Chapter 07

83 13 8
                                    

"BELLA tak kisah kan? " soalan cepumas daripada mummy Riyaz membawa aku ke alam nyata semula.

Aku masih cuba menerima kenyataan bahawa aku kena bermalam di rumah Riyaz untuk semalam kerana nenek dan Kak Dahlia tiada di rumah. Mereka dah tinggalkan aku untuk menghadiri mesyuarat soal pusaka di kampung nenek, Kuala Terengganu.

Aku ulang sekali lagi, aku kene bermalam dalam erti kata lain tinggal sebumbung buat pertama kalinya dengan musuh ketat aku untuk sehari.

Mengapa ini semua harus terjadi~

"Hmm tak. Bella okay aja, "

Jangan percaya kerna itu semua bohong. Walhal dalam hati aku, aku rasa nak loncat keluar dari kereta Alphard hitam milik keluarga Riyaz ini dan larikan diri ke Kuala Terengganu dengan naik bas ekspres.

Mustahil lah kan.

"Lega hati Aunty. Aunty harap sangat kamu berdua kurang kurang kanlah gaduh ya. Lagi lagi Riyaz ini, jangan asyik nak cari gaduh dengan Bella je. Awak itu dah besar. " sambil dua vermilion itu bergerak, jari jemarinya juga bergerak memiat telinga belah kanan Riyaz.

Aku dah ketawa dalam hati. Terasa dendam dendam masa lalu telah terbalas.

Lagi aunty, tarik lagi telingan Riyaz itu sampai capang.

"Mummy dah lah tu, " ujar Riyaz.

Kedua belah cuping telinganya naik merah. Malu lah tu bila Aunty Azalea melayannya macam kanak kanak.

"Kalau tak nak mummy buat macam itu, Riyaz kena janji jangan nak cari gaduh dengan Bella pula. Boleh? "

Sambil membawa kereta sesekali anak jantannnya seorang itu dikerling.

"Tengoklah macam mana, " selamba Riyaz membalas.

Tanpa diduga lengannya pula menjadi sasaran jemari ketam Aunty Azalea.

"Mummy! "

"Boleh ke tak boleh? "

"Boleh mummy! Boleh! "

Aunty Azalea tersenyum puas. Cengkaman bisa di lengan Riyaz dilepaskan. Kedua belah tangannya mendarat atas stereng kereta semula.

Kini suasana kerata mula tenang. Hanya ditemani celoteh mulut Riyaz bercerita itu dan ini dengan mummynya. Kadang kadang Aunty Azalea akan mencelah jika perlu.

Melihatkan kemesraan anak beranak ini buatkan aku terasa tersisih. Aku sejak kecil tak pernah bersua muka dengan kedua ayah dan bonda aku. Jadi aku memang tiada kenangan silam bersama kedua arwah orang tua aku.

Kata nenek, orang tua aku meninggal dunia dalam kemalangan kereta yang menimpa mereka. Aku di ambil menjadi cucu angkat nenek ketika aku berumur beberapa bulan di sebuah rumah anak yatim.

Cerita tentang arwah orang tua aku pun penjaga rumah anak yatim itu yang cerita pada nenek aku, Nek Wan Chempaka.

Walaupun aku sudah ada nenek angkat aku, sepupu angkat aku, kak Dahlia dan kawan kawan aku, Iris, Qairin dan Dhia, aku tetap kesunyian. Aku masih mengharapkan sebuah kasih sayang daripada keluarga kandung sedarah aku.

"Kita dah sampai, " Aunty Azalea menarik handbreak sejurus kereta masuk ke kotak parkir bawah garaj mewah banglo mereka.

Perlu ke aku cerita? Perlu kut.

Keluarga Riyaz atau tepat lagi Keluarga Syed Malik iaitu bapa Riyaz merupakan seorang ahli usahawan yang berjaya. Memiliki sebuah syarikat dan cawangan cawangan di 16 buah negara.

Asalnya syarikat yang dipegang Tuan Syed Malik adalah syarikat turun temurun daripada datuk moyangnya. Kini, jawatan sebagai chief executive officer disandang oleh Tuan Syed Malik.

His Apricity Where stories live. Discover now