Chapter 06

78 13 5
                                    

SINARAN mentari menyinari sebahagian pelusuk bumi. Tidak terlalu terik dan tidak terlalu mendung. Cuaca begini memang seronok. Terasa nyaman dan damai.

Sama seperti hati aku pada tika ini. Mood aku memang dalam keadaan yang terlalu ceria. Kerja nak gelak dan senyum lebar luas luas. Nasib tak terkoyak je bibir ini.

Sebab apa?

Sebab hari ini merupakan hari Jumaat dan jatuh pada minggu balik kampung. Yuhuu!

Macam biasa, aku, Qairin, Dhia dan Iris pulang ke asrama bersama sama. Biasanya kami jalan macam orang putus harapan, tapi kali ini bertenaga dan siap main siapa sampai ke dorm dulu dia menang.

Aku dah mengah mengah nak kejar figura Iris dan Dhia yang memecut lebih cepat dari aku. Akhirnya dua budak itu dah lesap dalam lautan manusia. Aku pun dah fed up nak kejar.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk berjalan tenang bersama Qairin. Dia pun macam fed up aja muka.

"Kau balik bila, Qai? " soal aku.

"Belum call emak aku lagi, " balasnya.

"Eh semalam yang kau bergayut dekat fon itu dengan siapa? Bukan mak kau? "

"Haah. Tapi boleh pula aku lupa nak tanya emak aku, "

Aku tepuk dahi. Biasa kalau orang call, benda pertama mesti tanya nak ambil pukul berapa. Lain macam Qairin ini. Ini mesti fikir nak membawang dengan emak dulu sampai lupa nak tanya benda basic.

"Boleh pula macam itu.. "

"Haa kau pula? Balik dengan siapa? " Qairin pula menyoal pada aku.

"Balik dengan Kak Lia lah. Siapa lagi? "

"Ohh.. Ingatkan balik dengan soulmate sehati sejiwa kau tu, "

Aku dah kerut kening. Siapa pula ini? Aku yang berjalan mula menghentikan langkah betul betul tengah tangga. Qairin dah tarik aku ke tepi sebabnya aku dah menghalang laluan orang lain.

Sempat aku ucap maaf pada senior yang macam mukanya sebab aku dah halang laluan dia.

"Siapa? "

"Riyaz Izzudin, "

Tersedak air liur aku. Ceh. Ingatkan Lalang soulmate aku. Tak guna Qairin.

"Pernah rasa makan kasut sekolah tak basuh sebulan tak?" aku dah ketap bibir geram.

Qairin dah bantai ketawa.

"Ala gurau je. Lagipun kau kan kerap balik dengan dia kalau kak Lia sibuk. Kan? "

"Aku pasti tambah yakin yang kak Lia akan ambil aku. Semalam aku dah call nenek aku, dia kata kak Lia yang pick up aku hari ini, " kataku yakin.

Malas lah aku nak hadap Riyaz. Mahu rosak mood aku hari ini. Lagipun hari ini aku sebolehnya elak dari bertembung dengan dia.

Sebab apa?

Hehe..

Sebab aku terbuat perangai tak matang aku pergi misi membalas dendam. Aku letak cecair gam dekat atas kerusi tempat duduk dia masa rehat tadi.

Aku bukan buat saja saja, okay? Aku buat sebab aku sakit hati dia perli aku tidur dalam kelas. Tak guna punya manusia.

"Eehh yakinnya kamu, "

"Of course! "





"PFT! Hahahahaha! "

"Diam Qai, sebelum kaki aku melayang dekat mulut kau, "

His Apricity Where stories live. Discover now