " balas Ilhan.

Tiba-tiba suara keras Mifzal tertawa terbahak-bahak meletus. Lelaki itu sedang duduk bersila di atas katil double decker bahagian bawah.

"Aku kat mana ini? " tiba-tiba Riyaz bersuara.

Mungkin roh dia dah betul-betul kembali ke jasad. Almaklum lah baru lepas disimbah air kolah yang sejuk oleh Izmeer.

"Aku rasa yang masuk dalam badan dia, bukan Riyaz. Mesti roh nenek kebayan yang selalu jadi trending dekat asrama ini. "

"Oi, jangan celupar lah, Izmeer. Tak Riyaz, kau yang aku simbah pakai air kencing! "

Makin galak pula Mifzal ketawa.

Izmeer geleng kepala membuang segala ketidaklogikan yang bermain di mindanya. Ilhan pun sudah bangun meninggalkan Riyaz dan Izmeer. Dia datang jenguk pun sebab nak minta kerja rumah matematik daripada Izmeer.

His Apricity Where stories live. Discover now