Chapter 42

39 8 2
                                    

"Apa susah? Kau bagi je kain kapan itu. Biar dia insaf sikit." ujar Qairin sambil menunding jari pada sehelai kain kapan yang terlihat cantik di atas rak. Milik kumpulan tajhiz jenazah sekolah. Setakat ini sekolah aku belum buka perkhidmatan urus jenazah ya.

Kembung pipi aku menahan tawa bak pontianak yang hampir meletus. Sebelah tangan automatik menampar bahu Qairin di sisi. Dia ini aku tengah mengelamun lah nak buat lawak. Mujur aku sedar yang kami berada dalam kesesakan di dalam koperasi. Kalau tak memang satu sekolah boleh dengar ketawa tak bertamadunku.

"Idea yang bagus tapi aku simpan dulu. "

Dari rak makanan ringan, aku beralih ke peti sejuk pula. Melihat wajah sememeh Qairin yang mula kebosanan, aku merembat sahaja apa yang terbentang depan mata. Susu pisang? Boleh lah. Sedap pun sedap. Kalau macam-macam jantan itu komen, memang aku tukar fikiran. Aku balut mulut puaka dia dengan kain kapan.

Sudah beberapa hari berlalu daripada kejadian ngeri. Ngeri tak ngeri lah sebenarnya. Kalau dah berdarah terkoyak kepala, tak ke ngeri tu. Jadinya, aku bagaikan baru tersedar daripada lena yang aku belum mengucapkan terima kasih pun pada lelaki itu. Lelaki mana? Ala lelaki itu lah. Ala yang mulut puaka itu.

Sebabkan sibuk bergaduh mulut, aku lupa nak menyantuni pengorbanannya. Nampak tak betapa baiknya aku? Itu pun Zulfan tak nampak lagi. Buta ke apa?

"Lah, punyalah lama kau ambil susu pisang je? Neelofa punya pula itu. Kau ingat terbalas ke budi dia yang selamatkan daripada koyak kepala itu? " bebel Qairin.

Aku garu belakang kepala.

"Hutang emas boleh dibayar, hutang budi kan dibawa mati. " balasku.

"Eloknya dibiar je kepala kau ini berderai."

Aku tarik muka.

"Sampai hati."

"Dah lah, tak perlu nak berdrama. Waktu rehat dah nak habis, aku tak nak kena bebel dengan Cikgu Jamilah. Dah lah lepas ini waktu Cikgu Jamilah."

"Ini lagi rasa aku nak lambat-lambat. Biar mulut jahat kau terbalas kejahatannya. "

"Ya lah, Bella. Betul lah itu." Qairin buat muka toya. Malas nak melayan lah itu.

Aku ketawa kecil. Sambil berjalan ke meja kaunter, sempat aku menarik sebungkus coklat cadbury milk. Coklat cadbury yang memang salah satu kegemaran aku ini memang sedap. Takkanlah ada yang tak suka pula. Jadi aku rasa susu pisang dan coklat memang hadiah terbaik yang boleh didapati dalam koperasi ini.

Bijak juga kau Bella.

"Semuanya RM 10.50."

"Boleh hutang tak?"
















"Tak baik betul koperasi sekarang. Ini first time tau aku minta hutang. Bukannya aku tak bayar, dah duit aku tak cukup dalam dompet. Esok lusa aku bayar jugak." bebelku panjang. Mangsa yang terpaksa menadah bebelan panjang aku siapa lagi kalau bukan Qairin.

"Nak buat macam mana? Sekarang kes budak lari daripada hutang dah meningkat. Koperasi sekarang pun dah trauma kalau dengar budak-budak minta hutang dengan dia. Bajet koperasi pun dah lari sebab tikus-tikus macam ini lah. No wonder koperasi sekarang macam nak lingkup. Mujur lah aku boleh top up sikit tadi kalau tak memang betul-betul kain kapan kau bagi Riyaz itu." balas Qairin.

Kami jeda seketika untuk menarik nafas panjang. Semput mendaki tangga punya pasal. Sebagai non athlete seperti kami ini memang semput macam nak pecah jantung ini.

"Kau dengan Riyaz ada apa apa ke?"

Tiba-tiba rasa nak terjun bangunan mendengar soalan cepumas Qairin. Aku memandangnya atas bawah menghakimi.

His Apricity Where stories live. Discover now