Ahad kali ini sepi.
Murni sendirian di apartment. Usai solat subuh, Reihana terus bergerak pulang ke kampung halaman di Muar. Murni yakin Reihana mahu tenangkan jiwanya disana selepas apa yang terjadi semalam.
"Sunyi betullah. Hurmmm.... what should I do?" Murni bertanya pada diri sendiri.
Entah kenapa hatinya terdetik untuk ke bilik kerja Reihana. Bilik itu selalu tertutup. Murni jarang masuk ke dalam bilik itu. Dia tak pernah lagi benar-benar masuk kedalam bilik itu. Selalunya dia hanya menjengah sahaja dari pintu bilik kerana mahu memanggil Reihana yang khusyuk dengan kerjanya. Apa tidaknya, Reihana telahpun memberi ingatan agar bilik itu tidak dimasuki tanpa kebenaranya.
Setiap kali keluar Reihana pasti akan tutup pintu, seolah-olah sedang menyimpan sebuah rahsia. Kali ini Murni nekad mahu masuk ke bilik itu. Dia mencuba nasib, berharap Reihana tidak mengunci bilik itu. Apa yang terjadi semalam meningkatkan tahap ingin tahu dalam dirinya tentang Reihana. Hampir setahun tinggal sebumbung dengan Reihana, rupanya masih banyak perkara yang belum dia tahu.
Murni memulas tombol pintu dan menyandar badannya di pintu itu.
"Tang!" bunyi tombol pintu berlanggar di dinding. Murni terlepas tombol pintu. Dia tak menyangka bilik itu tak dikunci.
Murni terkejut tetapi dia gembira.
"Yes!"
Matanya mula melihat pada setiap sisi dinding itu. Pelbagai lukisan karya Reihana digantung di sekeliling bilik itu. Kakinya melangkah ke arah kabinet kaca yang terletak dipenjuru bilik. Ada bebrapa gambar kecil bersaiz 4R di dalam bingkai tersusun rapi di situ.
Salah seorang dalam gambar itu dia sangat kenal, Hawa Reihana. Reihana kelihatan sangat bahagia. Tapi ada sesuatu yang aneh pada gambar itu. Muka salah seorang daripada mereka sengaja ditampal sticker matahari. Semua gambar yang ada pasti akan ada gambar yang tertampal sticker matahari. Kini matanya tertumpu pada gambar dua orang perempuan. Wajah mereka sekali imbas, IRAS!
Tapi jika dilihat dengan baik, salah seorang memiliki mata yang lebih kecil dan seorang lagi bibirnya lebih mungil. Murni berpaling untuk melihat kanvas dibelakangnya. Kanvas itu masih putih tetapi sudah ada garisan pensil yang membentuk sebuah lakaran. Potret seorang lelaki tapi belum sempurna. Mata Murni kini beralih ke arah dinding di hadapanya.
Alangkah terkejut Murni apabila melihat lukisan yang agak besar berbanding lukisan lain yang hanya bersaiz A4 atau A3. Lukisan sebuah rumah banglow mewah yang cukup indah bersaiz A0. Disisi potret itu kelihatan seorang perempuan duduk di kerusi roda sambil seorang perempuan lagi berdiri di belakangnya. Disisi mereka berdua ada dua orang lelaki yang di gambarkan seperti seorang yang sangat tampan.
"Dalam gambar pun dah kacak, agaknya in person mesti handsome gila bapak ni!" Murni bermonolouge sendirian.
Siapakah mereka semua ini? Murni yakin dan pasti lukisan ini bukan hanya sekadar gambaran tetapi adalah sebuah memori. Murni menanamkan dalam hati bahawa dia akan mengorek rahsia ini daripada Reihana. Jika dia berjaya menyelesaikan persoalan ini, Murni yakin dia akan berjaya mencarikan Reihana jodoh sebelum dia dan Fadh disatukan.
***********************************************************************************************
Perjalanan hampir tiga jam agak memenatkan tetapi itu tak menghalang Reihana untuk pulang ke kampung halaman. Hawa Reihana merupakan anak sulung Puan Ruqayah dan Encik Hamizan. Reihana mempunyai seorang adik perempuan, Heiza Rafanda tetapi ramai yang tak tahu betapa manjanya Reihana mengalahkan adik bongsunya.
Tiba sahaja di kampung, kereta merah di parking kemas di sebelah kereta Puan Ruqayah di bawah garage . Melihat ibu dan ayahnya sedang terbongkok-bongkok di laman rumah segera Reihana mematikan enjin kereta dan bergegas ke luar kereta. Encik Hamizan yang tadi sedang mengalihkan pasu bunga atas arahan puan besar segera berhenti dan memalingkan wajahnya ke arah bunyi kereta.
YOU ARE READING
Demi Janji
Romance"Semua mampu berjanji tapi mampukah kau untuk tunaikan janji itu. Sejauh manakah kau sanggup berkorban demi mengotakan sebuah janji." Mengisahkan tentang Hawa Reihana yang masih bujang dan dilabel cerewet dalam mencari jodoh. Gadis ini memiliki pers...