Chapter 40

54 5 0
                                    

"Fuh, panas betul port kita ini. " komen Husna.

Junior tingkatan tiga yang sama-sama dalam tim aku di checkpoint 5. Bersama aku dan Husna, ada lagi dua orang anak buah aku, Aqilah dan Farisa. Sama batch dengan Husna.

Setelah aku tilik jam, sudah satu jam lebih aktiviti explorace berlangsung. Aktiviti ini diperuntukkan selama tiga jam bermula daripada pukul 2 petang sehingga pukul 5. Bagi aku cukup untuk sembilan tim kesemuanya yang menyertai menghabiskan 12 checkpoint yang ada.

"Nasib baik ada wakaf ini, kalau tak ada mahu terbakar muka saya ini. " balas Aqilah sambil mengipas wajahnya yang berbahang.

Aku menyelesakan diri di tiang wakaf. Sambil-sambil itu kami sedang menunggu kedatangan tim seterusnya. Baru dalam beberapa minit tadi, tim 5 sudah selesai tugasannya.

"Kalau tadi tim 5, sekarang ini mesti tim 6 kan? Tak silap saya, tim 6 itu ada geng-geng Abang Zulfan. " kata Husna.

"Serius lah! Geng budak bola! " Farisa membalas dengan teruja. Siap hujung jarinya digigit lagi. Fikir comel ke?

Padahal aku pun terasa nak menjerit ini. Kalau lah tiga ketul kawan baik aku itu ada, mesti aku dah meroyan serupa mak hilang anak. Memikirkan aku sebagai senior harus menjaga, ku pendamkan saja Jebat.

"Suka betul, Farisa. Ada crush dengan budak bola ke? " soalku sekadar basa-basi.

"Hmm Farisa ini, Kak Bella...  Asal budak bola je, terus dia on crush! "

"Football player is another level, okay! " ujar Farisa tak mahu kalah. Siap hujung kuku ditiup lagi. Ini mesti dalam kalangan tingkatan dia, dia lah paling diva.

"Siapa? " terlajak aku bertanya.

"Spesifik itu not really lah, tapi yang paling saya suka mestilah kapten dia, Abang Zulfan. He's really bad hottie! "

Dum!

Cis, budak ini pesaing aku rupanya. Aku mengoyak senyuman palsu. Dalam kepala aku, kalau tak ada undang-undang ini memang dah hilang kepala budak Farisa ini. Menyesal pula aku tanya. Akhirnya aku juga yang sakit hati.

Tengok lah, ada peluang nanti aku nak lunjurkan kaki aku masa dia berjalan biar dia tersadung dan melungkup macam nangka busuk. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Muahaha!

"Lah, bukan hari itu kau kata kau suka kawan dia ke, Abang Hazmi? Kau ini mana satu ini? " Aqilah pun sudah kusut dengan kawannya ini.

Nak aja aku cakap depan muka dia, kamu cantik tapi sayang sana sini mahu, slebew! Ha, kan aku dah jadi budak jedag jedug.

"Itu bulan lepas, bulan ini dah tukar. Lagipun, aku rasa macam ada harapan lah. Masa cuti hari itu, Abang Zulfan dah putus dengan Kak Mira. So dia tengah single mingle lagi itu. "

"Single? " terkeluar suara aku.

"Ya. Kenapa, Kak Bella? Kak Bella pun suka Abang Zulfan eh? Apa lagi Kak Bella, masuk jarum lah! " Farisa pula menyakat aku. Eh dia ini, memang ada masalah hormon tak betul ke? Tadi kata suka Zulfan, sekarang kenen aku dengan crush dia pula.

"Tak kuasa lah. Entah-entah Zulfan itu pun tak pandang akak. Orang berdarjat macam Zulfan itu, dia cuma nak cari kulit licin, tinggi, badan slim macam Kak Mira itu. " balasku.

"Mana akak tahu? Kita mana boleh judge orang suka hati. Kan orang kata, tak kenal maka tak cinta. Akak dah kenal dengan dia belum? "

Amboi, cakap macam orang besar aja.

"Tak payah kenal pun dah tahu. "

"Ya ke? Awak tak cuba lagi pun? Macam mana kalau salah? "

Aku tersentak. Jantung sudah berentak kuat umpama mahu terkeluar daripada badan. Aku memusing kepala 180 darjah. Tepat-tepat hidung aku hampir berlaga dengan hidung Zulfan.

Zulfan?!

Bila natang ini ada kat sini?!

Hampir melayang nyawaku bila tiba-tiba suara garaunya di cuping telingaku. Baru sahaja sebut namanya, terus pemilik nama sudah duduk di sebelah. Aku mengurut dadaku yang bagaikan dipalu seperti kompang. Kalau aku kena heart attack memang dah tak sempat bertaubat terus.

Aku terus mencipta jarak dengannya.

"Eh Abang Zulfan! " yang miang macam ulat bulu itu, siapa lagi kalau bukan Farisa. Husna dan Aqilah pun sama-sama terkejut.

Mungkin tak sangka yang kumpulan Zulfan boleh muncul di sebalik dinding blok D. Wakaf itu berada berdekatan dengan blok D bahagian hujung. Jadinya mungkin sedang kami syok bergosip, Zulfan sudah berada lama di tepi dinding. Entah bahagian manalah yang dia sudah mendengar.

Malunya aku!

Kawan-kawannya yang lain muncul. Ada antara mereka menyimpan tawa. Mungkin mereka sempat menyaksikan wajah terkejut beruk aku.

"Err.. Husna, awak terangkan permainan kita pada dia orang, okay? "









Aku mencangkung di sisi baldi kecil yang berada di penamat. Sebatang pembaris aku celup ke dalam baldi. Bacaan air yang diukur dengan pembaris tadi aku catatkan. Not bad, mereka sudah melepasi bacaan target.

Lagipun aku merasakan yang mereka ada potensi berjaya kerana mereka semua ada chemistry antara satu sama lain. Rahsia untuk memenangi permainan ini, setiap ahli pasukan perlu ada semangat yang kuat dan chemistry yang kuat barulah perjalanan menjadi mudah.

Tambahan lagi, mereka kan selalu bermain bola sepak sama-sama. Tak mustahil yang mereka sudah arif dengan antara satu sama lain.

"Okey ke? Boleh menang tak ini? " Hazmi bertanya. Entah bila masa dia sudah terpacak di sisi aku.

Aku menegakkan tubuh. Ibu jari aku angkat. Thumbs up aku beri.

"Weh, Zul! Cantik! " Hazmi terus melaporkan pada Zulfan yang sedang duduk bersantai di wakaf. Wajah kacak campuran sedikit cina itu tersenyum sehingga timbul eyes smile.

Comel gila!

Aku cepat-cepat menggeleng kepala menghilangkan bunga-bunga hati yang baru mekar. Bahaya kalau dibiarkan ini. Mahu aku hilang diri sekejap lagi.

Aku menyeluk poket baju. Sekeping kertas berwarna hijau yang dilipat empat aku keluarkan.

"Ini klu untuk checkpoint seterusnya. Semoga berjaya!" kataku.

Aku serahkan kertas tersebut pada tangan Hazmi. Dia menyambut dan lantas dibuka. Mungkin tertanya apa yang aku beri pada Hazmi, semua ahli tim mereka mengerumuni Hazmi.

Dek mereka yang mengerumi Hazmi, aku terundur untuk mengekalkan jarak dengan mereka. Tak sedar yang aku telah merapati seseorang sampailah ada sepasang tangan menahan bahu aku. Aku terus menoleh kebelakang.

"Hati-hati awak. Awak ini dah lah comel, kecil aja saya tengok. Abang-abang itu semua ganas, ganas. Kang lenyek pula awak dipijaknya. " katanya berserta senyuman manisnya.

Ah, adik tergoda.

"Te-terima kasih. "

"Oi, Zul! Sudah-sudah lah itu mengorat anak dara orang. Baik kau tengok checkpoint seterusnya ini haa! " suara nyaring Hazmi memutuskan tautan mata aku dan Zulfan. Zulfan terus meminta diri untuk menyertai rakannya.

Tanpa sedar, telapak tangan sudah mendarat atas dada. Berdegup kencang! Sekejap sahaja aku dah jadi gila.











His Apricity Where stories live. Discover now