" Ku korban cinta ku demi dia, Ku kuburkan impian ku demi dia, Ku sekat lafaz cinta darinya demi dia, tapi dia tak menghargainya bahkan merobek jantungku, menikam kalbuku, membunuh kesabaranku. Aku Kecewa!"
Malam kian melabuhkan tirai. Bilik wad Reihana gelap hanya sedikit cahaya menembusi dari bawah pintu bilik wad itu. Reihana terjaga. Tekaknya kekeringan. Dahaga.
"Urghh... Sejuk gile, berape sey suhu aircond ni?" Matanya melihat ke arah aircond untuk tahu suhu aircond . Botol mineral di sisi katil di ambil tiba-tiba...
"Astaghfirullahalazim!" Reihana menutup rapat matanya. Dia melihat sesuatu yang menyeramkan. Dia terkejut melihat sepasang mata sedang berkelip-kelip memerhati dirinya. Tiada badan hanya sepasang mata.
"Rei!" satu suara memanggil namanya. suara itu sepertinya dari arah mata yang memerhati itu. Reihana mula seram sejuk. Tak sanggup mahu membuka mata. Takut!
"Ahhh menyesalnya suruh Fadh balik tadi. Ya Allah jauhkan aku daripada gangguan jin dan syaitan." Kata Reihana perlahan tetapi dapat didengari oleh kelibat itu. Sejurus itu Reihana terus membaca ayat kursi.
Suara itu memanggil nama Reihana sekali lagi, "Rei".
Reihana tak mengendahkannya. Dia kaku, mata terus terpejam, tangan mulai menggigil dan bibir terus membaca ayat kursi. Namun, tekak semakin kering, Reihana berhenti seketika menyambung zikir-zikir didalam hati untuk meneguk air. Laju air diteguk sehingga habis sebotol.
Kini dia semakin merinding, kedengaran ketawa halus disisinya. Bulu roma suda mula tegak berdiri. " Tolonglah pergi, Jangan kacau aku. Dah tegang gila bulu roma ni, silap-silap boleh tercabut tau!," Reihana merayu dengan tegas. Matanya masih terpejam. Botol air digenggam sekuat mungkin.
Sudah tak tertahan mendengar kata-kata Reihana sebentar tadi, lalu ketawa dilepaskan berdekah-dekah mengubah suasana suram menjadi aneh.
"Rei, ni akulah Fadh!" Jembalang mendedahkan identitinya.
"Ha? Fadh?," Reihana membuka sebelah matanya dan melihat dari celah jari-jari halus yang menutupi mata untuk memastikan kebenaran. Fadh membuka lampu bilik. Sah! memang si Fadh!
Darahnya mendidih sehingga mencecah 100 darjah celcius. Geram!
"Wei!!!". Reihana menggenggam kuat tangan Fadh yang berdiri disebelahnya sambil tertawa.
"Auch! Sakitlah."
Reihana menarik lengan Fadh sehingga wajah Fadh hanya sejengkal jaraknya dari wajah Rei. Rei membesarkan mata lalu berkata, "Kau tahu tak aku takut gila!!!" Pegangan Rei semakin kuat. Ketawa Fadh masih bersisa sambil menahan sakit.
"Kau tak cam ke suara aku?" Tanya Fadh.
"Orang kalau dah takut macam mana nak cam?" Marah Reihana sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk. dia masih memegang kuat lengan Fadh yang maskulin itu.
"Sorry, sorry. Fadh menepuk-nepuk tangan Rei minta dilepaskan. Sakit. Reihana melepaskan genggaman itu sambil menolak kuat lengan Fadh.
"Dah nak tercabut jantung aku ni!" Reihana mengurut dada agar lebih tenang.
"Kau buat apa kat sini? Kan aku dah suruh kau rehat je kat rumah?" Tanya Reihana.
Dengan ketawa yang masih bersisa, Fadh menjawab pertanyaan Reihana. Kata Fadh dia datang semula ke hospital kerana sudah berjanji dengan Fiq dan yang lain untuk tidak membiarkan Reihana sendirian malam ini.
"Ish! kau kan kerja esok. Lepas kerja datanglah."
"Ouh... aku cutilah, aku ambil cuti." Balas Fadh lalu duduk di kerusi berdekatan katil Reihana.
YOU ARE READING
Demi Janji
Romance"Semua mampu berjanji tapi mampukah kau untuk tunaikan janji itu. Sejauh manakah kau sanggup berkorban demi mengotakan sebuah janji." Mengisahkan tentang Hawa Reihana yang masih bujang dan dilabel cerewet dalam mencari jodoh. Gadis ini memiliki pers...