PROLOG

79 7 2
                                    

Suasana dalam terminal lapangan terbang ini semakin sesak namun tak mampu mematikan renungan mendalam lelaki itu terhadap gadis tersebut. Kedua-duanya sepi. Menanti butir bicara masing-masing.

"This is the ending I guess." Lelaki itu berdehem memulakan bicara.

"Kau dah tak nak jumpa aku lepas ini? "

"Bukan macam itu.." nafas berat dihela. Kepalanya dikerah untuk membina jawapan yang tak begitu menyakitkan hati gadis yang disukainya sekian lama.

"I'm sorry for everything that happen to us. Aku ada sebab kenapa aku buat keputusan ini tak bagitahu kau. I'm just don't want you to get hurt anymore. Cukuplah dengan apa yang kau dah lalui selama ini. Aku tak nak tambah lagi. "

"Tapi kau tak bagitahu aku, itu lagi buat aku sakit hati. Kau tak fikir lepas kau pergi nanti apa jadi dengan aku? Sakit hati aku? Kecewa aku? Ada kau fikir? "

"I'm sorry okay. I really do. Please? "

Kalau lah gadis ini halal buatnya, dia mahu dakap dan hapuskan air mata yang mengalir lesu di pipi itu. Dia akan pastikan tiada lagi air mata yang keluar. Cuma tawa bahagia dan senyuman manis sahaja.

Tetapi masa begitu mencemburui mereka. Perpisahan menjadi jurang. Suka bagaimana pun dia tak belum boleh memiliki gadis itu. Biarlah masa yang menentukan.

"Can you promise me something?"

"Apa dia?"

"Wait for me. Wait for me untill I ask you to stop. "

Gadis itu tertawa sinis.

"Aku je? Kau? Kau akan tunggu aku juga?"

"Kau tak suruh pun aku akan buat. Kan aku dah kata, aku nak jaga kau, lindungi kau, pastikan kau bahagia seumur hidup kau. Mungkin apa yang aku tanggung nanti lebih berat rasanya dari kau. " Lelaki itu menyeluk sakunya. Sebuah rantai mutiara hasil tangannya sendiri dikeluarkan.

Sudah lama dia nak beri pada gadis itu cuma banyak kejadian yang terjadi sehingga hampir dia lupa hasratnya.

Hujung lengan baju gadis itu diambil dan diletakkan rantai tangan tersebut atas tapak tangan gadis itu.

"Pernah dengar orang kata, berpisah seketika untuk matangkan diri. Biar takdir yang pertemukan kita semula. Jadi anggaplah perpisahan ini untuk mencari diri kita dulu. Sampai masa jika ditakdirkan tuhan, kita akan bertemu semula. "

Gadis itu mengangguk. Rantai tangan mutiara itu digenggamnya.

"Masa itu, sedialah untuk jadi isteri aku. "




















Author tulis cerita ni dr umur 16 thn. I'm genuinely sorry for every weakness from the start. So enjoy reading yall <3

His Apricity Where stories live. Discover now