Bab 9: Fitnah

48 1 0
                                    

 " Kerana cemburu, wujudnya benci, setelah benci menguasai akal maka hikayat dusta dibisikkan, bukti palsu dicipta, dan lahirlah rasa curiga yang menggoyahkan kepercayaan sehingga membunuh rasa cinta yang sedang mekar di taman hati."


Bagai nak gugur jantung Murni Afiqa melihat tunangnya dan kawan baiknya, Hawa Reihana di dalam Rumah Kaca berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan.  Lidahnya kelu, matanya kaku, fikiran kosong dan kaki tidak lagi terasa berpijak di bumi. 

"Allah." Hanya itu yang tersembul dibibir nipis itu sebelum badannya hilang keseimbangan. IIyasak yang berdiri di sisi kiri segera memegang bahu Murni agar tidak jatuh ke lantai. Nina di sisi yang bertentangan memeluk tubuh Murni yang kini lemah longlai sambil memujuk Murni agar kuatkan hati.

**************************************************************************

16 Jam sebelum kejadian.

Aktiviti hari ini adalah sesi fotografi di tempat-tempat menarik sekitar pulau. Oleh itu, wanita-wanita ini masing masing berpakaian dengan tema warna khaki dan putih. Nina mengenakan blouse putih sementara seluar slack dan shawl berwarna khaki. Nita tampil ayu dengan mengenakan gaun putih paras betis yang diserikan dengan aksoseri keemasan seperti tali pinggang dan beg tangan selempang berbentuk bulat. Tikah pula mnegenakan blouse khaki yang diserikan dengan sulaman bunga putih di pergelangan tangan bersama skirt putih kembang paras buku lali. 

Berbeza dengan mereka bertiga yang menyerlahkan ciri kewanitaan, Murni mengenakan Shirt jumpsuit berwarna coklat terang yang dihiasi dengan tudung bawal satin berwarna emas yang dililit kemas di leher. Sementara Reihana mengenakan boiler jumpsuit berwarna khaki hijau yang dipadankan dengan shawl yang warnanya hampir sama tetapi lebih terang daripada jumpsuit. Shawl dililit namun masih menutupi dada. Reihana turut mengenakan topi berwarna putih sama seperti sneakers high cutnya. Apa yang menariknya topi dan kasut Reihana masing-masing mempunyai sulaman REI yang ditempa khas. 

Sementara itu, yang lelaki hanya mengenakan pakaian biasa cuma kemeja mereka bertemakan Hawaii. Illyasak mengenakan seluar pendek paras lutut dan kemeja bercorak putih, hijau dan coklat yang hanya dibutang 3 butang dari bawah. Sama seperti lllyasak, Zahir juga mengenakan seluar pendek namun lebih labuh sehingga menutupi lututnya dan dia mengenakan topi bulat bercorak sama seperti bajunya. Sementara Fadh mengenakan kemeja hawaii denagn seluar jeans hitam dan muncung topi di gayakan ke belakang. 

Fadh telah menempah khidmat fotografi dari resort ini untuk mengambil gambar-gambar mereka sepanjang hari. Gambar-gambar ini akan menjadi koleksi untuk dipaparkan pada hari perkahwinan mereka. 

Destinasi pertama mereka adalah Taman Terlarang. Mereka bertuah kerana hari ini taman terlarang akan dibuka dua jam lebih lama daripada biasa kerana ada festival seni. Setiap tahun Pelangi Island Resort akan menganjurkan Festival Seni yang disertai oleh pelukis, pereka aksesori, pengukir dan pereka-pereka yang baru bertapak dalam dunia seni akan mempamerkan hasil seni mereka seperti seni berasaskan kayu, warna air, warna minyak, anyaman, kain, aksesori dan pelbagai lagi. Bunga-bunga segar juga ada di jual untuk mereka yang menggemarinya.

Selain itu, persembahan dari pemain kugiran, piano, cello dan biola resort telah menyerikan suasana sementara kaunter permainan seperti menembak, memanah, dan melontar damak turut menjadikan festival ini lebih menyeronokan. Terdapat juga jualan makanan kudap-kudapan seperti aiskrim, buah-buahan potong, teh dan kopi pelbagai perisa dan popcorn.

Hampir setiap pelosok taman terlarang mereka pergi untuk bergambar. Reihana hanya mengikut sahaja meski kakinya sudah tidak terasa lagi. Lenguh oi! 

"Tak reti penat ke mereka ni. Lenguh doe kaki aku ni! hiking pun tak penat macam ni." Bisik Reihana pada Zahir disisinya. 

Zahir juga sudah tak mampu berkata apa lagi. Mukanya hanya mampu tersenyum kelat saat jurugambar meminta mereka untuk senyum. 

Demi JanjiWhere stories live. Discover now