Chapter 08

66 14 12
                                    

SEDAYA upaya aku tahan ketawa aku daripada meletus. Walaupun ketawa aku tak adalah macam cik ponti yang mengilai sana sini tapi aku masih cuba menahan sebab agak tak sopan kalau aku ketawa kan dia.

Aku berdiri tak jauh dari Riyaz sambil peluk bekas berisi sayur campur. Niat sebenarnya nak kasi kat aunty Azalea untuk masak tetapi tergendala sebab tengok aksi Riyaz bertarung dengan minyak panas.

Sumpah kelakar! Lelaki itu mengelak minyak panas macam mengelak orang tumbuk. Di kedua tangannya ada sudip dan penutup periuk sebagai perisai.

Sekali tengok dah macam kapten Amerika pula! Avengers!

Riyaz mengundur laju sampai terlanggar aku dibelakang. Aku yang tak bersedia terus terjelopok atas lantai. Nasib baik bekas sayur tak tertumpah atas lantai.

"Kurang ajar! " jerit aku. Kaca mata aku yang sudah senget senget aku betulkan.

"Kau itu yang tak ada tempat lain ke nak berdiri. Belakang aku juga nak berdiri, " rengus Riyaz.

Rambutnya yang jatuh atas dahi diraup ke belakang. Aku berusaha bangun sendiri. Nak harapkan Riyaz tolong? Tak payah!

"Suka hati akulah nak berdiri mana, "

Riyaz tak membalas. Sebaliknya memberi jelingan tajam.

Sudip ditangannya membalikkan ayam dalam kuali. Tangan sahaja yang menjulur. Dirinya dah jarak sedepan daripada kuali.

Sumpah aku nak gelak! Tak macho langsung.

"Tak pernah aku tengok orang goreng ayam pakai style kau ini, Riyaz. Tak macho langsung lelaki takut minyak panas, " kutuk aku.

"Kau tak faham. Kau itu anak dara malas. Tahu terperap dalam bilik je, " selamba Riyaz membalas.

"Suka hati je nak label aku malas. Don't just book by its cover, okay! "

"Dah malas itu tak nak mengaku pula, "

"Buat apa aku nak mengaku kalau aku tak pernah buat semua itu, "

Kalau tak fikirkan Aunty Azalea kat meja tengah menjawab panggilan dah lama aku simbah muka acah hensem yang memang hensem pun milik Riyaz ini.

"Yakinnya? Entah entah kau jenis anak dara yang bangun lambat sampai matahari dah tegak. Lepastu tak pernah jejak dapur. Buat malu keluarga je, "

Aku dah hentak bekas sayur atas table top. Sebolehnya aku cuba tahan kemarahan aku.

"Yang buat malu keluarga itu. Kau? Tau nak cari pasal dengan aku je, " tangan aku sudah kepal penumbuk. Tinggal nak hinggap kat Riyaz je.

"Tangan kecil ini kau nak pukul aku? Silap silap patah tangan kau sebab pukul aku yang sado ini, " Riyaz dah angkat kening mencabar.

Aku buat muka tahan muntah.

"Sado? Tang mana sadonya? Masuk martial arts tournament pun kalah dengan Izz. Apa cer? "

"Itu tak yah ungkit lah. Aku tak pernah ungkit kau kalah dengan aku dalam pertandingan saintis muda tahun lepas,"

Heh dia ingat aku heran ke dengan pertandingan itu. Aku bersyukur juga lah walaupun dapat tempat kedua je. Dapat beg bercop lambang sekolah. Okay lah.

"Aku tak ungkit pula masa kau kalah dalam pertandingan debat sekolah. Dengan aku juga, "

"Tak kisah pun, "

"Aku belum ungkit lagi kau kalah dalam pertandingan pidato. Aku juga juara. Lepastu dalam pertandingan raja pantun, pertandingan reka cipta, pertandingan kuiz bahasa Melayu, pertandingan kuiz bahasa inggeris, pertandingan kuiz bahasa arab, semua itu kau kalah dengan aku, "

His Apricity Where stories live. Discover now