Chapter 15

84 11 2
                                    

"BELLA yang tertulis untukku adalah yang terbaik untuk ku, kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidup ku~"

Aku dah mengecil mata pandang Iris. Sedap sedap aja tukar nama aku jadi lagu. Iris dah gelak besar melihat wajah cemberut aku.

"Fikir kau kawan je tau, kalau tak dah lama aku jual dekat thailand, " ugut aku.

"Berani kau nak jual dia dekat thailand? Aku takut kau kena pula dengan dua bodyguard dia itu nanti, " Balqis tiba tiba menyampuk. Balqis ini classmate Iris.

"Huh, bodyguard? Siapa? "

"Ala, Aqief dengan Izz lah, "

Aku pula ketawa akan kebodohan aku pada hari ini. Ya tak ya juga. Memang aku dah lama perhati Iris dengan Aqief ini. Something fishy you know~

"Ha ha fikir pelik pelik lah tu, " Iris dah kutil lengan aku. Aku menyeringai sakit tetapi masih terselit sengihan nakal.

"Apa susah, nanti aku suruh Lalang belasah bodyguard Iris itu. " aku dah tersengih jahat.

"Lalang? Apa je dia boleh buat? Setakat gelecek bola jelah dia tahu. Itu agaknya kalau kena belasah sikit dah pengsan agaknya, " Iris selamba mengutuk Zulfan.

Wohoho berasap aku jadinya.

"Sedap mulut kau mengata my beloved crush eh? "

"Memang sedap pun, " Iris ketawa terbahak-bahak dek melihat wajah aku yang dah nak menghambur kemarahan.

Ahaha aku tak adalah nak marah sangat pun, sebab aku tahu Iris cuma bergurau aja.

Kini kitorang bertiga sedang menunggu kehadiran Dhia dan Qairin yang ke tandas. Tak lama lagi ada perjumpaan kelab persatuan. Biasalah hari Rabu mesti ada aktiviti kokurikulum.

Aku tunggu Qairin sebab dia satu kelab dengan aku. Bukan kelab malam, tapi kelab rakan pusat sumber. Kelab yang sangat tak popular di sekolah ini.

Aku memang daripada tingkatan satu dah join kelab ini sebab aku minat membaca. Begitu juga Qairin. Aku rasa sekolah aku ini memang kurang orang minat membaca itu yang kurang sambutan sangat.

Sampaikan aku dengar ada ura ura nak kena mansuh sebab penyertaan tak mencapai target. Tapi sebabkan pegawas pusat sumber lah, kelab ini masih bertahan.

"Perhatian kepada pelajar pelajar putera dan puteri, di sini akan disebutkan premis premis bagi setiap kelab dan persatuan, " pengumuman daripada corong speaker aku dengar dan beri perhatian.








AKU dah tongkat kepala dengan tangan. Menguap dah tak terbilang kali. Sampaikan Qairin yang baik hati tolong tutupkan mulut aku. Thanks to her.

Aku pandang depan. Ustazah Khadijah nampak tergesa gesa dan berbincang dengan Adam selaku pengerusi kelab rakan pusat sumber. Perbincangannya nampak serius.

Ustazah Khadijah dah geleng kepala. Wajahnya macam memujuk. Aku malas nak ambil tahu aku pusing kepala ke tepi.

Nampak pula Qairin dan beberapa junior sesnag bergosip. Amboi, Qairin tak ajak langsung.

"Tak tahulah sebab apa. Tapi Adam memang bersungguh-sungguh nak tarik diri daripada jawatan Pengerusi itu, " aku dah pandang ke arah Hawa, junior tingkatan tiga asrama yang boleh ngam dengan senior.

"Apa tadi? " aku menyoal. Aku boleh kata minat jugalah gosip-gosip ini. Selama ini aku wayang je kalau aku tak suka. Hehe.

"Tak, kak Bella. Tadi Hawa dengar ura ura macam Adam nak letak jawatan pengerusi. Itu Ustazah Khadijah tengah pujuk dia, tapi dia berkeras hati juga, "

His Apricity Where stories live. Discover now