Chapter 13

78 15 0
                                    

"LEPAS siap karangan bahagian A, saya nak awak hantar ke depan seorang demi seorang, " arahan diturunkan.

Aku yang ketika itu sedang menulis perenggan terakhir terus crap! Kena hantar ke depan seorang diri. Memang tak lah! Lagi lagi dengan Idhlan itu.

Ikhwan pelajar pertama yang siap, dia hantar ke depan dan memberi bukunya pada Idhlan. Idhlan ambil dan mula menanda di situ juga. Bila ada kesalahan dia akan menegur Ikhwan.

Aku dah macam cacing kepanasan. Masa ada lagi berbaki 30 minit. Rasanya memang sempat lah nak habis satu kelas.

Kegelisahan aku dapat dihidu Nazihah. Maklumlah, Nazihah ini duduk sebelah aku sahaja. Nazihah meletakkan pennya atas meja. Dia pun dah siap latihannya.

"Gelisah semacam aja kau, Bella. Kenapa? " tanya Nazihah.

Aku menoleh pada dia dan menggeleng.

"Daripada semalam lagi kau gelisah. Kau.. " Nazihah merapat tubuhnya pada aku. " ambil barang eh? " sambung Nazihah dengan sengihan.

Aku dah kira kira nak campak buku teks semua dalam beg aku atas Nazihah. Ingat aku tak faham ayat dia. Dia ingat aku ambil dadah ke gelisah semacam!

"Aku tahan diri nak mencarut dekat kau, tahu tak? " rungut aku.

"Alah, Bella. Gurau sikit tak boleh. Emo betul, " Nazihah masih ketawakan aku.

"Perempuan, selain membawang apa lagi yang dia tahu kalau bukan nak emo, " balas aku sekaligus cuba meredakan rentak jantung aku dengan berbual dengan Nazihah.

"Yelah, Cik Bella, " Nazihah dah putar biji mata malas nak layan aku.

"Next. Kalau boleh saya nak habiskan satu kelas hari ini juga, " Idhlan berkata lagi.

Aku cuma mengatur nafas aku. Aku pandang sekeliling, dah separuh kelas sudah mengemas barang sedia untuk rehat lepas ini.

"Aku nak pergi lepas Alya lah, " Nazihah memberi kata putus walaupun aku tak tanya.

Aku cuba membina perenggan yang terakhir. Bila dah kelam kabut tambah tambah gelisah macam ini, confirm confirm lah ayat berterabur macam lepas ribut taufan.

Tanpa aku sedar 30 minit yang aku sangka masih panjang sudah pun memendek. Pejam celik pejam celik, tinggal aku, dan Syaza.

Lepas sahaja Wani habis, Syaza pun dah bangun. Kini tiba giliran aku yang terakhir. Dada tak payah cakaplah, rasa nak meletup macam mercun di udara.

"Okay, next! "

Kringgg!

Alhamdulillah! Aku rasa nak sorak dan menari tarian yolo yolo je sekarang ini. Masa rehat telah pun tiba tepat tepat pada giliran aku.

Idhlan hanya tersenyum kecil daripada aku lihat. Aku tahu anak matanya memandang ke arah aku. Dia pun sedar hanya aku yang belum menanda buku.

"Semua boleh keluar rehat dulu, " arahan diturunkan.

Aku dan yang lain lain dah sedia nak keluar sebelum dunia aku terasa berhenti serta merta.

"Kecuali yang belum tanda buku, "

Oh, crap!








KENAPA aku tak terfikir yang dia boleh buat cara macam ini? Lagi sangat membuka ruang pada dia untuk mengapa apakan aku. Kini memang tinggal aku dan lelaki itu sahaja dalam kelas.

Aku tahan riak wajah daripada tersebik nak menangis. Rentak kaki aku juga sudah pincang sepanjang nak mendekati lelaki berusia 25 tahun itu. Lelaki yang berkemeja biru tua yang dilipat lengan bajunya hingga ke siku.

His Apricity Where stories live. Discover now