Chapter 30

75 10 4
                                    

Tak henti-henti Idhlan senyum. Sebelah tangannya berada di stereng kereta dan sebelah lagi tak lepas daripada mengenggam jemari Bella. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri di tempat penumpang. Kepalanya sudah terlentok di cermin tingkap kereta.

Idhlan menggeleng kepala. Sejak kecil lagi Bella mudah sahaja terpedaya dan mempercayai dirinya. Nampak sahaja luaran Bella memberontak dan marah tetapi dia masih gadis yang lemah dan naif. Senang sangat diperdaya.

Tetapi ada sesuatu yang berada di dalam diri Bella yang membuatkan Idhlan mahu memiliki dirinya. Hari-harinya rasa tidak lengkap tiada Bella di sisi. Begitu harinya selepas Bella pergi dalam hidupnya beberapa tahun yang lalu.

Dia menyesal kerana membiarkan sebuah permata hilang dari hidupnya.

Tetapi kini dia tak perlu risau lagi. Bella sudah berada dalam genggamannya. Dia tak akan lepaskan Bella pergi untuk kali ini. Bella miliknya.

Kereta yang dipandu Idhlan melanggar sebuah bonggol di atas jalan. Kereta melambung sekaligus dahi Bella terhentak di cermin tingkap kereta. Idhlan tertoleh sekilas. Kasihannya adik kesayangan dia ini.

Terus kepala Bella ditarik sehingga terlentok atas bahunya. Semacam tak percaya Bella sudah berada di sisinya. Makin bersemangat Idhlan nak teruskan hidupnya yang sepi selama ini.

"Abang harap adik masih nak maafkan abang atas apa yang abang buat ini. Abang tahu abang selfish sebab buat adik macam ini tetapi abang terlalu sayangkan adik. Abang nak adik selalu dekat dengan abang, " kata Idhlan. Dia sedar Bella tidak akan memberi respon tapi kesah apa dia. Suka hati lah dia nak cakap apa kan.

Kereta yang dipandu Idhlan membelok ke dalam lorong rumahnya. Nampak sahaja rumah bercat cream putih itu, Idhlan memarkir keretanya di hadapan pagar. Idhlan keluar daripada kereta terlebih dahulu untuk membuka pagar rumah supaya senang dia nak parkir kereta dalam garaj.

Idhlan mencucuk kunci dalam lubang mangga. Tiba tiba ada tangan melilit lehernya buatkan Idhlan tersentak. Idhlan tercungap-cungap mencari nafas bila lengan itu menekan lehernya buatkan dia sesak. Idhlan cuba meleraikan ikatan lengan itu.

Dia langsung tak diberi peluang untuk membuat serang balas. Tubuhnya ditolak sampai terjatuh atas tanah. Terkejut melihat wajah merah padam Riyaz. Macam mana mamat ini boleh patah balik ke rumah dia! Rosak lah perancangan dia!

"Argh! "

Tanpa belas kasihan, habis barai wajah Idhlan memakan tumbukan bertubi-tubi daripada Riyaz. Ingat Yaya boboiboy jeke boleh bagi tumbukan bertubi-tubi, Riyaz pun boleh lah. Habis hancur muka anak orang dia kerjakan.

Idhlan menahan tumbukan daripada terlepas ke mukanya. Dengan pantas tubuh Riyaz yang berada atas perutnya ditolak dengan kuat sehingga Riyaz beralih darinya. Tepi bibirnya yang pecah dilap pada lengan baju.

"Kau memang b*ngsat! " jerkah Riyaz.

Dadanya turun naik menahan marah. Amarahnya sudah di aras tertinggi tambah-tambah melihat tubuh Bella yang tidak sedar diri di dalam kereta Idhlan.

Idhlan tersenyum sinis. Dengan susah payah dia bangun dan menegakkan tubuhnya.

"Tolong jangan nak masuk campur urusan aku, budak mentah, " sempat amaran diberi.

"Ini bukan soal mentah tak mentah, kau yang dah berumur pun tak matang pergi culik anak orang itu apahal! " Riyaz menghambur marahnya.

Cikgu tak cikgu tolak ke tepi dulu. Idhlan sudah tak layak dihormati padanya sekarang ini. Perangai serupa setan. Setan pun bergembira sebab ada anak adam menunduk pada telunjuk mereka.

"Siapa kata aku culik? Aku ambik apa yang patut jadi milik aku, "

"Kau memang si*l! "

Riyaz memberi lagi tumbukan pada Idhlan. Namun Idhlan tak berdiam diri, setiap serangan yang datang Idhlan tangkis dengan pantas. Serangan balas diberi pada Riyaz ketika Riyaz tercungap kepenatan. Riyaz terjatuh ke atas tanah.

Mereka berdua saling bergelut dan berbalas serangan. Riyaz yang sudah semakin kepenatan terbaring atas tanah dan menerima segala serangan daripada Idhlan. Kalau tak sebab dua kepenatan macam ini, dah lama pecah muka Idhlan dia kerjakan.

"Argh! " Idhlan mengaduh bila tubuhnya ditolak Riyaz dan segera Riyaz duduk atas perutnya dan membalas dendam dengan tumbukan bertubi-tubi.

Mereka bergolek pula atas jalan tar. Sampaikan author sendiri pun tak tahu bila nak habisnya.

One hour later...

Dipendekkan cerita, Idhlan menyerah kalah. Tenaga remaja macam Riyaz ini susah untuk dia kalahkan. Idhlan terus mencari peluang dan melarikan diri.

Riyaz tak sempat nak kejar Idhlan dah lesap. Ceh, penakut juga Idhlan ini. Main lari-lari pula. Dia tak akan biarkan penjenayah macam Idhlan bersenang lenang di luar sana.

Riyaz bangun bertongkat kakinya. Terus dia teringatkan Bella yang masih tak sedarkan diri dalam kereta.

Langkahnya dibawa ke arah kereta milik Idhlan. Terus pintu bahagia penumpang di buka. Bella yang hampir-hampir jatuh ke tanah segera disambut bahunya. Bella memang tak sedarkan diri.

Agak-agak kalau baling bom ini, dia sedar ke tak?

Riyaz menarik tubuh Bella dan dikendong pada belakang tubuhnya. Kepala Bella yang terkulai itu terus jatuh ke bahunya. Terasa deras nafas Bella di tengkuknya. Kedudukan Bella di belakang tubuhnya dibetulkan.

Dengan kudrat yang masih bersisa, Riyaz mengendong tubuh Bella dibelakangnya.

"Takkan aku nak bawa Bella naik motor pula? Buatnya jatuh tengah jalan nanti, mati pula anak orang, " kata Riyaz sendiri.

Bella yang seolah lena itu di jeling.

"Aduh.. Think Riyaz, think Riyaz. Aku kena minta tolong orang lain juga ini, "

Motor dibiarkan sahaja di situ. Dah tawakal awal awal kalau tiba kata kena saman ataupun kena curi. Yang penting sekarang adalah Bella. Motor hilang boleh ganti, Bella hilang, dia yang mati nanti dengan Nek Wan.

Kakinya melangkah keluar daripada taman perumahan ini. Diorang ini kecoh-kecoh tak keluar rumah ke tengok apa yang berlaku?

Tak cakna langsung lah diorang ini dengan hal sekeliling. Sepatutnya dah tahu hidup berjiran ini kita kenalah saling bertoleransi dan prihatin dengan jiran-jiran kita yang lain. Baru lah wujud satu rukun tertangga yang harmoni. Sekian daripada Syed Riyaz Izzudin.

"Kau ini tak padan dengan kecil, berat nak mampus! " keluh Riyaz.

Bella masih tidak memberi respon. Hanya deras nafanya sahaja yang berbunyi.

Riyaz mengucap syukur yang Bella tidak di apa-apakan oleh Idhlan. Kalau sesuatu yang tidak baik berlaku pada Bella, dia tak akan maafkan dirinya. Riyaz terasa bertanggungjawab memastikan Bella selamat tanpa sebab. Hatinya mahu melindungi gadis naif ini.

Sampai di persimpangan jalan, sebuah kereta axia merah menyekat jalan mereka. Riyaz terhenti daripada melangkah. Wajahnya yang tegang bertukar lega melihat wajah risau Dahlia muncul sebaik cermin terbuka.

"Riyaz, bawa masuk Bella cepat! Kita bawa dia ke hospital! " arah Dahlia.

Riyaz mengangguk dan memasukkan tubuh Bella ke dalam kereta. Dia terus mengambil tempat duduk sebelah pemandu di hadapan. Menderu kereta tersebut membelah jalan ke hospital.






His Apricity Where stories live. Discover now